Saturday, November 10, 2012
BMC for Corporate Affair @ Colmar Tropicale
Kira-kira dua bulan lepas, orang-orang Corporate Affair, TNB
telah menghubungi aku untuk menjemput aku memfasilitator salah satu slot dalam
teambuilding mereka. Sehingga sehari
sebelum perlaksanaan program ini, aku sedikit cuak samada aku punya masa dan
kederat untuk laksana program ini. Bukan apa, sehari sebelum program ini
berlangsung, aku rasa badan tak berapa sihat. Apapun, syukur pada Tuhan. Bila
aku buat medical checkup, tak ada yang chronic. So bolehlah aku memfasilitator
program ini.
Jadi beberapa pagi lepas, aku
bertolak lepas subuh ke Bukit Tinggi. Seronok aku rasa bila mulai
meninggal hiruk pikuk KL. Kawasan tanah tinggi dan hutan tebal yang saujana mata
memandang benar-benar mententeramkan diri aku. Seronok dan rasa kagum melihat
ciptaan Tuhan. Sambil memandu berseorangan pagi itu, fikiran aku juga ligat
merancang bagaimana mahu laksana program ini.
Aku diberi tahu bahawa majoriti peserta program ini
merupakan pemain hoki TNB. Aku pelik juga kenapa orang TNB ini tak begitu
bangga dengan pasukan hoki mereka walhal performance pasukan hoki TNB ini
memang not bad at all dalam liga hoki kebangsaan. Seharusnya pasukan hoki ini
diberi lebih perhatian kerana pasukan hoki ini jika betul digunakan pada
tempatnya mampu menjadi ikon kepada motto yang disaran oleh Dato CEO TNB
sendiri iaitu ‘Vibrant Workforce, Productivity Revolution’. Bagaimana?
Melalui penggunaan Business Model Canvas (BMC) ini nanti,
akan aku ceritakan bagaimana harus kita packagekan segala strategi, sumber dan
tindakan agar difokuskan bagi mencapai hajat ini. Bukan itu sahaja, on personal
level, aku harap mereka dapat mengenalpasti apa ilmu dan kemahiran yang mahu
mereka bina dalam diri mereka lalu sudahnya di’package’kan untuk ditawarkan kepada orang-orang yang
memerlukan khidmat mereka nanti.
Berbekalkan
kepada pendekatan inilah aku laksanakan program ini. Memang langkah kanan
sungguh! Aku dapat lihat mereka teruja dengan BMC ini dan mereka nampak dengan
jelas menafaatnya. Masing-masing nampak jalan bagaimana untuk merekebentuk
masadepan mereka samada secara individu maupun sebagai satu kumpulan. Syukur
banyak-banyak pada Tuhan!
Sessi terakhir
program ini, aku telah cabar mereka untuk datangkan perancangan bagaimana mahu
jadikan pasukan hoki TNB ini mendapat sokongan hebat daripada anggota kerja TNB
sendiri. (Anggota kerja TNB sebagai ’customer’ kepada pasukan hoki). Aku minta
mereka lakarkan perancangan mereka dengan menggunakan BMC ini. Aku katakan juga
kepada mereka bahawa apa yang mereka hasilkan nanti akan ditunjukkkan kepada
pengurusan tertinggi TNB sebagai input mereka. Hasilnya? Walaupun dalam masa
yang singkat, mereka mampu meghasilkan satu perancangan yang ’fresh’ dan patut
diberi perhatian.
Aku senyum
sendirian bilamana pengurus yang menyelia perlaksanaan teambuilding ini telah
berbisik kepada aku bahawa Vice President mereka yang telah berkesempatan
memerhati perjalanan program ini telah mengarahkan beliau agar BMC ini
digunapakai dalam perancangan mereka di pejabat. Ertinya, cerita aku dan
Corporate Affair ini ada sambungnya. I’m so happy kerana dapat beri sumbangan
ini. Moga Tuhan beri aku lebih banyak kebaikan dan kenikmatan. Ameen!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tahniah tuan, teman numpang seronok!
ReplyDelete