Saturday, September 1, 2012
Merdeka 2012
Sempena Merdeka 2012 ini, apa kata kita renungkan ucapan
Tunku sempena Merdeka tahun 1957 dibawah ini;
Bila saya mendengar ucapan Tunku ini, pertama sekali dapat
saya rasakan bagaimana bangganya Tunku, pemimpin-pemimpin serta rakyat negara
ketika itu dengan kemerdekaan Negara ini. Dapat saya rasakan kesatuan mereka
ketika itu memang berada pada tahap yang cukup tinggi. ‘Level of Trust’ di
kalangan mereka cukup hebat. Berbeza dengan kita ketika inikan?
Kini. ramai di kalangan kita terutama golongan muda tidak
berupaya menghargai nilai kemerdekaan ini. Mungkin ada yang berang bila saya
katakan begitu tetapi bak kata Mat Salleh, ’actions speak louder than words’. Mengapa ini terjadi? Saya rasa, ini terjadi
disebabkan kita kurang pendedahan kepada info. Kita hanya suka mendengar info
dari saluran infomasi yang kita suka sahaja tetapi tidak langsung mahu menilai
sebarang info dari saluran infomasi yang bukan pilihan kita. Akibatnya? Skop
cara pandang kita jadi sempit walau kita punya pencapaian akademik yang tinggi.
Juga, bila saya mendengar ucapan Tunku ini, saya tertarik
dengan satu kenyataan Tunku yang mengajak seluruh Rakyat Malaya ketika itu agar berani, yakin dan
berazam untuk hidup dan berjaya sebagai bangsa yang mulia.
Bunyinya mudah tetapi cuba kita tanyakan pada diri kita
semua sama ada kita telah mampu capai apa yang disarankan oleh Tunku ini. Bagi
saya, inilah tahap merdeka yang sebenarnya bagi sebuah bangsa. Saya ajukan
soalan pada diri saya, apakah kompetensi yang diperlukan oleh kita agar mampu hidup
sebegitu?
Saya rasa jawapannya mudah tetapi ramai yang tidak
mengetahuinya.
Pertama sekali,
kita perlu punya kompetensi untuk kenal diri kita sendiri. Kita perlu tahu ’self-worth’
kita terlalu mahal. Tuhan menjadikan kita bukan untuk tujuan yang sia-sia. Bila kita sedari hal ini, maka baru ada kekuatan untuk kita
halakan diri kita untuk mencapai segala hajat. Jika tidak, hidup kita ibarat
layang-layang putus tali sahaja.
Kedua, kita perlu
kompetensi bagaimana wujudkan kerjasama di antara kita. Asas kerjasama ini
perlu merangkumi kaedah bagaimana mewujudkan keadaan harmoni dalam kumpulan
serta kaedah capai hajat secara bekerjasama. Bila tidak wujud kompetensi ini,
lihat saja huruhara yang berlaku dalam negara ini.
Ketiga, kita
perlu kompetensi untuk memimpin diri ataupun satu kumpulan. Kompetensi ini
tidak akan terbina walaupun ilmu kepimpinan telah kita pelajari jika dua
kompetensi sebelum ini belum kita pelajari dan amalkan. Dunia amat dahagakan
orang sebegini. Kadangkala saya rasa lucu melihat gelagat pemimpin yang ada
ketika ini. Rasanya kera di hutan akan ikut turut ketawa lucu!
Itulah dia tiga
kompetensi yang diperlukan oeh kita sebagai pra-syarat untuk hidup sebagaimana
saranan Tunku di atas. Bayangkan jika tiga kompetensi ini menjadi satu mata
pelajaran di sekolah-sekolah kita. Rasanya Wawasan 2020 itu senang-senang kita
capai!
Selamat Menyambut
Merdeka! Moga Tuhan sentiasa lindungi Malaysia. Hidup Malaysia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment