Thursday, September 13, 2012
Expense vs Investment
Satu petang beberapa minggu lepas, aku mendengar satu ucapan
dari pemimpin tertinggi sebuah organisasi ini. Tetapi sebelum ucapan beliau
itu, para hadirin telah diminta untuk mengemukakan apakah yang mereka perlukan
untuk memberi yang terbaik bagi organisasi tersebut. Aku rasa sedikit curiga
dengan permintaan ini. Adakah ini merupakan satu kebetulan atau ‘by design’.
Bukan itu sahaja, apa yang berlaku dalam aktiviti ini jelas
berlawanan dengan satu hukum Tuhan iaitu Hukum Memberi dan Menerima yang
menyatakan bahawa jika kita mahu menerima sesuatu, kita perlu memberi dahulu.
Bukanlah aku mahu menyatakan bahawa aku ini baik atau yang setaranya, tetapi
pengalaman menunjukkan jika kita melakukan sesuatu berlawanan dengan Hukum
Tuhan itu, pasti kita akan menerima padahnya. Hanya masa saja yang menentukan bila padah itu akan kita terima!
Memang aku cukup
cuak dan semacam sesuatu akan disentuh oleh pemimpin ini dalam ucapannya. Jadi,
sememangnya ucapan pemimpin ini aku tunggu.
Beliau bermula
dengan bertanyakan soalan samada apa yang diperlukan oleh para hadirin itu merupakan
satu expense atau investment kepada organisasi dalam membawa organisasi itu
mencapai matlamat organisasi. Bagi beliau, jika ianya satu investment,
organisasi perlu melayani permintaan ini.
Beliau telah
membuat analogi organsasi sebagai sebuah kebun, pelabur dalam organisasi itu
sebagai tuan punya kebun tersebut dan anggota kerja organisasi tersebut sebagai
pekerja kebun tersebut.
Tuan kebun itu
akan memastikan keperluan pekerja kebun itu sekurang-kurangnya berada pada
tahap yang sama dengan tukang-tukang kebun di kebun yang lain bagi memastikan
mereka tidak akan lari ke kebun lain. Tuan kebun itu juga memahami adalah lebih
baik berpakat dengan pekerja kebun dalam membina keuntungan bagi kebun tersebut kerana tuan kebun itu sedar mereka tidak mampu melakukan semuanya. Tuan
kebun ini amat jelas bahawa dalam banyak-banyak investment yang perlu dilakukan
terhadap kebun itu, investment terhadap tukang kebun itulah yang paling baik
kerana tukang kebun itulah yang memakmurkan kebun tersebut. Very interesting
concept!
Aku amat tertarik
dengan ucapan pemimpin ini kerana ucapannya jelas melambangkan abundant
mentalitynya. Dan sememangnya ucapan beliau memberi aku satu pelajaran agar
melihat segala apa yang perlu dilaksanakan itu sebagai sebuah expense atau
investment. Siapa yang menentukan ianya expense atau investment? Diri kita
sendiri! Apa juga pilihan kita, pastikan kita sanggup bertanggungjawab (responsible) dan dipertanggungjawabkan
(accountable). Jika tidak, kita hanya hidup dalam dunia khayalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment