Wednesday, May 30, 2012
SUB di Cytec
Pagi ini, Ajid called me. Seperti yang aku agak, dia nak
tahu apa outcomes dari program dua hari ‘Sedia Untuk Berjaya’ (SUB) yang telah
di adakan untuk satu syarikat bernama ‘Cytec’ bertempat di Royale Bintang
Hotel, Seremban. Aku hanya senyum sendirian. Aku katakan pada dia,
‘Fantastico!’
Memang hebat. Bukan aku syok sendiri tetapi itulah yang
dikatakan oleh para hadirin SUB ini. Sememangnya aku cukup puas hati. Hilang
segala letih-letih aku. Aku teringat kata-kata En Zul, boss ‘Cytec’ itu semasa
sessi penamat SUB ini. “Dah lama, saya merancang untuk melaksana program ini,
namun masa dan keadaan tidak mengizinkan. Namun hati saya tetap menyuruh saya
melaksanakan juga program ini. Baru
sekarang kita mampu laksanakan. Dan memang tidak salah kata suara hati saya.
Sememangnya program SUB ini memenuhi harapan saya dan sesuai sangat untuk
kerja kita”. Kata-kata beliau itu
disambut tepukan gemuruh dari hadirin. Meremang bulu roma aku.
Apapun, aku
fikir, aku hanya cuba beri yang terbaik. Bak kata seorang sahabat, apa yang
kita lakukan perlu kita laksanakan dengan sesempurna mungkin. Aku rasa itu yang
telah aku lakukan. Samada para hadirin ini akan mendapat menafaat atau
sebaliknya, aku serahkan kepada Tuhan. Sebab itu semua di luar bidang kuasa
aku. Bila aku berpandangan begini, aku rasa lebih tenteram. Kalau baik, aku
ucapkan semuanya milik Tuhan. Kalau sebaliknya, aku serahkan kepada Tuhan dan
mohon bimbingan Beliau untuk memperbaiki keadaan itu. Mmm ... aman rasa hati
aku berpandangan begini.
Secara peribadi,
aku banyak belajar dari sessi SUB ini. Namun yang paling bermakna kepada aku
ialah mengenai masa. Masa
yang pada kita hakikatnya semakin berkurangan. Hari ini lebih pendek masa yang kita
ada berbanding semalam. Dan jika hari esok masih ada, hari esok lebih pendek
masa yang kita ada berbanding hari ini. Rugi benar jika kita tidak berupaya
menafaatkan setiap masa yang berlalu di depan kita.
Seperkara lain
ialah mengenai konsep mendengar. Dalam sessi ’reflection’, salah satu topik
yang dibincangkan ialah mengenai keupayaan mendengar. Untungnya bagi mereka
yang rela mendengar ialah bilamana kita mendengar, kita punya peluang untuk
belajar. Sebaliknya, jika kita asyik bercakap, mana mungkin kita mampu belajar?
Simple yet powerful!
Seperkara lagi,
semasa aku breakfast pagi tadi, seorang sahabat berkongsi cerita mengenai
bahasa yang digunakan oleh YM Tunku Abdul Rahman. YM Tunku ada menyatakan, ”
Syukur pada Tuhan, kita berupaya mencapai kemerdekaan dari British. Ianya
adalah berkat dari bijaklaksana kita.” Sahabat aku ini katakan agar perhatikan
kata-kata Y.M. Tunku itu. YM Tunku menggunakan perkataan bijaklaksana dan BUKAN
bijaksana. Bijaklaksana bermaksud bijak merancang dan laksana hingga tercapai
hajat. Manakala bijaksana
pula membawa makna seolah bijak itu jauh dari kita. Kami sama-sama ketawa
sambil aku terbayang rajah ’stick person’ itu. Aku harap ’stick person’ ini
mampu membantu para anggota kerja Cytec itu agar mereka bijaklaksana segala tugas-tugas mereka.
Ramai di kalangan
hadirin SUB ini merupakan otai-otai (Old Timers). Yang seronoknya bila ramai
otai ialah SUB ini akan lebih meriah kerana otai-otai ini sebenarnya penuh
dengan pengalaman. Hanyanya pengalaman mereka ini tidak tersusun. Jadi bila
mereka mengikuti SUB ini, dengan sendirinya mereka dapat melihat segala
pengalaman mereka dengan lebih tersusun dan sudahnya mudah bagi mereka mengatur
gerak langkah bagi bina masa depan yang lebih sejahtera-bahagia-kaya!
Akhir kata, aku
terkedu seketika bila teingatkan seorang otai dalam SUB ini. Pada pandangan aku, beliau ini memang
’hardcore’. Pada permulaan sessi SUB ini, beliau semacam suka menggangu
perjalanan SUB ini dengan kata-kata ’nakal’ beliau dan diikuti dengan derai
ketawa para hadirin yang lain. Aku tak kisah itu semua sebab aku yakin dalam
diam-diam, beliau pasti sedang memikirkan segala apa yang aku kongsikan. Aku
lihat makin lama SUB ini berjalan, aku lihat tumpuan beliau makin tinggi dan
berani aku katakan bila masuk hari kedua, beliau merupakan antara para hadirin
yang paling memberi tumpuan. Sudahnya sebelum pulang, beliau datang kepada aku
dan memberi aku ’salam semut’ sambil berbisik kepada aku. ”Sudah banyak program
saya hadiri tetapi program ini memng lain dari yang lain. Terima kasih” kata
beliau dengan penuh sebak.
Thank you Cytec! Thank you for all the knowledge and the
beautiful memories ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syukran...Alhamdulillah.. program yang sungguh bermanafaat
ReplyDeleteAmeen. Moga Tuhan berkati segala usaha kita ini.
ReplyDelete