Fikirkan ...
Saturday, June 9, 2012
15 Soalan untuk PPB3K – Bahagian Kedua
6. Apa pula dalam kontek keluarga? Pelajar?
Obviously, ke tiga-tiga perkara di atas (mengejar matlamat,
bekerja dalam satu pasukan dan memimpin sebuah pasukan) amat penting bagi
sebuah institusi keluarga. Bayangkan bila semua anggota sebuah keluarga ini
mempunyai ilmu dan mengamal ketiga-tiga kesedaran ini, dengan izin Tuhan
keluarga itu akan mampu membina sebuah keluarga yang berwawasan, saling sokong
menyokong dan berpegang kuat kepada nilai-nilai murni yang sejajar dengan
perintah Tuhan.
Perkara yang sama akan dialami oleh seorang pelajar bilamana
mempunyai ilmu dan mengamal ketiga-tiga kesedaran ini. Pelajar itu akan jelas
dengan apa yang mahu dicapai hidup ini terutama dalam kerjaya beliau nanti.
Bila ini jelas, maka beliau akan nampak mengapa pelajaran beliau amat penting
kerana pelajaran itu akan menjadi jambatan bagi mencapai matlamat kerjaya
beliau. Di samping itu, pelajar itu akan menjadi seorang yang ’all rounder’
kerana beliau mahir dalam bekerja dalam seseuatu pasukan serta mahir dalam
memimpin satu-satu pasukan. Bukankah ini perkara-perkara yang mahu dibina dalam
diri seorang pelajar masakini?
7. Bagaimana dengan feedback dari peserta2 yang telah
mengikuti program so far?
Secara peribadi, saya bangunkan PPB3K di atas niat saya bagi
membantu seorang manusia itu jelas dengan tujuan hidupnya di dunia ini. Namun,
saya juga jelas bahawa untuk mengubah seseorang itu merupakan luar kuasa saya
dan apa yang saya hanya boleh lakukan ialah setakat cuba mempengaruhi seseorang manusia
itu berubah. Saya hanya menumpukan kepada usaha untuk beri yang terbaik.
Selainnya saya serahkan kepada Yang Maha Kuasa.
Apa pun, sehingga kini, rata-rata feedback dari para peserta
amat memberangsangkan. Segala puji bagi Tuhan!
8. Apa "value propositions" product PPB3K?
PPB3K ini menyediakan satu
pengalaman yang cukup rapat dengan kehidupan atau ’intimacy’ bagi seseorang
yang mengikuti PPB3K ini. Bermulanya ’intimacy’ ini untuk mereka ialah dengan
berkongsi idea bahawa diri mereka cukup istimewa dan kita perlu melihat diri
mereka dan setiap manusia lain itu sebagai ’manusia’ dan bukan ’benda’.
Bertolak dari situ, ’intimacy’ ini akan diteruskan dengan
membawa mereka mengenali keupayaan mereka dalam tiga kesedaran iaitu Kesedaran
Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Ini merupakan satu
pengalaman yang cukup ’intimate’ dan amat berguna bagi membina hidup yang
sejahtera-bahagia-kaya.
Bila ini berlaku pada setiap manusia dalam sebuah
organisasi, sudahnya organisasi itu barulah dkatakan berjaya melaksana transformasi bagi menghasilkan matlamat yang telah ditetapkan secara berterusan. Inilah dia 'value proposition' yang disediakan.
9. Bagaimana tuan boleh convince orang2 yang skeptikal
tentang program2 seperti ini?
Mmm … interesting question. Cuba kita lihat cerita kita di masa
lalu. Ramai pemimpin organisasi mengambil masa terlalu lama atau masih tidak
berupaya membina produktiviti dan mengajak anggota kerja mereka melaksanakan
transformasi organisasi bagi membina organisasi yang cemerlang. Ramai pemimpin-pemimpin
ini sebenarnya nampak keperluan program-program seperti ini untuk memacu
anggota kerja mereka, namun disebabkan mereka selalu melaksana program ini
secara tidak sistematik dan tidak berterusan, sudahnya mereka hilang
kepercayaan dengan program seumpama ini.
Untuk semata-mata menyalahkan pemimpin dalam soal ini tidak
boleh juga sebab tidak terdapat satu program dalam pasaran yang bersifat asas
dan menyeluruh untuk menangani keperluan ini.
Menyedari hakikat inilah PPB3K diwujudkan. PPB3K menekankan
soal-soal asas dan menyeluruh mengenai pembangunan manusia dan organisasi.
Tambah pula PPB3K dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia di samping menggunakan
contoh-contoh tempatan akan memudahkan kita memahami segala konsep PPB3K ini
dengan lebih mudah.
Mungkin ada yang menyatakan bagi melaksanakan keseluruhan
program ini mengambil masa yang lama. Namun, masa perlaksanaan PPB3K ini
sebenarnya jauh lebih singkat daripada masa yang telah kita sia-siakan selama
ini bagi menangani isu produktiviti anggota kerja dan transformasi organisasi
ini.
Fikirkan ...
Fikirkan ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment