Saturday, April 28, 2012
Pelajaran dari PB2
Rabu lepas, tamat perlaksanaan modul Pimpinan Berjaya Part 2
(PB2) untuk anggota kerja AMD, Bahagian Penghantaran, TNB. Walaupun aku sendiri
yang memfasilitator PB2 ini, tetapi I must say, aku sendiri banyak belajar dari
PB2 kali ini.
PB2 kali ini telah disusun berdasarkan kepada empat soalan
asas. Jika dalam Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) telah menjawab empat soalan asas
kehidupan seorang individu, (Siapa Saya?, Dimana Saya?, Kemana Saya? dan
Bagaimana Saya?) PB2 pula menjawab
soalan-soalan Siapa itu Organisasi?, Dimana Organisasi?, Kemana Organisasi dan
Bagaimana Organisasi?. ADB bercakap mengenai individu manakala PB2 bercakap
mengenai organisasi. Bila disusun sebegini, aku dapat rasakan pendekatan untuk
membangunkan sesuatu organisasi itu lebih jelas, tersusun dan praktikal.
Jika sebelum ini
PB2 banyak memberi penekanan kepada kaedah merancang perlaksanaan strategi dan
review strategi tetapi kali ini, buat julung-julung kalinya PB2 kali ini
memperkenalkan kaedah bagaimana merancang strategi berdasarkan kepada
penggunaan alat ’Business Model Generation Canvas’. Sudahnya PB2 kali ini
memang mengandungi cerita lengkap untuk melaksanakan pengurusan strategi iaitu;
Kaedah
Perancangan Strategi
Kaedah
Perancangan Perlaksanaan Strategi
Kaedah Review
Strategi.
Aku juga dapat
melihat melalui perlaksanaan PB2 kali ini, ianya juga boleh dijadikan sebagai
satu sessi pembangunan kerja berpasukan. Banyak aktiviti dalam PB2 ini
sebenarnya dengan secara langsung membina semangat kerja berpasukan. Ada dua
sebab utama mengapa aku katakan sessi ini menjadi sessi pembangunan kerja
berpasukan.
Pertama, semua
anggota kerja AMD ini telah disatukan fikiran mereka agar fokus membantu AMD
mencapai matlamat utama AMD iaitu mencapai kepuasan pelanggan. Melalui sessi
mengenalpasti keperluan pelanggan (empathy map), pembinaan kefahaman mengenai
visi, misi dan polisi pelanggan membantu menyatukan tumpuan mereka.
Kedua, melalui
sessi perbincangan perancangan strategi, perancangan perlaksanaan strategi dan
review strategi, para anggota kerja ini dapat melihat gambaran besar dengan
jelas peranan setiap dari mereka bagi mencapai kejayaan AMD. Mereka juga nampak
bahawa setiap dari mereka amat penting bagi menjamin kejayaan AMD tidak kira
dimana mereka berada dalam AMD ini. Bila mereka jelas mengenai perkara ini,
barulah wujud keinginan untuk turut serta untuk membantu AMD mencapai
matlamatnya.
Melalui PB2 ini
juga aku dapat melihat dengan jelas bahawa PB2 telah menyediakan satu kaedah
yang cukup mudah dan sistematik untuk mengembelingkan segala sumber yang ada
dalam AMD ini bagi mencapai segala matlamat AMD.
Akhir sekali, aku
mulai jelas bahawa resepi kejayaan pelaksanaan apa yang disyorkan oleh PB2 bagi
membangunkan AMD ini terletak kepada satu amalan yang perlu diamalkan oleh
setiap dari mereka. Apa dia? Mereka perlu melihat dan menjadikan kesalahan dan
kesilapan yang terjadi semasa melaksanakan aktiviti pengurusan strategi ini
sebagai peluang untuk belajar dan penambahbaikan dan BUKAN sebagai peluang
untuk menyalahkan orang lain. Untuk itu, mereka perlu semak dan amal apa yang
telah disarankan dalam ADB sebelum ini.
Itu antara lain,
beberapa perkara utama yang dapat aku pelajari dari PB2 ini. Aku tak tahu apa
yang difikirkan dan dirasai oleh anggota kerja AMD ini selepas hadir PB2 ini.
Dalam masa tiga hari mereka mengikuti PB2 ini, mungkin mereka merasakan subjek
ini agak berat tetapi itu biasalah sebab banyak perkara dalam PB2 ini merupakan
perkara baru bagi mereka. Seperti belajar matematik, kita akan lebih faham apa
yang ada dalam PB2 ini bilamana kita buat semua ’homework’ yang telah ditinggalkan
oleh PB2.
Yakinlah nothing is impossible. After all, Impossible is I-m-possible!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment