Memang semenjak sekian lama, aku teringin sangat untuk menaiki keretapi sambil melancung melihat keindahan alam terutamanya yang mempunyai hutan-hutan pokok tirus dan lurah-lurah dalam gunung-ganang.
Kesempatan itu aku perolehi baru-baru ini semasa aku berada di Dunedin, New Zealand. Aku terpandang satu iklan mengenai 'Taieri Gorge Railway' dan seperti anak kecil aku lantas ‘book’ tiket keretapi tersebut.
.

Memang perjalanan keretapi ini sungguh mengujakan. Tambah pula perjalanan keretapi ini benar-benar merupakan impian aku. Sepanjang perjalanan ini, aku tidak habis-habis senyum. Itulah nikmatnya bila impian tercapai.
Syukur kepada Tuhan. Saksikan beberapa pandangan menarik sekitar perjalanan ini …
.
.
Birunya langit ......... Dah lama aku tak tengok langit sebiru ini!
.
.

Dalam diam-diam, aku senyum sendirian. Bukan apa, hanyanya aku terkenang apa yang ada dalam program
Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Aku sedar aku berjaya capai matlamat aku ini kerana amalan yang aku lakukan terhadap apa yang terkandung dalam
ADB. Bukan satu perkara luarbiasa tetapi satu proses yang dilakukan secara berterusan.
.

Perjalanan ini juga memberi aku semangat yang lebih kuat untuk mencapai matlamat-matlamat aku yang lain terutamanya dalam memasarkan
PPB3K kepada masyarakat. Hi world ... welcome to
PPB3K.