Tuesday, June 19, 2012
Bila Diri Disayangi
Hidup atas
dunia ini bagai seorang pengembara. Dalam pengembaraan ini ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. Walau
macam mana susah atau senang kita atas mukabumi ini, semuanya bersifat
sementara. Hidup perlu diteruskan. Bagi pengembara ini, setiap ketika yang
dilaluinya semuanya dengan hajat untuk mendapat keredhaan Tuhan. Apa makna
hidup ini jika Tuhan tidak redha dengan kita?
Setiap ketika,
pengembara akan melaksanakan apa saja tugas yang membawa kepada kebaikan
sesempurna mungkin dan beliau berasa malu untuk melaksana sebarang keburukan.
Sudahnya, bila beliau bertemu kepayahan, beliau sentiasa serahkan cabaran
tersebut balik kepada Tuhan agar Tuhan bimbing beliau mencari penyelesaian yang
terbaik. Sebaliknya, jika beliau bertemu senang, beliau ucapkan segala puji
hanya untuk Tuhan tanpa jemu. Akibatnya hati beliau menjadi aman.
Sudahnya
pengembara ini sentiasa sangka baik dengan Tuhan dan sentiasa mohon keredhaan
Tuhan. Pengembara ini sangat yakin bahawa Tuhan amat menyanyangi beliau. Suara
hati pengembara ini bolehlah digambarkan melalui lagu berikut. Hayati dan
Nikmati ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment