Sunday, October 7, 2012
Tentang Rasa
Tontoni dan
renungi kata-kata dalam lagu berikut. Tanyakan pada diri apa makna ini semua kepada diri sendiri ...
Indah sungguh
kata-kata lagu itu. Tapi itu bukan tujuan utama bicara artikel ini. Apa yang
mahu dibicarakan ialah adakah rasa sayang itu hanya terhad untuk orang yang
sedang dilamun cinta?
Pasti tidak! Rasa
sayang itu satu anugerah Tuhan. Rasa sayang itu bila digunakan kena pada
tempatnya, adalah ibarat satu kuasa yang cukup hebat dalam mencapai sesuatu
hajat itu. Sebagai contoh, bayangkan bilamana rasa sayang ini dihadapkan kepada
matlamat yang mahu kita capai? Pasti usaha pencapaian matlamat itu semacam
menerima satu tonik yang luar biasa!
Sebaliknya, rasa
sayang ini jika dihadapkan kepada tempat yang tidak sepatutnya, pasti hidup
jadi huru hara yang pasti membawa bahana kepada hidup sendiri.
Sudahnya, gunakan
rasa sayang ini sebaik mungkin. Pastinya Tuhan menuntut kita ‘be
responsible and be accountable’ atas pemberian Dia yang cukup hebat ini. Ingin
tahu lebih lanjut mengenai ‘tentang rasa’ ini, hadirkan diri dalam program
‘Anda Dilahirkan Berjaya’.
Apapun, Pilihan
Di Tangan Saya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment