Tuesday, July 17, 2012
Bagaimana Menjadi Diri Yang Sebenar?
Dalam satu training program yang dihadiri baru-baru ini,
saya termenung seketika bilamana coach program tersebut, Saudara Gene Dunaway
menyatakan bahawa, “You must take ownership of your choice!”. Tak pernah saya dengar
kenyataan sebegini sebelum ini. Gene telah menghurai maksud ‘quote’ ini dan
rugi rasanya jika saya tidak berkongsi di laman ini.
Bilamana kita
berdepan dengan sebarang pilihan, kita punya dua pilihan. Samada kita mahu
bertanggungjawab terhadap ’outcomes’ dari pilihan yang kita buat itu atau
sebaliknya mahu mengelak dari bertanggungjawab terhadap ’outcomes’ tersebut.
Jika kita pilih
untuk tidak mahu bertanggungjawab terhadap ’outcomes’ yang terjadi dari pilihan
yang kita buat, selalunya kita akan cuba untuk memberi alasan. Sebagai contoh,
katakan kita berjanji untuk menghadiri satu temujanji jam 10 pagi dan katakan
kita hanya sampai jam 10.30 pagi. Bila ini terjadi, kita biasanya akan memberi
alasan seperti jalan sesak, kereta rosak, dan sebagainya. Walau bagaimana ’valid’
sekalipun alasan kita, tanpa kita sedari ianya sebenarnya memberi kita satu
ruang agar terlepas dari janji yang telah kita buat.
Bila ini terjadi,
sebenarnya tanpa kita sedari, kita telah mengurangkan rasa percaya diri,
keyakinan diri dan integriti diri kita sendiri. Jika ini dibiarkan berterusan,
tanpa kita sedari, penyakit-penyakit tiada percaya diri, tiada keyakinan diri
dan tiada integriti diri ini akan menjadi tabiat kita.
Bilamana penyakit
ini berleluasa, itu sebab kita tidak punya keyakinan diri untuk mencapai
matlamat-matlamat kita. Bayangkan. Segalanya bermula dengan hanya tidak
menepati janji untuk satu temujanji! Bayangkan jika penyakit ini bila
berleluasa dalam satu masyarakat atau satu negara. Boleh hancur masyarakat atau
negara tersebut!
Sebaliknya katakan
kita menepati janji temujanji jam 10 itu dan datang tepat pada waktunya. Apa
terjadi kepada kita? Perkara sebaliknya berlaku iaitu rasa percaya diri,
keyakinan diri dan integriti diri akan timbul. Tuan Puan sendiri boleh fikirkan
kesan pada seseorang bilamana punya rasa percaya diri, keyakinan diri dan
integriti diri.
Orang yang punya rasa
percaya diri, keyakinan diri dan integriti diri ini sebenarnya baru mampu
menjadi diri mereka yang sebenarnya (Authentic Self). Jika tidak, hidup
seseorang individu itu umpama satu lakunan sahaja. Bila hidup dalam lakunan,
mana mungkin individu tersebut mampu bertemu bahagia? Hidup di penuhi gelisah
walau punya segala keperluan material yang hebat.
Mereka yang
sentiasa mampu menjadi diri mereka sebenarnya (Authentic Self) dalam hidup ini
sentiasa menitik berat 3 nilai utama dalam hidup harian mereka. Mereka
sentiasa …
Berkata Benar (Honest)
Komited (Committed)
Segera Bertindak (Act at Once).
Memang hidup menjadi indah dan nampak peluang dimana-mana. Apakah
pilihan yang mahu saya buat?
Pilihan Di Tangan
Saya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment