Tuesday, November 27, 2012
Packaging Expertise
Selepas meeting petang itu, aku ditanya oleh seorang
jurutera muda dari selatan tanahair, ‘En Mior, bagaimana harus saya menangani
boss saya yang terlalu tegas dan susah untuk saya berkomunikasi dengannya?’
Aku tersenyum
dengan soalan anak muda ini. Bukan apa, soalan ini memang kena pada dahi aku
sendiri. Aku ambil masa seketika untuk aku respon kepada soalannya. Aku katakan
pada beliau bahawa aku tidak mahu respon atas soalan itu secara teori tetapi
lebih baik aku share saja experience sebenar aku yang hampir sama dengan
persoalan beliau.
Aku katakan pada
beliau bahawa memang payah punya boss sedemikian dan aku katakan juga aku
simpati dengan apa yang dialaminya. Aku tanyakan pada beliau sama ada beliau
berupaya untuk mengubah perangai bossnya itu. Dengan teragak-agak dia
menggelengkan kepalanya. Aku katakan memang benar sangkaan beliau itu kerana
bukan dalam bidang kuasanya untuk mengubah perangai bossnya itu.
Sudahnya aku
tanya lagi, apakah yang berada dalam bidang kuasanya untuk menghadapi situasi
ini? Beliau nampak blur. Aku katakan pada beliau, jangan khuatir jika beliau
tidak dapat menjawab soalan aku itu. Aku katakan pada beliau bahawa disini aku
mahu berkongsi pengalaman aku. Aku memberitahu
beliau bahawa satu ketika dulu, aku juga menghadapi cabaran yang sama seperti
beliau.
Ini cerita yang aku sampaikan kepada beliau. Puas aku memikirkan pada
masa itu bagaimana harus aku menangani cabaran tersebut. Fikir punya fikir,
sudahnya aku membuat keputusan bahawa sememangnya aku tidak berupaya mengubah
boss aku itu tetapi pada masa yang sama aku fikir aku semestinya tidak berhak
membuang masa aku di tempat kerja.
Aku bertekad
untuk membawa pulang dari kerja aku itu bukan setakat gaji sahaja tetapi juga
pengetahuan dan kemahiran dalam kerja aku itu. Diringkaskan cerita, aku mulai
merancang apa ilmu dan kemahiran yang mahu aku bina untuk diri aku berdasarkan
bidang kerja aku itu. Gambaran asas apa yang aku rancang ialah seperti rajah di
bawah;
Pertama sekali
aku harus mengenalpasti apa ilmu dan kemahiran yang mahu aku kutip. Selepas
mengenalpasti apa yang aku mahukan, aku lantas bekerja keras untuk mengumpul
segala ilmu dan kemahiran tersebut.
Segala ilmu dan
kemahiran yang aku kumpulkan itu kemudian aku longgokkan di atas meja. Aku tanyakan pada diri aku apa patut aku
buat dengan ilmu dan kemahiran ini? Aku tanyakan juga bagaimana aku harus
beri nilai kepada ilmu dan kemahiran ini? Dalam kata lain bagaimana segala ilmu
dan kemahiran ini dikehendaki oleh orang lain.
Lalu timbul satu
idea bahawa aku harus ’package’kan ilmu dan kemahiran ini. Idea ini dinamakan
’Packaging Expertise’. Aku boleh ’package’kan ilmu dan kemahiran ini ke dalam
bentuk satu seminar, produk, servis, perundingan atau sijil. Bila ini
dilaksanakan, barulah orang nampak nilai ilmu dan kemahiran ini.
Ilmu yang telah
di’package’kan ini kemudian harus di’present’ kepada mereka yang bakal
memerlukan ’expertise’ ini. Selepas
membuat ’presentation’ ini aku pastikan cuba ’identify’ apakah yang boleh aku
perbaiki lagi ’expertise’ yang telah di’package’kan itu. Aku laksanakan
’work-compile-present’ seterusnya. Aku ulangi kitaran
’identify-work-compile-present’ ini beberapa pusingan lagi hingga aku
benar-benar puas dengan ’expertise’ yang di’package’kan ini.
Bila aku sebokkan
diri aku sebegini, fikiran aku tidaklah sangat terkesan dengan perangai boss aku
itu. Sudahnya apa yang berlaku ialah boss aku dan aku sudah tidak lagi bekerja
di tempat yang sama dan paling yang menggembirakan aku ialah aku mula dikenali
sebagai seorang pakar dalam bidang ilmu dan kemahiran itu.
Aku lihat muka
jurutera muda itu mulai berseri. Dia tak habis-habis mengucapkan banyak-banyak
terima kasih pada aku. Sebelum berpisah petang itu, aku sempat katakan pada
beliau agar terus amal apa yang aku kongsikan itu dan tak perlu toleh
kebelakang lagi.
Azan Maghrib
berkumandang dan tak aku sangka masa bergerak begitu pantas. Aku tunaikan Maghrib dulu sebelum aku
tinggalkan training center itu. Hati aku puas kerana dapat berkongsi sesuatu
petang itu. Benarlah kata-kata Mat Salleh yang aku temui baru-baru ini yang
berbunyi ... ”What is my life if I am no longer useful to others”.
Sunday, November 25, 2012
VWPR di Seri Pengantin, Janda Baik
Aku rasa benar-benar teruja bila dapat peluang untuk memfasilitatorkan program Sedia Untuk Berjaya (SUB) bagi sebilangan anggota kerja Connaught Bridge Power Station (CBPS) baru-baru ini (21-24 Nov 2012). Program ini diolaksanakan bagi menerap slogan Vibrant Workforce, Productivity Revolution di kalangan anggota kerja ini. Jarang-jarang aku dapat peluang sebegini. Ialah, memfasilitator satu unit bisnes dari Bahagian Generation TNB. Memang ini satu peluang keemasan untuk aku melihat samada idea-idea yang aku bangunkan ini sesuai untuk satu Bahagian Utama dalam TNB ini.
Nak jadi cerita, 2 hari sebelum seminar ini berlangsung, aku terkena batuk dan demam yang agak kronik. Kalau ikut rasa badan, memang aku nak batalkan saja program ini tetapi dalam keadaan antara larat dan tak larat itu, aku gagahkan juga untuk laksana program ini. Hasilnya memang berbaloi!
Tuhan itu memang Maha Mengetahui, disebabkan aku memang ada masalah kesihatan ini, Dia telah datangkan 5 orang urusetia bagi membantu aku melaksanakan program ini. Kepada crew urusetia ini, aku memang teruja dengan layanan anda semua. You all memang hebat. Memang banyak ringannya melaksana program ini dengan bantuan anda semua. Moga Tuhan balas jasa baik you all!
Aku menjadi bersemangat dengan program ini kerana aku lihat pemimpin no 1 dan no 2 CBPS ini iaitu Bro Razip dan Bro Dol Malek begitu komited dengan program ini. Bukan itu sahaja, aku sedar VP mereka, Pak Din, dalam diam-diam memberi sokongan padu bagi perlaksanaan program ini. Sememangnya aku akan lebih teruja laksana program ini bilamana pemimpin mereka tunjukkan komitmen. Bukan apa, tanpa komitmen pemimpin, aku rasakan program sebegini hanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
Aku harap para peserta ini ingat perkara asas bagaimana untuk membina empat perkara asas yang menyokong slogan di atas. Apa pun, aku perturunkan disini bagi memudahkan mereka mengingati perkara ini.
Vibrant Workforce:
Building Trust & Relationship - Kenal Diri berdasarkan konsep Stick Person
Building Capacity - Tetap dan usaha capai matlamat di tempat kerja
Productivity Revolution
Building Performance - Berjaya laksana Value Proposition masa kini
Building Growth - Berjaya laksana Value Proposition masa depan.
Berikut, saksikan video sedutan program SUB ini yang telah dsediakan oleh Crew Urusetia CBPS ini ...
CBPS, you all memang best, memang hebat!
Tuesday, November 20, 2012
'Intensity' Pengamalan Ilmu
Suatu tengahari, aku bertemu dengan seorang Uztaz. Beliau baru aku kenali
melalui seorang rakan baik aku. Uztaz ini merupakan seorang yang luas
pandangannya.
Pada pandangan aku, faktor yang memungkinkan hal ini berlaku ialah kerana beliau
ini banyak berjalan melihat dunia dan pelajaran agamanya pun bukan
bersifat ’conventional’. Seronok dapat
berbincang dengan Uztaz ini. Beliau mampu membawa aku memandang sesuatu perkara
itu dari sudut pandangan yang jarang dipandang oleh masyarakat umum.
Tenghari itu, selepas kami memesan kopi dan kuih pau, kami berbual sebentar
sebelum kami mula duduk berbincang mengenai maksud utama kami berjumpa
tengahari itu. Kami berjumpa sebab mahu membincangkan apakah dan bagaimanakah
PPB3K berguna kepada masayarakat.
Sebenarnya, dalam perjalanan aku untuk berjumpa Uztaz, kepala aku ligat
memikirkan apakah kaedah yang paling baik untuk mengetengahkan PPB3K ini.
Sebelum ini pun, pernah sekali itu aku cuba memperkenalkan PPB3K, namun aku telah
ditolak mentah-mentah tapi dengan cara terhormat.
Bagaimana? Kata mereka, ”Apa yang you tawarkan ini sounds good but anyway
jika kami memerlukan khidmat you, kami akan hubungi you” tanpa mahu memandang
tepat pada aku. Aku senyum. Itulah makna ditolak mentah-mentah tapi caranya
terhormat. J Soalnya apakah kelainan yang ada pada
PPB3K ini? Jawapannya tidak aku ketemui sehingga aku berjumpa Uztaz ini.
Dalam perbincangan dengan Uztaz, aku katakan pada beliau bahawa banyak yang
berprasangka bahawa apa yang ada dalam PPB3K ini adalah merupakan sesuatu yang
telah biasa dilalui atau yang telah biasa di syorkan kepada pasaran perlatihan.
Namun aku menyatakan secara tidak sengaja bahawa PPB3K menyediakan satu
’intensity’ terhadap pengamalan ilmu yang ada didalamnya.
'Intensity' terhadap pengamalan ilmu amat penting kerana lagi kuat kita
mengamal sesuatu ilmu itu, lagi dekat kita kepada pencapaian matlamat kita.
Ramai di kalangan kita mempunyai 'intensity' pengalamalan ilmu yang cukup rendah.
Dalam kata lain, ramai dari kita setakat tahu ilmu tersebut tetapi tidak
mempunyai kekuatan untuk mengamalkannya. Tahu tapi tak buat!. Sudahnya pening
kepala!
'Intensity' terhadap pengamalan ilmu dicapai dalam PPB3K dengan melaksanakan
penekanan dari sudut berbeza (melalui ’Stick Person’) dan penekanan secara
berulang-ulang terhadap sesuatu ilmu yang disampai. Kaedahnya unik tapi
praktikal. Aku dapat rasakan Uztaz teruja dengan kata-kata aku ini.
Have ’Intensity’ Will Travel!
Friday, November 16, 2012
PPB3K Genap 6 Tahun
Bulan ini, PPB3K genap umurnya 6 tahun. Pejam celik pejam celik tak sangka masa begitu cepat berjalan. Rasanya baru lagi idea PPB3K ini diwujudkan. Itulah sifat masa. Never masa itu akan menunggu kita. Merenung kembali 6 tahun lepas, memang ada cerita yang kurang menarik tetapi tak adil kalau aku katakan tiada yang menarik dan sememangnya banyak yang lebih menarik dari yang kurang menarik.
Dibawah ini, aku nak paparkan antara saat-saat menarik sepanjang aku laksanakan PPB3K ini. Thanks to Bro Ajid yang sudi 'compile' photo-photo ini menjadi satu short presentation.
Untuk masa depan, aku telah rumuskan business model PPB3K ini berdasarkan kepada Business Model Canvas. Memang aku rasa business model PPB3K seperti yang tertera di bawah ini cukup jelas dan praktikal. Terpulang pada aku to make this happen.
Untuk intro PPB3K ini kepada masyarakat, telah aku sediakan promo PPB3K ini seperti di bawah ini. Aku harap promo ini akan menjadi satu channel bagi menimbulkan awareness pada semua peringkat masyarakat bahawa dalam pasaran sekarang, sememangnya telah wujud satu program pengurusan perubahan diri atau organisasi yang dibuat secara sistematik, bersepadu, di sampaikan dalam Bahasa Malaysia dan berlatarbelakangkan suasana negara ini. Ikuti persembahan video PPB3K di bawah ini ...
Akhir kata, aku mohon agar Allah tunjukkan jalan yang terbaik bagi aku melaksanakan PPB3K ini hingga ianya dapat dijadikan sebagai asbab mengapa perubahan positif diperolehi di atas muka bumi ini. Ameen!
Wednesday, November 14, 2012
I Believe
I believe that sun shin after the rain
I believe if you never get hurt you'll never gain.
I believe in not doing things the easy way
I believe that being selfish doesn't pay.
I believe that something good comes from something bad
I believe that for tears of happiness there are tears of sad
I believe everyone has a guardian angel
And good you do will be rewarded well.
I believe we should all live in harmony
I believe is making the most of a beautiful day
And it's not the end until everything is Okay.
I believe that to learn you have to live
I believe that to love someone you have to give
I believe that one moment can change your life
And there's still help when you are in strife,
I believe to always look on the bright side
I believe that life is just one big ride.
But it’s of because I BELIEVE!
Saturday, November 10, 2012
BMC for Corporate Affair @ Colmar Tropicale
Kira-kira dua bulan lepas, orang-orang Corporate Affair, TNB
telah menghubungi aku untuk menjemput aku memfasilitator salah satu slot dalam
teambuilding mereka. Sehingga sehari
sebelum perlaksanaan program ini, aku sedikit cuak samada aku punya masa dan
kederat untuk laksana program ini. Bukan apa, sehari sebelum program ini
berlangsung, aku rasa badan tak berapa sihat. Apapun, syukur pada Tuhan. Bila
aku buat medical checkup, tak ada yang chronic. So bolehlah aku memfasilitator
program ini.
Jadi beberapa pagi lepas, aku
bertolak lepas subuh ke Bukit Tinggi. Seronok aku rasa bila mulai
meninggal hiruk pikuk KL. Kawasan tanah tinggi dan hutan tebal yang saujana mata
memandang benar-benar mententeramkan diri aku. Seronok dan rasa kagum melihat
ciptaan Tuhan. Sambil memandu berseorangan pagi itu, fikiran aku juga ligat
merancang bagaimana mahu laksana program ini.
Aku diberi tahu bahawa majoriti peserta program ini
merupakan pemain hoki TNB. Aku pelik juga kenapa orang TNB ini tak begitu
bangga dengan pasukan hoki mereka walhal performance pasukan hoki TNB ini
memang not bad at all dalam liga hoki kebangsaan. Seharusnya pasukan hoki ini
diberi lebih perhatian kerana pasukan hoki ini jika betul digunakan pada
tempatnya mampu menjadi ikon kepada motto yang disaran oleh Dato CEO TNB
sendiri iaitu ‘Vibrant Workforce, Productivity Revolution’. Bagaimana?
Melalui penggunaan Business Model Canvas (BMC) ini nanti,
akan aku ceritakan bagaimana harus kita packagekan segala strategi, sumber dan
tindakan agar difokuskan bagi mencapai hajat ini. Bukan itu sahaja, on personal
level, aku harap mereka dapat mengenalpasti apa ilmu dan kemahiran yang mahu
mereka bina dalam diri mereka lalu sudahnya di’package’kan untuk ditawarkan kepada orang-orang yang
memerlukan khidmat mereka nanti.
Berbekalkan
kepada pendekatan inilah aku laksanakan program ini. Memang langkah kanan
sungguh! Aku dapat lihat mereka teruja dengan BMC ini dan mereka nampak dengan
jelas menafaatnya. Masing-masing nampak jalan bagaimana untuk merekebentuk
masadepan mereka samada secara individu maupun sebagai satu kumpulan. Syukur
banyak-banyak pada Tuhan!
Sessi terakhir
program ini, aku telah cabar mereka untuk datangkan perancangan bagaimana mahu
jadikan pasukan hoki TNB ini mendapat sokongan hebat daripada anggota kerja TNB
sendiri. (Anggota kerja TNB sebagai ’customer’ kepada pasukan hoki). Aku minta
mereka lakarkan perancangan mereka dengan menggunakan BMC ini. Aku katakan juga
kepada mereka bahawa apa yang mereka hasilkan nanti akan ditunjukkkan kepada
pengurusan tertinggi TNB sebagai input mereka. Hasilnya? Walaupun dalam masa
yang singkat, mereka mampu meghasilkan satu perancangan yang ’fresh’ dan patut
diberi perhatian.
Aku senyum
sendirian bilamana pengurus yang menyelia perlaksanaan teambuilding ini telah
berbisik kepada aku bahawa Vice President mereka yang telah berkesempatan
memerhati perjalanan program ini telah mengarahkan beliau agar BMC ini
digunapakai dalam perancangan mereka di pejabat. Ertinya, cerita aku dan
Corporate Affair ini ada sambungnya. I’m so happy kerana dapat beri sumbangan
ini. Moga Tuhan beri aku lebih banyak kebaikan dan kenikmatan. Ameen!
Wednesday, November 7, 2012
Pertemuan Singkat di Melaka.
Semasa dalam
perjalanan pulang ke KL baru-baru ini, aku telah ‘stopover’ di Melaka. Walaupun
sekejap, tetapi ’stopover’ ini benar-benar meninggalkan satu kenangan yang
cukup menyenangkan.
Semuanya
gara-gara apabila pagi itu kami sekeluarga (myself, my wife and my son) nak
pergi breakfast. Kami bincang-bincang ke mana harus kami pergi untuk makan
pagi. Bincang punya bincang, sudahnya my wife kata, apa kata we all semua pergi
ke satu cafe di tepi sungai melaka itu. Aku terus terbayang cafe yang
dimaksudkan oleh wife aku tu. Aku senyum. Me and my son lantas menyetujuinya.
Memang dah lama kami tak kesitu. Of course kami ingin pergi ke situ sebab
suasananya cukup santai dan membahagiakan.
Puas jugak kami
pusing Bandar Melaka mencari lokasi cafe ini. Setelah 2-3 round pusing Bandar
Melaka, baru kami terjumpa cafe ini. Memang rezeki sungguh sebab tempat parking
untuk ke cafe ini hanya tinggal satu sahaja lagi yang kosong. Aku
terkenang Hukum Getaran dan Tarikan (The Law of Vobration and Attraction).
Memang sah Hukum Tuhan yang satu ini sedang berlaku! Tempat parking tersebut
semakin mengecil kerana betul-betul di sebelah area parking itu telah menjadi
satu tapak kajian arkeologi selepas penemuan satu tapak bangunan zaman Portugis
atau Belanda.
Kami berjalan menyusuri tepi sungai Melaka hingga kami tiba
ke café ini. Memang kami excited dengan café ini. Keadaannya yang agak rustic
dan santai benar-benar mengujakan kami. Tambah pula dengan gelagat tuan punya
café ini yang cukup mesra benar-benar buat aku cukup seronok. Aku suka lihat
gelagat tuan punya café ini. Jelas
terbayang, dia memang enjoy sungguh buat bisnes café ini.
Aku dapat tahu
nama beliau ialah En Azhar Noah. Kata beliau, dia baru saja mengambil alih
‘Cafe Dutch Harbour’ ini lebih kurang 7 bulan. Dulu owner cafe ini seorang Mat
Salleh. Makanan yang disaji memang menarik dan harganya memang cukup
berpatututan. (Aku terperanjat jugalah bila aku tengok bilnya tidak sampai 3
angka memandangkan makanan dan minuman yang kami pesan. Kalau tempat lain
memang gerenti jumlah bilnya dah tiga angka).
Menurut beliau,
cafe ini merupakan extension business beliau iaitu penghasilan dan pembekalan
daging burger. Menurut beliau, perniagaan tersebut punya lebih kurang 20 orang
anggota kerja. Very interesting person! Dalam pertemuan yang singkat itu,
beliau juga turut memperkenalkan jiran cafe beliau iaitu Saudara Fauzi yang
menjalankan perniagaannya, ‘Poji Antiques’. Selepas makan, sempatlah aku
‘window shopping’ kat kedai beliau. Dari Bro Fauzi, aku dapat few ideas
mengenai perniagaan barangan antik. Memang interesting.
Aku menerangkan
apa yang aku usahakan kepada mereka berdua dan aku tertarik dengan soalan En
Azhar kepada aku, ‘Bagaimana yer untuk menangani one of my staff ini yang
always have problem with my other staff but kerjanya bagus ?’ Aku senyum
lalu beri pandangan aku, ‘I believe staff sebegini harus dibimbing untuk
identify matlamat beliau di tempat kerja dan the moment dia sedar apa matlamat
beliau, pasti dia akan cuba bekerjasama dengan rakannya yang lain kerana itu
akan memudahkan beliau capai matlamat beliau. Now that will be a good
reason for him or her to work with others. Or else, he or she will continue
with his or her tantrum!’
Aku nampak En Azhar wish to discuss more about the issue
tetapi memandangkan kesuntukan masa, we have to end up our discussion. Dia
berjanji untuk lawati laman blog ini. Dalam perjalanan pulang petang itu, dalam
diam-diam aku harap, satu masa aku dapat membantu beliau menangani soal
produktiviti organisasi beliau.
Nak jadi cerita,
aku ternampak tagline satu syarikat di badan lori tangki ini yang berbunyi,
‘Driven by Our Customers’ Hebat tagline ini. Cukup fokus dan mudah. Sudahnya
aku begitukah? Cepat-cepat aku minta my wife snap photo lori tangki ini. Aku
akan memastikan photo lori ini dimasukkan dalam Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2)!
Monday, November 5, 2012
Sedia Untuk Berjaya di MRSM Pontian
Jumaat dan Sabtu lepas, saya berpeluang berkongsi idea-idea
dalam program Sedia Untuk Berjaya (SUB) bersama sekumpulan anggota kerja MRSM Pontian. Program ini
telah dilaksanakan dengan jayanya di Hotel Seri Suria, Johor Bharu. Saya mesti
ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ayah Zain kerana telah bersusah payah
mengatur program ini.
Sebenarnya saya mengenali Ayah Zain secara yang tidak
diduga. Semuanya gara-gara
beliau menghantar email pada saya selepas membaca laman blog ini. Itu kira-kira
3 atau 4 tahun yang lepas. Kami sebenarnya tidak pernah bertemu hinggalah
semasa SUB ini dilaksanakan. Walau tidak pernah bertemu, kami selalu bertukar
fikiran melalui telefon maupun melalui internet. I must say, he is a
knowledgeable person but at the same time he is a very humble person.
Jadi bila pertama kali bertemu, saya begitu mudah klik
dengan beliau, seolah-olah dah lama berkenalan. Banyak perkara-perkara yang
telah kami bincangkan dalam pertemuan yang singkat itu. Walaupun ada perkara
yang kami tidak sependapat, namun saya rasa kami saling respect pandangan
masing-masing.
Untuk program SUB kali ini, saya banyak menekankan soal
bagaimana kita melayani manusia lain. Adakah kita melihat manusia lain hanya
sebagai objek untuk mencapai hajat kita atau kita benar-benar melihat manusia
itu sebagai seorang manusia. Untuk melihat manusia itu sebagai seorang manusia,
kita perlulah menghormati fikir, rasa, pilihan dan tindak-tanduk manusia lain
walaupun kita tidak menyetujuinya.
Kita juga perlu menghargai cara pandang yang berbeza sebab
kita faham melalui cara pandang yang berbeza inilah sebenarnya menjadi kunci
dalam membantu kita melihat sesuatu perkara itu dari dimensi yang lebih luas
lagi.
Sudah semestinya, bagi benar-benar faham mengenai perkara
dalam dua perenggan terakhir di atas, kita memerlukan rajah ‘Stick Person’.
Melalui latihan ‘Stick Person’, dapat saya lihat dengan jelas, para hadirin
dapat lihat nilai penggunaan 'Stick Person’ dalam menangani isu dan cabaran
dalam hidup. Saya juga dapat lihat
dengan jelas betapa mereka benar-benar teruja dengan idea ‘Stick Person’ ini.
Hanyanya mereka
perlu jelas bahawa ’Stick Person’ tidak mampu mengubah kita tetapi jika kita
gunakan ’Stick Person’ (Stick Person hanya merupakan alat) dalam menjalani kehidupan,
barulah 'Stick Person' dapat membantu membuat perubahan.
Rajah ’Stick
Person’ ini dapat digunakan dengan penuh optima jika kita gunakan segala
maklumat mengenainya dalam usaha melaksana mencapai matlamat. Matlamat adalah
cara paling praktikal dan berkesan dalam menggunapakai idea-idea dalam SUB ini.
Saya harap mereka mampu melihat kepentingan matlamat dari satu sudut pandang
yang baru dan lebih positif. Yakinlah, sudut pandang yang lebih positif akan
membawa satu tindakan yang lebih positif dan akhirnya membawa penghasilan hasil
yang lebih positif.
Akhir kata,
terima kasih kepada Tuhan atas pengalaman ini. Moga Tuhan akan tambah nikmatNya lagi ...
Sunday, November 4, 2012
Two Frogs
The story is told of a group of frogs traveling through the woods, and two of them fell into a deep pit. All the other frogs gathered around the pit. When they saw how deep the pit was, they told the unfortunate frogs they would never get out.
The two frogs ignored the comments and tried to jump up out of the pit. The other frogs kept telling them to stop, that they were as good as dead. Finally, one of the frogs took heed to what the other frogs were saying and simply gave up.
He fell down and died.
The other frog continued to jump as hard as he could.
Once again, the crowd of frogs yelled at him to stop the pain and suffering and just die. He jumped even harder and finally made it out. When he got out, the other frogs asked him, “Why did you continue jumping? Didn’t you hear us?”
The frog explained to them that he was deaf. He thought they were encouraging him the entire time.
This story holds two lessons:
1. There is power of life and death in the tongue. An encouraging word to someone who is down can lift them up and help them make it through the day.
2. A destructive word to someone who is down can be what it takes to kill them. Be careful of what you say. Speak life to those who cross your path. The power of words ... it is sometimes hard to understand that an encouraging word can go such a long way. Anyone can speak words that tend to rob another of the spirit to continue in difficult times.
Special is the individual who will take the time to encourage another. Be special to others!
To be blessed, become a blessing!
Thursday, November 1, 2012
Management Styles
You belong to which style?
1. MANAGING BY STARING OUT OF THE WINDOW
These managers you usually meet with their backside faced to you with their hands in their pockets. When you talk to them, their thoughts keep staring out of the windows.
2. MANAGING BY POST-ITS
Some managers forget everything. They want to impress you with their 'busy'ness by continuously writing on Post-Its, while you are talking.
3. MANAGING BY KNOWING NOTHING
These managers don't really know anything at all. They let YOU give answers. Meanwhile they fill the time with irrelevant anecdotes.
4. MANAGING BY CONCEPTUAL THINKING
These people try to explain the present from a theoretical view of the far future. The idea that this never will work, completely satisfies them. They will always have something to talk about.
5. MANAGING BY HIDING INFORMATION
Information hiders are aware of the market value of strictly secret kept information. You must be very thankful to get any information at all.
6. MANAGING BY DOING EXACTLY WHAT THE BOSS SAYS
These managers prevent their bosses from creative thinking. Else they have more work to do.
7. MANAGING BY OPEN DOOR AND EMPTY ROOM
This is a major improvement of the older 'OPEN DOOR' management style. Now you can really walk in and out anytime you want. Nobody ever knows where these managers are.
8. MANAGING BY SPEAKING WITH OTHER MANAGERS
This kind of managing is very popular. It will give them within a few hours the same information as an employee can tell them in 15 minutes.
9. MANAGING BY HAVING A NON SUPPORTING INFRASTRUCTURE
In an organization with a hopeless infrastructure, managers are really necessary. These managers will naturally prevent the organization from having a better infrastructure.
10. MANAGING BY USING BUZZ WORDS
These managers like to bluff your head off with hip, nearly undefined, terms.
11. MANAGING BY REORGANIZATION
If they think there is nothing more to organize, they reorganize.
12. MANAGING BY BELIEVING
These managers must be spiritual educated, because they have no clues at all.
Subscribe to:
Posts (Atom)