Bagaimana kita mahu mengajak anggota kerja kita agar sama-sama membawa
organisasi kita ke satu tahap yang kita mahukan?
Persoalan ini boleh ditangani dengan membawa cara pandang anggota kerja
kita melihat diri mereka sebagai seorang usahawan. Dan jika ditanya kepada
ramai orang, rata-rata mengimpikan mereka menjadi usahawan. Apa kata kita
syorkan kepada mereka bahawa mereka mampu menjadi usahawan dalam kerja mereka?
Satu syor yang saya rasa akan menguntungkan organisasi dan anggota kerja itu.
Untuk melihat diri mereka sebagai seorang usahawan, mereka perlu mengenali
apakah jawapan kepada persoalan-persoalan berikut;
Golongan pelanggan mana yang mahu saya beri khidmat?
Apakah nilai yang boleh diberi kepada pelanggan saya?
Apa saluran untuk mencapai nilai ini kepada pelanggan saya?
Apakah cara menambat hati pelanggan saya?
Apa dan bagaimana saya untung?
Apa sumber yang saya perlukan untuk membina nilai di atas?
Apa aktiviti yang perlu saya lakukan untuk membina nilai di atas?
Siapakah yang boleh membantu saya membina nilai di atas?
Berapa kos untuk menyampai nilai ini kepada pelanggan saya?
Setiap anggota kerja yang mampu menjawab soalan di atas berdasarkan kepada
tugas masing-masing akan mampu bertindak sebagai seorang usahawan. Senang
bercakap mengenai ini tetapi bagaimana ‘approach’ kita?
Untuk itu, mereka akan diperkenalkan kepada satu alat yang dinamakan
‘Business Model Generation Canvas (BMGC). Segala persoalan di atas akan
diceritakan dan dikaitkan berdasarkan kepada satu gambaran visual dan
menyeluruh. Ini akan
memudahkan anggota kerja itu melihat lebih jelas peranan mereka. BMGC akan
digunakan dalam keadaan satu pasukan dan perseorangan.
Berdasarkan kepada penerangan di atas, kandungan program ini akan dimulakan
dengan topik-topik berikut:
Anda seorang usahawan?
Apa itu ’Business Model’
Mengapa ’Business Model’ penting?
Penerangan mengenai Business Model
Contoh perlaksanaan Business Model
Latihan penggunaan Business Model – perniagaan nasi lemak
Persembahan Business Model oleh kumpulan.
Dalam penggunaan BMGC ini, selalu dilihat mereka tidak mampu mengenalpasti
keperluan pelanggan dengan terperinci. Sudahnya nilai yang dicadangkan kepada
pelanggan itu tidak benar-benar menepati kehendak pelanggan. Ini pasti merugikan.
Satu alat yang diberi nama Peta Empati akan digunakan bagi benar-benar
mengenalpasti keperluan pelanggan. Peta Empati ini akan membawa anggota kerja
melihat keperluan yang diperlukan oleh pelanggan berdasarkan kepada mata
pelanggan dan BUKAN dari mata anggota kerja itu. (Satu kesilapan yang lumrah
dalam perniagaan!) Bagi membantu pengunaan Peta Empati, kita perlu jelas
bagaimana pelanggan kita berfikir dan bertindak. Untuk itu, satu penerangan
tentang manusia berdasarkan konsep ’Stick Person’ perlu dilaksanakan.
Seterusnya bagi membantu menggunakan BMGC ini, anggota kerja perlu menjadi
kreatif. Satu kaedah kreatif akan dikongsi dengan anggota kerja. Harapannya,
anggota kerja mampu berfikir ’out of the box’.
Bagi mengoptima segala sumber, satu strategi yang dinamakan ’Blue Ocean’
akan diperkenalkan. Strategi ’Blue Ocean’ ini menekankan soal bagaimana kita
mampu mengurangkan kos dan pada masa yang sama boleh meningkatkan nilai yang
kita boleh beri kepada pelanggan.
Mungkin ada yang merasakan apa yang dinyatakan di atas agak sukar.
Percayalah. Semua ini akan disampai dalam satu kaedah yang cukup mudah difahami
oleh semua lapisan anggota kerja.
Berdasarkan kepada makulumat di atas, kandungan program ini seterusnya
adalah seperti berikut:
Anda seorang usahawan?
Apa itu ’Business Model’
Mengapa ’Business Model’ penting?
Penerangan mengenai Business Model
Contoh perlaksanaan Business Model
Latihan penggunaan Business Model – perniagaan nasi lemak
Persembahan Business Model oleh kumpulan.
Apa itu Peta Empati?
Apa itu Stick Person?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja – Peta
Empati
Bagaimana saya kreatif?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Kaedah
Kreativiti
Apa itu Strategi ’Blue Ocean’
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Strategi
’Blue Ocean’
Program ini seterusnya akan menerangkan bagaimana mengguna BMGC untuk diri
anggota kerja sendiri. Penerangan ini akan membawa anggota kerja mengenalpasti
makna kewujudan diri mereka dalam organisasi. Bila mereka jelas dengan makna mengapa mereka
wujud dalam organisasi, dengan sendirinya produktiviti akan meningkat.
Disini juga akan diterangkan bagaimana matlamat peribadi yang dikenalpasti
melalui SWOT dapat dihubungkan dengan keperluan pelanggan.
Anda seorang usahawan?
Apa itu ’Business Model’
Mengapa ’Business Model’ penting?
Penerangan mengenai Business
Model
Contoh perlaksanaan Business
Model
Latihan penggunaan Business Model
– perniagaan nasi lemak
Persembahan Business Model oleh
kumpulan.
Apa itu Peta Empati?
Apa itu Stick Person?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja – Peta Empati
Bagaimana saya kreatif?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Kaedah Kreativiti
Apa itu Strategi ’Blue Ocean’
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Strategi ’Blue Ocean’
Penerangan penggunaan BMGC untuk individu
Contoh BMGC individu
Latihan penyediaan BMGC untuk diri.
Sumber Diri - Matlamat Peribadi (melalui SWOT)
Menghubungkan matlamat peribadi dengan keperluan
pelanggan.
Bagi membawa para anggota kerja agar mampu menyumbang pada peringkat yang
lebih tinggi, satu sessi renungan tentang hidup akan dilakukan. Renungan ini
berkisar mengenai kefahaman bahawa hidup ini sangat singkat dan segalanya
merupakan pinjaman menyebabkan kita perlu peka untuk beri yang terbaik dalam
hidup ini.
Seterusnya, berdasarkan kepada BMGC, antara aktiviti utama yang perlu
ditekankan ialah soal kerjasama dan kepimpinan. Berdasarkan kepada beberapa
permainan. Satu ’experiential learning’ boleh dicapai.
Program ini akan ditamatkan dengan meminta setiap kumpulan mempersembahkan
BMGC kumpulan kerja masing-masing kepada pengurusan.
Kandungan program ini seterusnya merangkumi topik-topik berikut;
Anda seorang usahawan?
Apa itu ’Business Model’
Mengapa ’Business Model’ penting?
Penerangan mengenai Business Model
Contoh perlaksanaan Business Model
Latihan penggunaan Business Model – perniagaan nasi lemak
Persembahan Business Model oleh kumpulan.
Apa itu Peta Empati?
Apa itu Stick Person?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja – Peta Empati
Bagaimana saya kreatif?
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Kaedah Kreativiti
Apa itu Strategi ’Blue Ocean’
Latihan Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Strategi ’Blue Ocean’
Penerangan penggunaan BMGC untuk individu
Contoh BMGC individu
Latihan penyediaan BMGC untuk diri.
Sumber Diri - Matlamat Peribadi (melalui SWOT)
Menghubungkan matlamat peribadi dengan keperluan pelanggan.
Satu renugan tentang hidup
Permainan Kerja Berkumpulan
Permainan Kepimpinan
Penyediaan persembahan kepada Pengurusan
Persembahan kepada Pengurusan.
Akhir kata, selepas menghadiri program ini, saya yakin para anggota kerja
akan mampu melihat kerja masing-masing melalui satu paradigma yang lebih
positif yang pastinya akan memangkinkan tindakan yang lebih positif di tempat
kerja.
Sudahnya, kandungan lengkap program bertajuk ‘Saya Bekerja, Saya Usahawan!’ selama 3 hari ini yang disyorkan untuk anggota kerja tuan/puan
ialah seperti berikut;
- Anda
seorang usahawan?
- Apa itu
’Business Model’
- Mengapa
’Business Model’ penting?
- Penerangan
mengenai Business Model
- Contoh
perlaksanaan Business Model
- Latihan
penggunaan Business Model – perniagaan nasi lemak
- Persembahan
Business Model oleh kumpulan.
- Apa itu
Peta Empati?
- Apa itu
Stick Person?
- Latihan
Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja – Peta Empati
- Bagaimana
saya kreatif?
- Latihan
Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Kaedah Kreativiti
- Apa itu Strategi
’Blue Ocean’
- Latihan
Penyediaan BMGC untuk kumpulan kerja. – Strategi ’Blue Ocean’
- Penerangan
penggunaan BMGC untuk individu
- Contoh
BMGC individu
- Latihan
penyediaan BMGC untuk diri.
- Sumber
Diri - Matlamat Peribadi (melalui SWOT)
- Menghubungkan
matlamat peribadi dengan keperluan pelanggan.
- Satu
renugan tentang hidup
- Permainan
Kerja Berkumpulan
- Permainan
Kepimpinan
- Penyediaan
persembahan kepada Pengurusan
- Persembahan
kepada Pengurusan.
Untuk keterangan lanjut, hubungi saya di
www.miorazli.com
atau talian
019-224-5079.