Tuesday, November 27, 2012
Packaging Expertise
Selepas meeting petang itu, aku ditanya oleh seorang
jurutera muda dari selatan tanahair, ‘En Mior, bagaimana harus saya menangani
boss saya yang terlalu tegas dan susah untuk saya berkomunikasi dengannya?’
Aku tersenyum
dengan soalan anak muda ini. Bukan apa, soalan ini memang kena pada dahi aku
sendiri. Aku ambil masa seketika untuk aku respon kepada soalannya. Aku katakan
pada beliau bahawa aku tidak mahu respon atas soalan itu secara teori tetapi
lebih baik aku share saja experience sebenar aku yang hampir sama dengan
persoalan beliau.
Aku katakan pada
beliau bahawa memang payah punya boss sedemikian dan aku katakan juga aku
simpati dengan apa yang dialaminya. Aku tanyakan pada beliau sama ada beliau
berupaya untuk mengubah perangai bossnya itu. Dengan teragak-agak dia
menggelengkan kepalanya. Aku katakan memang benar sangkaan beliau itu kerana
bukan dalam bidang kuasanya untuk mengubah perangai bossnya itu.
Sudahnya aku
tanya lagi, apakah yang berada dalam bidang kuasanya untuk menghadapi situasi
ini? Beliau nampak blur. Aku katakan pada beliau, jangan khuatir jika beliau
tidak dapat menjawab soalan aku itu. Aku katakan pada beliau bahawa disini aku
mahu berkongsi pengalaman aku. Aku memberitahu
beliau bahawa satu ketika dulu, aku juga menghadapi cabaran yang sama seperti
beliau.
Ini cerita yang aku sampaikan kepada beliau. Puas aku memikirkan pada
masa itu bagaimana harus aku menangani cabaran tersebut. Fikir punya fikir,
sudahnya aku membuat keputusan bahawa sememangnya aku tidak berupaya mengubah
boss aku itu tetapi pada masa yang sama aku fikir aku semestinya tidak berhak
membuang masa aku di tempat kerja.
Aku bertekad
untuk membawa pulang dari kerja aku itu bukan setakat gaji sahaja tetapi juga
pengetahuan dan kemahiran dalam kerja aku itu. Diringkaskan cerita, aku mulai
merancang apa ilmu dan kemahiran yang mahu aku bina untuk diri aku berdasarkan
bidang kerja aku itu. Gambaran asas apa yang aku rancang ialah seperti rajah di
bawah;
Pertama sekali
aku harus mengenalpasti apa ilmu dan kemahiran yang mahu aku kutip. Selepas
mengenalpasti apa yang aku mahukan, aku lantas bekerja keras untuk mengumpul
segala ilmu dan kemahiran tersebut.
Segala ilmu dan
kemahiran yang aku kumpulkan itu kemudian aku longgokkan di atas meja. Aku tanyakan pada diri aku apa patut aku
buat dengan ilmu dan kemahiran ini? Aku tanyakan juga bagaimana aku harus
beri nilai kepada ilmu dan kemahiran ini? Dalam kata lain bagaimana segala ilmu
dan kemahiran ini dikehendaki oleh orang lain.
Lalu timbul satu
idea bahawa aku harus ’package’kan ilmu dan kemahiran ini. Idea ini dinamakan
’Packaging Expertise’. Aku boleh ’package’kan ilmu dan kemahiran ini ke dalam
bentuk satu seminar, produk, servis, perundingan atau sijil. Bila ini
dilaksanakan, barulah orang nampak nilai ilmu dan kemahiran ini.
Ilmu yang telah
di’package’kan ini kemudian harus di’present’ kepada mereka yang bakal
memerlukan ’expertise’ ini. Selepas
membuat ’presentation’ ini aku pastikan cuba ’identify’ apakah yang boleh aku
perbaiki lagi ’expertise’ yang telah di’package’kan itu. Aku laksanakan
’work-compile-present’ seterusnya. Aku ulangi kitaran
’identify-work-compile-present’ ini beberapa pusingan lagi hingga aku
benar-benar puas dengan ’expertise’ yang di’package’kan ini.
Bila aku sebokkan
diri aku sebegini, fikiran aku tidaklah sangat terkesan dengan perangai boss aku
itu. Sudahnya apa yang berlaku ialah boss aku dan aku sudah tidak lagi bekerja
di tempat yang sama dan paling yang menggembirakan aku ialah aku mula dikenali
sebagai seorang pakar dalam bidang ilmu dan kemahiran itu.
Aku lihat muka
jurutera muda itu mulai berseri. Dia tak habis-habis mengucapkan banyak-banyak
terima kasih pada aku. Sebelum berpisah petang itu, aku sempat katakan pada
beliau agar terus amal apa yang aku kongsikan itu dan tak perlu toleh
kebelakang lagi.
Azan Maghrib
berkumandang dan tak aku sangka masa bergerak begitu pantas. Aku tunaikan Maghrib dulu sebelum aku
tinggalkan training center itu. Hati aku puas kerana dapat berkongsi sesuatu
petang itu. Benarlah kata-kata Mat Salleh yang aku temui baru-baru ini yang
berbunyi ... ”What is my life if I am no longer useful to others”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ