.Hasil sesuatu usaha itu adalah segalanya. Jika setelah berusaha tiada ber
hasil maka tiada makna usaha itu. Mungkin kita akan berfalsafah mengapa kita tidak mencapai
hasil setelah berusaha, tetapi nun jauh di hati, kita akan tertanya-tanya mengapa
hasil itu tidak dapat kita capai.
Hasil adalah segala tumpuan suatu usaha. Baik di permulaan, pertengahan ataupun di pengakhiran suatu usaha.
.
Bila bercakap mengenai
hasil, cuba kita pertimbangkan tiga soalan berikut;
Apakah
Hasil yang diharapkan dari diri kita?
Daripada segala
Hasil yang diharapkan dari diri kita, apakah
Hasil yang paling penting?
Jika kita hanya boleh mencapai satu
Hasil dengan penuh cemerlang, apakah
Hasil yang perlu kita capai?
Adakah mampu kita menjawab tiga soalan di atas? Jika kita jelas dengan jawapan untuk soalan-soalan ini dan jawapannya juga turut
spesifik, boleh diukur dan
berjangkamasa, kita sebenarnya sudah mula melangkah untuk mencapai
hasil tersebut. Ini seiring dengan kata-kata
Einstein yang berbunyi;
“If you cannot explain what you are attempting to accomplish to a six year old child, then you probably not clear about it yourself.”
Selepas menemui jawapan ini, kita sepatutnya menumpukan segala usaha dan sumber yang ada untuk mencapai
hasil ini. Elakkan sebarang gangguan menghalang kita untuk mencapai
hasil ini. Kita tidak boleh menyalahkan sebarang gangguan ini jika kita lewat atau gagal mencapai
hasil ini. Bukan apa, jika itu yang kita lakukan, sudah semestinya jalan-jalan untuk membawa kita hingga tercapai
hasil tersebut akan kabur dari pandangan kita.
.
Dalam dunia perniagaan, sedarilah bahawa pelanggan-pelanggan kita hanya pentingkan apakah
hasil atau faedah yang mereka boleh dapati dari produk atau servis kita. Adakah produk/servis kita mampu memberi segala
hasil dan faedah seperti yang dijanjikan secara berterusan? Ini soalan cepumas. Jatuh bangun perniagaan kita berkait rapat dengan persoalan ini. Saya tertarik dengan definasi Kualiti yang dinyatakan oleh seorang guru Kualiti,
Philip Cosby yang berbunyi;
“Your product or service does what you say it will do when you sell it and continues to do it.”
Saya suka dengan satu idea yang diberi nama
‘The Law of Three’ Hukum ini menyatakan pada sesuatu masa itu, kita hanya mampu memberi tumpuan paling maksima kepada tiga perkara sahaja. Jika lebih dari tiga perkara, fikiran kita agak sukar untuk memberi tumpuan. Sebenarnya ini perkara logik kerana dalam apa juga aktiviti, kita perlu membuat keutamaan (prioritization). Jika tidak, payah untuk laksana kerja kita.
Begitu juga bila bercakap mengenai memberi tumpuan kepada pencapaian sesuatu
hasil. Hukum ini menyatakan kita perlu mengenalpasti satu
hasil utama dan diikuti dengan dua
hasil yang akan melengkapkan pencapaian
hasil utama itu. Sebagai contoh, bagi seorang ahli perniagaan;
Hasil utama kita sepatutnya ‘Jumlah Jualan’ dan dua
hasil yang melengkapkannya ialah ‘Pemasaran Berkesan’ dan ‘Penjualan Berkesan’. Ini merupakan ‘Big Three’ ahli perniagaan tersebut.
Sudahnya apakah ‘Big Three’ dalam
‘Hasil’ yang anda ingin capai?
. 
(
Peringatan: Kebanyakan orang menghabiskan lebih kurang 90% daripada masa mereka untuk aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada
hasil-hasil yang tidak penting dan sudahnya mereka selalu pelik mengapa mereka hanya mencapai kemajuan yang kecil.)