Tuesday, May 1, 2012
Anda Mampu?
Aku sedar ramai daripada para peserta yang hadir
program-program aku yang lepas semacam mengeluh kerana tidak melaksana apa yang
telah disyorkan dalam program-program aku itu yang aku panggil ‘kerjarumah
sepanjang hayat’. Apa masalah dengan mereka? Nak kata mereka dah tahu ilmu, aku
rasa mereka dah tahu. After all apa yang aku kongsi dalam program itu bukannya
susah nak faham. Jadi, kenapa mereka semacam tidak ada kekuatan untuk
melaksanakan perkara ini?
Salah satu sebab mengapa mereka tidak mempunyai kekuatan
adalah kerana mereka lupa tentang kekuatan ‘BUAT SEKARANG’ apa yang patut mereka lakukan. The moment
mereka menyatakan bahawa ‘NANTILAH … AKU TENGAH SEBOK NI’, inilah permulaan
kepada masalah di atas. Seperti katanya ‘THE LAW OF DIMINISHING INTENT’, jika
kita bertangguh walau sekalipun, hukum ini akan mula menyusup dalam hidup. Makin lama, makin lemah niat kita untuk
melaksana apa yang patut kita lakukan.
Disebabkan sifat
fikiran kita ini teramat bijak dan fikiran kita sesekali tidak mahu melihat
diri kita disakiti, bila kita bertangguh dan tidak mencapai apa yang patut kita
capai, fikiran kita mula mencari berbagai alasan yang cuba membuatkan kita rasa
selesa mengapa kita tidak melaksana apa yang patut kita laksanakan. Elakkan
NANTI dalam hidup kita kerana bak kata seorang sahabat aku Hj. K,
N.A.N.T.I. itu memberi makna ’Not Applicable, Not True Indeed’!
Soalnya sekarang
mengapa mereka tidak mampu ’BUAT SEKARANG’? Bila aku renung lebih dalam
fenomena ini, aku mulai sedar bahawa ramai orang bila melihat sesuatu yang
diminta dilakukan itu sebagai TANGGUNGJAWAB dan sememangnya itu merupakan satu
TANGGUNGJAWAB. Dari perkataan TANGGUNGJAWAB ini pun, mana ada manusia suka
TANGGUNG sebarang tugas itu dan tambah pula selepas itu mereka perlu JAWAB jika
berlaku sebarang masalah dalam tugas tersebut. Jadi macam mana nak lihat TANGGUNGJAWAB
bukan sesuatu yang membebankan tetapi sesuatu yang mengujakan?
Dalam banyak
perkara sesuatu tugas itu akan kita lihat sebagai TANGGUNGJAWAB bila kita
melihatnya sebagai tugas yang perlu kita selesaikan sebab kita telah komited
kepada seseorang untuk menyiapkannya. Sebaliknya jika kita lihat tugas itu
sebagai something yang kita MAHU, dengan sendirinya itu menjadi our joy.
Fikirkan. Inilah cara paling mudah untuk membina ISA dalam diri kita. Hj K
menyatakan ISA membawa maksud ’Instant Switching Attitude’. Sudahnya semak
semula apa juga tugas yang ada di depan kita itu. Samada ianya TANGGUNGJAWAB
atau MAHU. Pilihan di Tangan Aku!
Cerita pasal
TANGGUNGJAWAB dan MAHU ini mengingatkan aku kepada seorang sahabat, Prof Dr
Sazali yang mana satu hari beliau telah diminta oleh bossnya agar mendapatkan pengiktirafan
IR. Bossnya memaksa beliau hingga menjadikan mendapatkan pengiktirafan IR
sebagai salah satu KPI utama beliau. Sahabat aku ini pada mulanya memberontak
sebab itu bukan yang beliau mahukan kerana berpendapat pengiktirafan IR itu
tidak membawa apa-apa erti bagi masa depan beliau.
Selepas hati
sahabat aku ini sejuk dan mula boleh berfikir dengan tenang, datang satu idea
kepada beliau. Fikir beliau, apa kata untuk mendapatkan pengiktirafan IR ini
dijadikan tujuan beliau dan bukan sebab boss beliau yang mahukan. Something
magic happened. Dengan senang beliau mendapat pengiktirafan IR peringkat
kebangsaan. Di pendekkan cerita, disebabkan beliau MAHU, beliau telah berusaha
hingga mendapat pengiktirafan IR peringkat antarabangsa! Boss beliau mendapat
tahu mengenai hal ini lalu mengatakan kepada Dr Sazali bahawa beliau hanya
mahukan Dr Sazali mendapat peringkat kebangsaan sahaja. Dr Sazali dengan cool
menyatakan kepada boss beliau itu bahawa memang bossnya tidak menyuruh begitu
tetapi beliau sendiri yang MAHU untuk mendapatkan pengiktirafan IR peringkat
antarabangsa!
Akhir sekali,
jika mereka masih tidak mempunyai kekuatan untuk melaksana apa yang dinyatakan
dalam program-program aku ini, mungkin sebab berikut perlu diberi perhatian.
Apa dia? Kemungkinan besar disebabkan kekacauan hati (fikiran bawah sedar)
kita. Mungkin ada yang merasakan hati mereka OK sebab mereka tidak melaksanakan
sebarang kerosakan seperti merompak, bergaduh, buruk sangka atau mendatangkan
musibah pada orang lain. Perlu diingatkan bahawa tanda kekacauan hati kita itu
banyak. Ramai dari kita tidak sedar. Antara yang lainnya ialah kita rasa tidak bersemangat, kita tidak jelas
priority kita, kita suka bertangguh, kita senang negatif dan sebagainya.
Apa patut kita
buat untuk hilangkan kekacauan hati ini? Kita perlu mulakan dengan
belajar tentang hati. Apa sebab hati kacau? Apa yang menyuburkan hati? Apa
pendekatan untuk menyuburkan hati? Dimana nak dapatkan ilmu ini semua? Not to
worry. Semuanya ada dalam My Heart, salah satu program dalam keluarga PPB3K.
Uztaz Hairudin akan menceritakan secara terperinci dan bagaimana mengambil
tindakan terhadap persoalan-persoalan ini. May God bless all of us. Ameen.
Renungkan video
di bawah ini ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment