Bila ini kita laksanakan, sudah pasti apabila sesuatu berlaku kepada isteri/suami kita, kita redha dan tidak berasa terlalu sedih atau terlalu marah jika sesuatu berlaku kepada isteri/suami kerana kita yakin apa yang berlaku itu adalah keputusan Tuan Punya isteri/suami kita yakni Tuhan.
Wednesday, May 16, 2012
Bila seketika aku berfikir …
Dalam menyusuri kehidupan ini, ada ketikanya kita terfikir
seketika tentang apa yang telah kita lalui. Kadangkala kita rasa bangga, kita
rasa sedih, kita rasa malu, kita rasa seronok dan bermacam-macam perasaan yang
timbul. Tetapi sebenarnya apa yang kita fikirkan? Itulah seorang sahabat
memberitahu, ‘your life is measured by memories.' Dalam hidup ini tidak ada apa
yang kita tinggalkan kecuali memori. Memori itulah yang menjadi ingatan kita. Mampukah
kita meninggalkan memori-memori kita? Fikirkan …
Antara memori lepas yang meninggalkan kesan kepada diri aku
ialah tentang perkara-perkara yang aku sayangi. Keluarga, benda-benda,
kawan-kawan … inilah perkara-perkara yang selalu memenuhi ruang fikiran aku.
Soal seorang sahabat, apa you rasa bila punyai perkara-perkara yang you sayangi
itu? Termenung aku dibuatnya. But of course aku rasa happy jika aku punyai
perkara yang aku sayangi itu dan dan rasa sedih jika aku tidak punyai
perkara-perkara yang aku sayangi itu. Memang inilah antara memori-memori yang
kadangkala menjadi phobia hidup aku.
Soal sahabat ini seterusnya, bagaimana you nak berlapang
dada bila you kehilangan perkara itu atau elak rasa lupa diri bila you punyai
perkara tersebut? Lagilah pening aku. Tapi aku ajak diri aku berfikir. Mampukah
itu dilaksanakan? Pasti hebat jika itu dapat aku amalkan.
Sahabat aku ini menerangkan bahawa ramai manusia merasakan apa
yang ada pada beliau (Keluarga, benda-benda, kawan-kawan etc) merupakan milik
beliau. Walhal apa yang beliau sangka milik beliau itu sebenarnya merupakan
milik Tuhan dan Tuhan hanya pinjamkan hal-hal ini kepada kita. Tanggungjawab manusia untuk menjaga hal-hal ini
sebelum diambil semula oleh Tuhan. Itu sebab ada hari pembalasan. Sebab semasa
itu, Tuan Punya perkara-perkara ini akan menyoal manusia mengenai tanggungjawab
yang telah diamanahkan dan setiap manusia itu mesti bertanggungjawab di atas
amanah yang telah diberikan.
Jika inilah hakikatnya, seharusnya kita menjaga hal-hal ini
kerana Tuan Punya telah mengamanahkan perkara-perkara ini kepada kita. Sebagai contoh, kita menjaga isteri/suami kita kerana Tuhan mengamanahkan
isteri/suami kepada kita. Kita mesti buat yang terbaik untuk isteri/suami kita
agar Tuan Punya sebenar isteri/suami kita benar-benar redha dengan apa yang
telah kita laksanakan. Juga sekiranya kita menghadapi masalah dalam menangani isteri/suami kita itu dan kita terasa tidak mampu menangani masalah tersebut, seharusnya kita menyerahkan masalah ini kepada Tuan Punya isteri/suami kita bagi menunjukkan penyelesaiannya daripada semata-mata cuba menyelesaikan masalah itu bersendirian.
Bila ini kita laksanakan, sudah pasti apabila sesuatu berlaku kepada isteri/suami kita, kita redha dan tidak berasa terlalu sedih atau terlalu marah jika sesuatu berlaku kepada isteri/suami kerana kita yakin apa yang berlaku itu adalah keputusan Tuan Punya isteri/suami kita yakni Tuhan.
Bila ini kita laksanakan, sudah pasti apabila sesuatu berlaku kepada isteri/suami kita, kita redha dan tidak berasa terlalu sedih atau terlalu marah jika sesuatu berlaku kepada isteri/suami kerana kita yakin apa yang berlaku itu adalah keputusan Tuan Punya isteri/suami kita yakni Tuhan.
Dalam hidup ini,
ramai di kalalangan kita ini telah tersalah faham dengan perkara di atas..
Sebab tersalah faham inilah kesudahannya tindakan dan hasil kita menyusahkan
kita dan menyakitkan kita sendiri. Dalam banyak perkara susah untuk kita berlapang
dada. Renungkan, jika kita berpandangan dengan cara segala aktiviti kita lakukan kerana Tuhan sebab semua yang ada ini adalah milikNya dan kita mesti beri yang terbaik dan sekiranya timbul masalah kita berserah kepada Tuhan, sudah pasti hidup kita tenteram
dan berlapang dada dalam menyusuri kehidupan ini.
Your life is measured by memories! Alangkah indahnya hidup
ini jika memori yang kita ada semuanya bersumberkan kerana Tuhan dan keinginan
untuk mencapai keredhaan Tuhan. Hidup jadi Sejahtera-Bahagia-Kaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment