Wednesday, November 7, 2012
Pertemuan Singkat di Melaka.
Semasa dalam
perjalanan pulang ke KL baru-baru ini, aku telah ‘stopover’ di Melaka. Walaupun
sekejap, tetapi ’stopover’ ini benar-benar meninggalkan satu kenangan yang
cukup menyenangkan.
Semuanya
gara-gara apabila pagi itu kami sekeluarga (myself, my wife and my son) nak
pergi breakfast. Kami bincang-bincang ke mana harus kami pergi untuk makan
pagi. Bincang punya bincang, sudahnya my wife kata, apa kata we all semua pergi
ke satu cafe di tepi sungai melaka itu. Aku terus terbayang cafe yang
dimaksudkan oleh wife aku tu. Aku senyum. Me and my son lantas menyetujuinya.
Memang dah lama kami tak kesitu. Of course kami ingin pergi ke situ sebab
suasananya cukup santai dan membahagiakan.
Puas jugak kami
pusing Bandar Melaka mencari lokasi cafe ini. Setelah 2-3 round pusing Bandar
Melaka, baru kami terjumpa cafe ini. Memang rezeki sungguh sebab tempat parking
untuk ke cafe ini hanya tinggal satu sahaja lagi yang kosong. Aku
terkenang Hukum Getaran dan Tarikan (The Law of Vobration and Attraction).
Memang sah Hukum Tuhan yang satu ini sedang berlaku! Tempat parking tersebut
semakin mengecil kerana betul-betul di sebelah area parking itu telah menjadi
satu tapak kajian arkeologi selepas penemuan satu tapak bangunan zaman Portugis
atau Belanda.
Kami berjalan menyusuri tepi sungai Melaka hingga kami tiba
ke café ini. Memang kami excited dengan café ini. Keadaannya yang agak rustic
dan santai benar-benar mengujakan kami. Tambah pula dengan gelagat tuan punya
café ini yang cukup mesra benar-benar buat aku cukup seronok. Aku suka lihat
gelagat tuan punya café ini. Jelas
terbayang, dia memang enjoy sungguh buat bisnes café ini.
Aku dapat tahu
nama beliau ialah En Azhar Noah. Kata beliau, dia baru saja mengambil alih
‘Cafe Dutch Harbour’ ini lebih kurang 7 bulan. Dulu owner cafe ini seorang Mat
Salleh. Makanan yang disaji memang menarik dan harganya memang cukup
berpatututan. (Aku terperanjat jugalah bila aku tengok bilnya tidak sampai 3
angka memandangkan makanan dan minuman yang kami pesan. Kalau tempat lain
memang gerenti jumlah bilnya dah tiga angka).
Menurut beliau,
cafe ini merupakan extension business beliau iaitu penghasilan dan pembekalan
daging burger. Menurut beliau, perniagaan tersebut punya lebih kurang 20 orang
anggota kerja. Very interesting person! Dalam pertemuan yang singkat itu,
beliau juga turut memperkenalkan jiran cafe beliau iaitu Saudara Fauzi yang
menjalankan perniagaannya, ‘Poji Antiques’. Selepas makan, sempatlah aku
‘window shopping’ kat kedai beliau. Dari Bro Fauzi, aku dapat few ideas
mengenai perniagaan barangan antik. Memang interesting.
Aku menerangkan
apa yang aku usahakan kepada mereka berdua dan aku tertarik dengan soalan En
Azhar kepada aku, ‘Bagaimana yer untuk menangani one of my staff ini yang
always have problem with my other staff but kerjanya bagus ?’ Aku senyum
lalu beri pandangan aku, ‘I believe staff sebegini harus dibimbing untuk
identify matlamat beliau di tempat kerja dan the moment dia sedar apa matlamat
beliau, pasti dia akan cuba bekerjasama dengan rakannya yang lain kerana itu
akan memudahkan beliau capai matlamat beliau. Now that will be a good
reason for him or her to work with others. Or else, he or she will continue
with his or her tantrum!’
Aku nampak En Azhar wish to discuss more about the issue
tetapi memandangkan kesuntukan masa, we have to end up our discussion. Dia
berjanji untuk lawati laman blog ini. Dalam perjalanan pulang petang itu, dalam
diam-diam aku harap, satu masa aku dapat membantu beliau menangani soal
produktiviti organisasi beliau.
Nak jadi cerita,
aku ternampak tagline satu syarikat di badan lori tangki ini yang berbunyi,
‘Driven by Our Customers’ Hebat tagline ini. Cukup fokus dan mudah. Sudahnya
aku begitukah? Cepat-cepat aku minta my wife snap photo lori tangki ini. Aku
akan memastikan photo lori ini dimasukkan dalam Pimpinan Berjaya Part 2 (PB2)!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment