Wednesday, June 13, 2012
15 Soalan untuk PPB3K – Bahagian Ketiga
10. Apa perancangan tuan untuk penambahbaikan program PPB3K?
Bagi saya, dari dulu hingga kini, PPB3K tidak pernah siap
100%. Dari pengalaman, setiap kali saja saya terfikir bahawa sesuatu modul
dalam PPB3K itu telah siap sepenuhnya, akan timbul berikutnya idea baru bagi
menambahbaik modul tersebut. Atas sebab itu, saya telah ‘quit thinking’ bahawa
PPB3K ini akan siap sepenuhnya.
Secara asasnya, rangka kerja (framework) PPB3K yang
menekankan soal Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran
Kepimpinan itu tidak akan diubah. Itu tetap akan menjadi slogan PPB3K dalam
soal bagaimana membangunkan manusia dan organisasi.
PPB3K akan sentiasa ditambahbaik sesuai dengan perkembangan
ilmu manusia. Segala ilmu yang dikenalpasti baik itu akan di ‘adopt and adapt’
ke dalam PPB3K.
Disamping itu, penambahbaikan lain yang akan dilaksanakan
ialah dengan mencari idea dan kaedah agar PPB3K menjadi satu program yang
menekankan soal ‘experiential learning’. Untuk itu, PPB3K harus santai dalam
penyampaiannya. Agar penyampaiannya
santai, saya akan menekankan soal ‘edutainment’ iaitu adunan pendidikan dan
hiburan.
11. Apa idealism or ideal yang hendak disampaikan dalam PPB3K
ini?
Perhatikan apa yang berlaku kepada ramai manusia sekarang.
Hidup mereka kelihatan begitu sebok tetapi hasil yang diperolehi tidak
seberapa. Sudahnya ramai yang rasa hidupnya tertekan. Hidup terasa bagai robot.
Mereka tidak tahu bagaimana harus keluar dari cara hidup sedemikian. Sudahnya
banyak yang terjebak kepada penyakit kronik dan gejala sosial.
Apa yang diperlukan oleh manusia-manusia sebegini ialah satu
bentuk kesedaran asas. Melalui kesedaran asas ini nanti, mereka akan berupaya
melihat diri mereka dalam hidup ini dan mula berupaya merencana agar sejahtera-bahagia-kaya
dalam hidup ini.
Sudahnya, kesedaran asas inilah yang mahu disampaikan oleh
PPB3K. Kesedaran asas yang akan disampaikan ialah kesedaran asas dalam
Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan.
12. Bagaimana PPB3K dapat membantu transformasi diri
individu?
Transformasi individu pada peringkat paling asas ialah
individu tersebut perlu punya matlamat dalam hidupnya. Bilamana bermatlamat,
seorang individu barulah mampu meletakkan
dirinya pada garisan yang betul bagi mentransformasi diri beliau.
PPB3K akan membantu secara khusus bagaimana seseorang
individu itu menetapkan matlamat beliau. Bagi mencapai matlamat tersebut,
penerangan khusus akan diberikan mengenai dirinya dan bagaimana dirinya
beroperasi. Ini penting bagi mengoptima penggunaan dirinya. Seterusnya,
pengoptimaan diri ini tidak mampu dicapai jika tidak difokuskan kepada satu
matlamat. Pencapaian matlamat itu kelak akan dijadikan kayu ukur samada
individu tersebut telah berjaya mengoptima penggunaan dirinya.
Bagi membantu menangani cabaran semasa menyusuri perjalanan
dalam usaha capai matlamat itu kelak, PPB3K akan membekalkan ilmu bagaimana
untuk memperkuatkan hati (hati bertindak sebagai ’raja’ dalam diri) dan
meningkatkan kreativiti diri. Ini penting kerana dua perkara ini bertindak
sebagai ’shield’ kepada diri dalam menghadapi sebarang cabaran.
Bagi memperlengkapkan individu tersebut, ilmu asas dalam bagaimana
untuk bekerja dalam satu pasukan dan bagaimana memimpin satu pasukan akan
dibekalkan. Dua ilmu asas ini amat penting kepada individu tersebut kerana
hidup individu tersebut perlu sentiasa berhubungan dengan manusia lain terutama
dalam usaha mencapai matlamat beliau itu. Keupayaan melaksana ilmu ini pasti
menjadi tuas (leverage) untuk memudahkan dan mempercepatkan beliau mencapai
matlamatnya.
13. Dari soalan no 12 diatas, bagaimana ia dapat pula
membantu transformasi organisasi?
Itu mudah. Sebagaimana kita maklum, organisasi itu
diwujudkan dan ditadbir oleh individu-individu. Dalam kata lain, jika
individu-individu yang menganggotai organisasi tersebut hebat, dengan
sendirinya organisasi itu akan jadi hebat dan sebaliknya jika indidu-individu
dalam organisasi tersebut kucar kacir, maka organisasi tersebut akan ikut kucar
kacir.
Sudahnya apa maksud perenggan di atas?
Jika kita mahu mentransformasi organisasi, laksanakan saja
apa yang telah dinyatakan dalam soalan 12 di atas kepada setiap individu dalam
organisasi tersebut. Hanyanya, pemimpin organisasi tersebut mesti peka untuk
menghalakan segala matlamat-matlamat individu dalam organisasi itu agar sejajar
dengan matlamat besar organisasi.
Hebat Individu membawa kepada Hebat Organisasi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment