


Biasalah, bila dah sampai peringkat ini, mula la terpikir oleh sahabat saya ni nak kembangkan perniagaannya. Berbekalkan semangat dan bukti bahawa kek dia memang laris, mulalah dia mempertimbangkan membuka 'the cake cafe' di salah sebuah kedai teres di depan rumahnya. Guess what? Apa jadi pada bisnesnya? Cukup 3 bulan dia gulung tikar!
Kenapa boleh jadi begini? Jawapannya senang saja ...
Sahabat saya ni memang pandai buat kek. Kek dia memang sedap. Saya sendiri akui kek dia memang sedap. Tapi sahabat saya lupa. Bila dia pandai buat kek, tak semestinya dia terus pandai buat bisnes. Mentadbir bisnes merupakan kemahiran yang amat berbeza daripada kemahiran buat kek!
Saya rasa, cerita di atas amat biasa kita dengar. Cerita sebegini amat lumrah bila kita lihat bisnes-bisnes yang ada di Malaysia ini. Hanya kerana kita ingat kita punya perkhidmatan atau produk yang sangat dikehendaki oleh masyarakat, terus kita terjun ke dalam dunia bisnes tanpa perancangan yang teliti. Kalau gagal bisnes kek, mungkin kesannya tak la teruk sangat. Bagaimana jika kita terlibat dalam bisnes yang agak besar seperti Small Medium Industries (SMI), tak ke parah kita jadinya.
Atas sebab itu, disinilah program produktiviti 3K boleh membantu. Bantu merancang dan melaksana bisnes anda. Nak tahu lebih lanjut, hubungi saya.
(Sahabat saya ni dah belajar dari kesilapannya. Dia tak putus asa. Dia sambung semula bisnes keknya. Sekarang bisnes keknya dah makin maju)
No comments:
Post a Comment