Bagi menghadapi masa depan yang
serba mencabar, Yang Berbahagia Dato’ Ir. Azman Mohd., Presiden/Ketua Pegawai
Eksekutif TNB, telah melahirkan hasrat kepada semua anggota kerja TNB melalui
mesej yang terkandung dalam Vibrant
Workforce, Productivity Revolution. Mesej ini mudah sahaja untuk difahami.
Sekiranya seluruh anggota kerja TNB vibrant, dengan sendirinya satu revolusi
dari segi produktiviti boleh dilipatgandakan. Tepat dan mampat!
Vibrant membawa Produktiviti!
Beliau juga telah menyatakan
bahawa bagi menjayakan hasrat ini, empat
(4) teras utama akan menjadi panduan iaitu:
Membina
Kepercayaan & Perhubungan
(Building Trust & Relationship)
Membina
Keupayaan
(Building Capacity)
Membina
Pencapaian
(Building Performance)
Membina
Pertumbuhan
(Building Growth)
Jika kita lihat dari kenyataan di
atas, jelas sekali bahawa ‘root cause’ bagi pencapaian di atas ialah bagaimana kita harus mewujudkan anggota
kerja yang vibrant? Satu jenis tindakan yang bersistematik, bersepadu dan
berterusan harus diwujudkan bagi mempastikan keadaan ini berlaku.
Berdasarkan ‘Two Factor Theory’ oleh Herzberg, cabaran di atas mampu ditangani
bilamana TNB mengambil tindakan terhadap dua perkara berikut secara
bersistematik, bersepadu dan berterusan;
Soal ‘Hygiene’ - Soal ‘Outside In
Approach’ (Extrinsic)
Soal ‘Motivators’ - Soal
‘Inside Out Approach’ (Intrinsic)
Kedua-dua soal di atas perlu diambil tindakan kerana bilamana kedua-dua
soal ini berjaya di ambil tindakan, kesan yang akan diterima ialah anggota
kerja TNB sebenarnya akan mampu mencapai status ‘world class’. Kegagalan
mencapai salah satu dari soal di atas akan melumpuhkan usaha ke arah pencapaian
status ‘world class’ itu sendiri.
Dari apa yang dilihat pada ketika ini, TNB sebenarnya telah mampu
menangani soal ’Hygiene’ ini iaitu menangani hal-hal yang bersangkutan seperti
gaji, bonus, persekitaran kerja, proses kerja dan sebagainya.
Namun TNB, dilihat masih memerlukan satu pendekatan bagi menangani soal
‘Motivators’ secara bersistematik,
bersepadu dan berterusan. (Soal ‘Motivators bersangkutan soal pembinaan
pembangunan diri, kerjasama, kepimpinan dan sebagainya).
Untuk itu, kertas kerja ini akan hanya menumpukan kepada soal ‘Motivators’ sahaja.
Bagi menwujudkan anggota kerja yang vibrant dari soal ‘Motivators’, tiga (3) perkara asas mengenai anggota kerja itu perlu ditekankan iaitu;
Pandangan anggota kerja mengenai kerja
(Kesedaran Diri)
Bagaimana anggota kerja bekerja dalam satu pasukan
(Kesedaran Kerja Berpasukan)
Bagaimana anggota kerja memimpin organisasi
(Kesedaran Kepimpinan)
Secara amnya, tiga perkara asas mengenai anggota kerja ini digambarkan berdasarkan kepada rajah dibawah;
Tiga perkara asas di atas perlu ditangani secara sistematik, bersepadu dan berterusan agar sudahnya semua anggota kerja dalam TNB itu rela menerima perubahan dan seterusnya berupaya mempengaruhi dan menyumbang dalam membawa TNB ke satu tahap
yang lebih tinggi dari keadaan ketika ini. Inilah saat berlakunya revolusi produktiviti!
Masakini kelihatan seolah-olah TNB terlepas pandang atau tidak berupaya mengambil
tindakan yang sewajarnya bagi memenuhi tuntutan ini. Ini bukan bermakna TNB tidak peka akan kepentingan dan kritikalnya aktiviti pengurusan perubahan ini tetapi mungkin TNB belum berjumpa formula bagaimana melaksana pengurusan perubahan ini pada kadar masa yang paling optima serta paling memberi impak kepada hasil yang diingini.
Tambah pula, aktiviti pengurusan perubahan ini biasanya bersifat penting tetapi tidak
terdesak (kuadran II) menyebabkan aktiviti pengurusan perubahan ini selalu menjadi aktiviti nombor 2 dibelakang sebarang aktiviti penting dan tedesak (kuadran I). Sila rujuk rajah dibawah;
Jika TNB terus menerus berada dalam keadaan kuadran I dan terus bertangguh melaksanakan aktiviti pengurusan perubahan ini, TNB pasti akan terdedah kepada berbagai risiko yang menyebabkan TNB tidak berupaya menangani perubahan dan cabaran masa depan. Dalam kata lain, jika TNB berhasrat untuk kekal lama dalam industrinya,
aktiviti pengurusan perubahan ini perlu dilaksanakan.
Wujudkah satu program asas bagi melaksanakan pengurusan perubahan yang sesuai dengan iklim dalam TNB itu sendiri?
No comments:
Post a Comment