Saturday, October 27, 2012
Why + How
Antara sedar tak
sedar, perhatikan tajuk artikel kali ini, Why + How. Apa yang bermain dalam
pemikiran tuan puan bila dihadapkan dengan tajuk sebegini? Sebenarnya bermacam
perkara yang boleh kita huraikan dan semuanya bergantung kepada cara pandang
kita. Berikut antara huraian untuk renungan bersama.
Ada sekolompok
manusia, hidup mereka hanya memfokuskan kepada kenapa (The Why) perlu
laksanakan sesuatu perkara itu tanpa
memberi fokus kepada bagaimana (The How) untuk merealisasi perkara tersebut.
Satu contoh jelas mengenai situasi ini ialah apa yang banyak berlaku di
kedai-kedai kopi. Kesannya? Tuan puan
fikirkan ...
Ada sekolompok
manusia yang lain, hidup mereka hanya memfokuskan kepada bagaimana (The How)
mahu melaksanakan sesuatu tanpa memikirkan terlebih dahulu mengapa (The Why)
mereka harus melakukan sesuatu itu terlebih dahulu. Satu contoh kelompok
manusia sebegini dapat kita lihat banyak dalam organisasi-organisasi besar yang
mana anggota kerjanya hanya mengikut saja apa yang diarahkan oleh ketua mereka.
Mereka langsung tidak cuba memahami mengapa sesuatu itu perlu dilaksanakan.
Kesannya? Tuan puan fikirkan ...
Namun ada
sekelompok manusia pula langsung tidak memikirkan soal ’The Why’ dan ’The How’
apabila melaksanakan sebarang aktiviti mereka. Wujudkah manusia sebegini? Macam
tak wujudkan? Tapi kalau anda tanya saya, kelompok manusia ini ramai. Inilah
mereka yang hanya duduk berpeluk tubuh tanpa mahu melakukan sesuatu. Mereka
hanya mengharapkan segala kehendak mereka datang bergolek. Kesannya? Tuan puan
fikirkan ...
Akhir sekali,
wujud sekolompok manusia ini yang memang memfokuskan kepada ’The Why’ dan ’The
How’ apabila mereka melaksanakan sebarang akiviti mereka. Orang melihat
kelompok manusia sebegini sebagai orang yang sejahtera, bahagia dan kaya. Mereka
inilah yang kita takrifkan sebagai ‘The Mover and The Shaker of the world’.
Itu sebab dalam Islam, kita harus menitikberatkan soal
Tauhid (The Why) dan Syariat (The How) dalam menjalankan sebarang aktiviti di
atas muka bumi ini. Baka kata seorang sahabat, ramai orang Islam jadi sesat
kerana tidak mngimbangi kehendak Tauhid dan Syariat bilamana melaksanakan
sebarang aktiviti-aktiviti kita. Tuan puan fikirkan …
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment