Kadang-kadang dalam hidup ini, kita risau pada banyak perkara. Kita risau kepada soal kewangan kita, soal tanggungan kita, soal kerja, soal kesihatan kita dan bermacam-macam kerisauan lagi.
Bila risau mula melanda diri, mulalah diri kita menjadi negatif. Bila diri menjadi negatif, mula timbul macam-macam perkara negatif dalam diri kita seperti, hilang konfiden, sangka buruk, rendah diri, keluh kesah dan macam-macam hal lagi.
Penyakit ini timbul sebab kita lupa beri ROH kepada segala usaha kita. Apa makna ROH ini? ROH bermakna ...
R = Relax (Tenang & Bahagia)
O = Organize
H = Have Fun.
ROH mudah dicapai bila kita sandarkan diri kita kepada Tuhan. Tuhan memang sangat-sangat suruh kita sandarkan diri kita kepadaNya. Kenapa? Sebab Tuhan yang cipta kita dan sudah tentu apa yang disuruhNya amat baik untuk kita. Hanyanya kita ini kekadang terlupa atau buat-buat lupa.
Itu sebab bila saya hayati lagu Ku MilikMu nyanyian Maher Zain, saya benar-benar terasa impaknya. Meremang bulu roma dibuatnya. Syukur banyak-banyak kepada Tuhan kerana beri peringatan pada saya. Moga lepas ini, saya sentiasa ingat hal ini agar mampu saya beri ROH kepada setiap usaha saya.
Mari sama-sama kita hayati dan amalkan segala makna dalam lagu Ku MilikMu ini ...
Sunday, April 15, 2012
Ku MilikMu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment