.Jumaat lepas, aku diberi kesempatan untuk berkongsi idea
’Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB) dengan sekumpulan
student UNITEN bertempat di Hotel Residence, UNITEN, Putrajaya.
Buat pertama kali,
ADB dimulakan pada waktu malam iaitu tepat jam 8 malam. Aku diminta menamatkan
ADB ini tepat pada jam 1 tengahari, hari Ahad. Jadi, aku harus menggunakan segala waktu yang ada termasuk waktu malam untuk menamatkan program ini tepat pada waktu yang diminta.
Untuk program
ADB ini, aku akan gunakan versi
ADB untuk pelajar bagi jangkamasa 2 hari. Sebenarnya versi ini baru saja aku ’update’ dan sudah tentu aku ingin sangat ’run’ versi baru ini.
Untuk beberapa hari sebelum aku memulakan
ADB malam itu, aku terlibat dalam satu marathon penulisan lapuran. Kalau ikut hati, memang aku nak tidur saja tambah lagi pagi Jumaat itu, aku really feels sucks sebab satu persembahan setengah hari aku kepada satu badan agensi kerajaan langsung tidak memuaskan hati aku. Jadi, memang aku rasa sunggguh down.
.
Semasa aku berseorangan beberapa minit sebelum masuknya para pelajar tersebut ke dalam bilik seminar, aku katakan pada diri aku bahawa apa nak jadi dalam
ADB kali ini aku tak peduli. Apa yang aku tahu aku hanya nak have a good time. I want to be me! Macam kata lirik lagu
Reflection tu. Aku rasa sedap badan sikit lepas tu …
Bila program bermula, aku lihat pelajar-pelajar ni macam tension sikit. Terlintas dalam fikiran aku adakah mereka dapat rasakan tension aku atau aku nampak garang semacam? Terus dengan sepontan aku bagi tahu mereka bahawa dalam program ini aku mahu have a good time dan harapnya mereka choose to have a good time juga. So seminar bermula.
.
Dari riak muka student-student ini, dapat aku rasakan bahawa idea-idea dalam
ADB ini baru bagi mereka. Hati kecil aku berbisik, untung mereka temui idea-idea ini di waktu mereka masih muda. Program
ADB kali ini banyak mengingatkan aku kepada pengalaman aku bila pertama kali idea
’stick person’ dikongsi oleh Col Izaidin kira-kira 20 tahun lepas. Aku dapat rasakan mereka sedikit payah untuk memahami idea-idea ini kerana pertama kali didedahkan dengan idea ini. Tapi aku katakan pada diri aku itu tidak mengapa kerana akan aku ulang dan ulang idea-idea ini semasa program ini.
Penglibatan student-student ini makin bagus. Aku boleh rasakan mereka begitu memberi tumpuan tentang apa yang aku kongsikan. Memang seronok dan mengujakan bila kita mempelajari mengenai diri sendiri! Terus terang aku amat teruja melihat mereka mula menyedari potensi diri masing-masing. I know all of them are brilliant! Ini dipersetujui oleh kawan rapat aku, Azman (Pengarah YTN) semasa kami minum teh tarik selepas tamat sessi seminar
ADB malam Sabtu itu.
.
Aku banyak-banyak syukur pda Tuhan kerana
ADB dapat ditamat dengan sempurna. Aku rasa sebak bila ada beberapa student itu datang berjumpa aku secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada aku dan berazam mahu menggunapakai idea
ADB ini untuk meningkatkan kehidupan mereka. Kepada anak-anak aku,
Soraya dan
Sabrina yng turut mengikuti
ADB kali ini, aku harap mereka berdua dapat banyak faedah dari
ADB ini terutama dalam mengharungi pelajaran perubatan masing-masing. Kepada Brothers dan Sister dari
YTN terutamanya kepada buddy aku,
Bro Ajid, aku tabik hormat untuk you all semua di atas layanan yang diberi kepada student-student ini dan aku sendiri. Your
caring attitude memang susah nak dicari! Sudahnya, moga Tuhan merahmati kita semua. Amin.
Tontoni sedutan video seminar
ADB-YTN berikut ...