Pagi itu aku makan nasi minyak bersama gulai rempah ayam. Tak cukup. Aku order lagi roti telur. Memang nikmat tambah air Nescafe panas yang aku pesan memang ngam dengan tekak aku. Nyaman. Seronok dapat ‘slow down’kan putaran kehidupan aku. Kalau di KL, hidup aku macam gasing berpusing laju. Aku lihat disini, people take things easy, saling tegur satu sama lain .. dan senyum mereka memang genuine. Tak rush langsung. Tetapi bila keadaan begini bukan bermakna aku boleh berterusan begini. Rimas aku dibuatnya. Sebab dah biasa sebok. Tapi jika sekali segala slow down begini memang mendamaikan. Terasa aku boleh merenung diri dan menghargai apa yang ada di sekeliling aku.
Tiba-tiba dihujung meja tempat aku minum itu diduduki oleh seorang lelaki separuh abad. Biras aku yang memang cepat mesra dengan masyarakat sekeliling itu terus memberi salam dan menyapa beliau. Kami saling memperkenalkan diri. Nama beliau ialah En Azman. Orangnya nampak humble and simple. Entah kenapa aku rasa selesa dengan beliau. Sifat aku yang memang sedikit introvert itu lalu hilang bila mula berbual dengan beliau. Aku dapat rasakan beliau seorang yang penuh dengan wisdom. Aku tahu dia bercakap bukan berdasarkan kepada teori semata-mata tapi dia bercakap melalui pengalamannya. Aku boleh rasa sebab he speaks from his heart. Di bawah ini aku tuliskan intisari perbualan kami pada pagi itu.
Selalu kita dengar orang berkata jika mahu bahagia kita perlu pulang ke tempat asal kita. Dimanakah asal kita? Asal kita ialah syurga. Itu sebab walaubagaimana kaya atau berkuasa kita di atas dunia ini, kita tetap tidak berpuas hati sebab dunia tidak mampu memuaskan hati kita. Yang mampu memuaskan hati kita hanyalah syurga, tempat asal kita. Jalan menuju ke tempat asal kita ini ialah dengan menyusuri jalan yang berpandukan Perintah Tuhan dan Cara PesuruhNya. Fikirkan ...
.
Apakah pelajaran dari cerita ini? – Mereka yang berilmu dapat beri lebih nilai pada sesuatu benda/perkara itu. Itu sebab perlu ada ilmu. Itu sebab dalam kehidupan ini, manusia hargai mereka yang ada ilmu. Sebagai contoh, dalam perniagaan, orang ada ilmu nampak lebih banyak peluang dan kaedah yang lebih baik berbanding orang yang tiada ilmu. Lagi pun, bila kita ada ilmu, orang tak boleh curi ilmu tersebut dari kita. Dengan ilmu kita boleh pergi ke mana saja di atas mukabumi ini. Macam nama satu cerita koboi semasa aku kecik-kecik dulu, “Have Gun Will Travel” tetapi sekarang “Have Knowledge Will Travel”. Fikirkan ...
.
Selalu kita dengari bahawa Islam itu mudah dan senang dipraktikkan. Tetapi ramai orang Islam tidak merasakan Islam itu mudah dan selalu langgar ajaran Islam. Sudahnya orang yang tidak tahu mengenai Islam mendapat gambaran yang salah mengenai Islam. Mengapa? Islam akan menjadi payah jika tujuan hidup kita tidak berpandukan kepada tujuan sebenar kehidupan iaitu untuk mendapat keredaan Tuhan dan sudahnya layak masuk syurga Tuhan. Kebanyakan dari kita telah tersilap dengan menjadikan material sebagai tujuan hidup dan bukan mengambilnya hanya sebagai alat untuk hidup.
Apakah bezanya antara ...
1) Menjadi kaya sebagai tujuan hidup
2) Melakukan kebajikan sebagai tujuan hidup dan meletakkan menjadi kaya sebagai alat untuk melakukan kebajikan itu
Anda sendiri tahu jawapannya. Bezanya sedikit tetapi itu sudahnya menuntut cara yang cukup berbeza. Jika semata-mata mahu menjadi kaya menjadi tujuan hidup, senang kita langgar perintah Tuhan. Jika kebajikan menjadi tujuan hidup, susah kita langgar perintah Tuhan. Fikirkan ...
Bersangka baik sangat penting untuk dapat hasil yang baik. Rugi guna fikiran untuk fikir yang bukan-bukan kerana ianya akan bawa kepada hasil yang tidak baik. Satu cerita dongeng. Ada seorang pencuri cuba memecah masuk sebuah rumah. Tiba-tiba dia disapa seseorang samada dia perlukan bantuan. Memandangkan pencuri itu merasa payah untuk memecah masuk, maka diterimanya pelawaan orang itu. Dalam kegelapan malam itu, si pencuri menyaksikan orang tersebut dengan mudah membuka pintu rumah tersebut.
.
Selepas mengambil barang dan sebelum beredar dari rumah tersebut, si pencuri itu bertanyakan kepada orang tersebut siapakah beliau. Orang itu tersebut menyatakan bahawa beliau ialah tuan rumah tersebut. Pencuri tersebut terkejut besar dan lantas bertanya mengapa beliau sanggup membenarkan beliau mencuri barangan dalam rumah beliau. Jawab orang tersebut bahawa beliau menyangkakan bahawa si pencuri itu lebih memerlukan barang-barang dalam rumah tersebut lebih dari dirinya. Si pencuri itu berasa sungguh malu dan mulai saat itu si pencuri itu menjadi seorang yang amat baik. Semuanya bermula gara-gara sangka baik si tuan rumah tersebut! Dari cerita ini walaupun ianya cerita dongeng namun jelas menunjukkan bila kita bersangka baik, hasilnya pasti membawa kepada kebaikan. Fikirkan ...
Akhir sekali, semua daripada kami pagi itu rasa sungguh seronok dan bahagia hasil dari perbualan kami itu. Kami juga menyetujui bahawa penting sangat cerita-cerita sebegini dicerita selalu agar meninggalkan bekas kepada hati masing-masing. Hati itu ibarat cawan. Cawan yang diisi arak (keburukan) dan susu (kebaikan) pada satu masa pasti mencacatkan susu (kebaikan) yang ada dalam satu cawan tersebut. Sudahnya kita sendiri pilih. Mahu bubuh susu (kebaikan) atau arak (keburukan). Tuhan Maha Pemurah. Tetapi apa yang kita pilih itu sudahnya menentukan apa hasil yang kita terima. Fikirkan ...
Mungkin yang muda-muda susah nak hargai apa yang aku tuliskan ini. Tetapi aku yakin yang dah lama hidup dan yang mahu berfikir memahami apa erti ini semua dan hargai apa ini semua. Secara peribadi, aku merasakan ini cukup memotivasikan diri aku agar tingkatkan usaha memasarkan PPB3K. Be Passionate!!!
"Melakukan kebajikan sebagai tujuan hidup dan meletakkan menjadi kaya sebagai alat untuk melakukan kebajikan itu" - wow. this 1 hit real hurt!
ReplyDelete