.Pagi tadi, (Ahad lepas) selepas minum pagi di satu gerai betul-betul sebelah satu ‘traffic light’ di Sungai Choh, Rawang, aku dan isteri aku meneruskan perjalanan ke dusun kami yang di beri nama
‘Antara Dahan’. Menghabiskan masa di
‘Antara Dahan’ ini merupakan kesukaan kami berdua. Dalam banyak hal, bagus juga ada ‘this mutual interest’, setidak-tidak ianya meningkatkan komunikasi antara aku dan isteri aku. Ianya memberi
harapan agar rumahtangga aku dan isteri aku kian teguh.
.

Dalam perjalanan itu, sempat aku mengutarakan persoalan kepada isteri aku bagaimana untuk meningkatkan pasaran
PPB3K. Sedar tak sedar aku lihat ramai yang teruja setelah selesai menjalani mana-mana modul dalam
PPB3K ini tetapi untuk menarik minat mereka ini pada mulanya untuk hadir mana-mana modul ini memang satu cabaran. Isteri aku mencadangkan agar aku menggunakan ‘kuasa’ yang ada kepada ‘past participant’ ini untuk menarik ‘potential customer’ aku. Not a bad idea at all. Terasa aku punya
harapan baru dalam menjana pasaran untuk
PPB3K ini.
.

Sesampainya aku di
‘Antara Dahan’, aku lihat Samsul, orang Acheh yang aku upah untuk menjaga
‘Antara Dahan’ ini sebok mengemas pondok kecil yang aku beri nama
‘KeepSake’.
‘KeepSake’ ini banyak menyimpan ‘sentimental value’ aku. Mukanya nampak gembira bila nampak aku. Aku agak dia gembira sebab dia baru sahaja mendapat dokumen sah untuk dia bekerja di Malaysia. Aku agak, itu membawa
harapan baginya untuk mencari rezeki di bumi bertuah ini.
.

Pagi ini, aku tak tahu mengapa, badan aku tak berapa sihat. Aku rasa pening semacam. Jadi, aku duduk di sebuah ‘bench’ sambil membaca sebuah buku yang baru aku beli semalam. Buku pasal bagaimana nak bina blog yang menarik minat ramai. Seronok aku membaca buku ini sambil kadang-kala aku melihat isteri aku yang sedang sebok membedek pokok-pokok ‘herbs’ yang baru ditanam di dusun ini. (Nampak betul minat beliau pada pokok-pokok ‘herbs’ ini). Sebenarnya, dah lama aku cuba mendalami ilmu mengenai blog ini dan apa yang aku baca ini sebenarnya memberi
harapan untuk aku menambahbaik blog aku sendiri.
.
Tak lama kemudian, bila aku mula rasa segar sedikit, aku mula berjalan-jalan di sekitar
’Antara Dahan’ ini.
‘Antara Dahan’ ini agak luas. Kira-kira 3 ekar. Jadi berpeluh jugak bila buat ‘morning walk’. Sambil berjalan, kepala aku berlegar memikirkan betapa beruntungnya aku dapat mempunyai dusun sebegini. Satu masa, ini memang merupakan impian aku. Aku memasang
harapan agar satu masa nanti, aku boleh laksanakan modul-modul dalam
PPB3K disini. Bila difikirkan, itu bukan satu hal yang mustahil. Aku senyum sendirian.
.
Entah mengapa, tiba-tiba muka-muka kenalan aku yang telah bersara dari pekerjaaan mereka terpapar dilayar pemikiran aku. Ramai di antara mereka yang tidak jelas dengan apa yang mereka mahu lakukan dengan masa-masa lepas bersara. Sudahnya mereka seolah hilang
harapan lalu senang jatuh sakit. Aku bertekad tidak mahu jadi begitu.
.

Bila aku renung semula apa yang telah aku bina dalam
PPB3K, terkandung di dalamnya banyak
harapan-harapan peribadi aku.
Harapan aku agar
PPB3K dapat dijadikan sumbangan aku untuk bantu manusia jadi hebat.
Harapan aku agar
PPB3K menjadi saluran untuk meningkatkan sumber kewangan aku.
Harapan aku agar
PPB3K dapat aku jadikan pusaka untuk anak-anak aku dan bermacam-macam
harapan aku yang lain.

Bagi anda yang telah melalui sebarang modul dalam PPB3K, aku amat yakin anda dapat merasakan bahawa anda punya harapan bahawa hidup anda ini tidak harus menjadi sekadar biasakan? Bak kata kawan aku Kumar dalam perbualan telefon sebentar tadi .... ”PPB3K is all about giving hope (harapan) to people and people have a great thirst for hope! (harapan)”.

Jam dah hampir 12 tenghari. Aku dan isteri aku bergegas mahu pulang. Kami mahu membeli kek harijadi untuk anak sulung kami yang mempunyai nama jolokan ’Yangness’ itu. Dia menyambut umurnya yang ke 19 hari ini. Harapan aku agar ’Yangness’ dan adik-adiknya berjaya mencapai matlamat yang mahu dicapai.

Sedar tak sedar, pagi ini, aku banyak bercakap pasal harapan. Memang hidup ini amat memerlukan harapan ...