Sunday, August 26, 2012
Stay The Same
Lagu ‘Stay The Same’ ini merupakan antara lagu terawal yang
aku gunakan dalam PPB3K ini. Lagu ini sentiasa mengingatkan aku kepada konsep
‘Stick Person’ yang telah diperkenalkan oleh Col Izaidin kira-kira 20 tahun
yang lalu. Masih aku ingat lagi, ketika itu aku benar-benar merasakan
bahawa my life will never be the same
again!
Masih aku ingat satu hujung minggu itu, bertempat di PJ
Hilton, Col Izaidin telah share his wisdom dengan aku dari jam 7 pagi hingga 12
malam Selama 2 hari itu aku telah di
bombard dengan idea-idea yang cukup merangsang fikiran aku. Benar-benar aku
rasakan aku telah dilahirkan semula. Dilahirkan dengan kesedaran bahawa aku
dilahirkan untuk berjaya!
Sebelum aku terima idea-idea ini, aku selalu rasa bahawa aku
serba tak boleh, serba tak berkeyakinan. Walau aku tahu, jauh dalam diri aku
ini, wujud satu kuasa untuk aku menjadi somebody. Tetapi hingga ketika itu, aku
tidak tahu bagaimana mahu meledakkannya. Tapi itu semuanya diubah bilamana aku
mulai faham konsep ‘Stick Person’ ini. Secara tiba-tiba, aku rasakan dunia ini
mampu aku takluki!
Memang hebat perasaan aku ketika itu. Dan semamangnya aku tidak toleh ke belakang lagi.
Aku menjadi seorang pemburu matlamat. Aku tetap dengan apa yang aku mahukan
walau seluruh dunia mengatakan itu tidak mampu aku capai. Perghhhhhhhhhhhh ...
memang hidup menjadi lain. Terus terang aku katakan, lirik lagu ’Stay The Same’
ini memang benar-benar menjadi pegangan aku. Sentiasa menguja semangat aku.
Aku tidak ingin
menjadi orang lain. Aku hanya mahu menjadi diri aku yang sebenarnya. Bilamana
aku mulai menyayangi diri aku, itu tanda bahawa aku mampu pergi jauh dalam
hidup ini. Tidak ada apa yang perlu aku pertikaikan mengenai binaan diri aku.
Aku sememangnya ciptaan Tuhan yang terhebat!
Aku sememangnya
mampu capai segala hajat aku dengan syarat aku tumpukan fikiran aku, perasaan
aku, hati aku dan tindakan aku hanya pada matlamat aku. Aku tidak gusar untuk
capai matlamat aku dengan syarat aku hubungkan apa yang aku mahukan itu dengan
keredahaan Tuhan! Aku akan
tetap menyakini diri sendiri. Itu prasyarat untuk aku pergi jauh dalam hidup
ini, untuk aku benar-benar bebas dari rantaian hidup dan untuk aku benar-benar
hidup!
Sememang senikata
lagu ini power! Apa kata kita selami lirik lagu Stay The Same ini berdasarkan kepada video dibawah
ini? Dengan izin Tuhan, hidup kita pasti menjadi lebih Sejahtera Bahagia Kaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ