Monday, November 5, 2012
Sedia Untuk Berjaya di MRSM Pontian
Jumaat dan Sabtu lepas, saya berpeluang berkongsi idea-idea
dalam program Sedia Untuk Berjaya (SUB) bersama sekumpulan anggota kerja MRSM Pontian. Program ini
telah dilaksanakan dengan jayanya di Hotel Seri Suria, Johor Bharu. Saya mesti
ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ayah Zain kerana telah bersusah payah
mengatur program ini.
Sebenarnya saya mengenali Ayah Zain secara yang tidak
diduga. Semuanya gara-gara
beliau menghantar email pada saya selepas membaca laman blog ini. Itu kira-kira
3 atau 4 tahun yang lepas. Kami sebenarnya tidak pernah bertemu hinggalah
semasa SUB ini dilaksanakan. Walau tidak pernah bertemu, kami selalu bertukar
fikiran melalui telefon maupun melalui internet. I must say, he is a
knowledgeable person but at the same time he is a very humble person.
Jadi bila pertama kali bertemu, saya begitu mudah klik
dengan beliau, seolah-olah dah lama berkenalan. Banyak perkara-perkara yang
telah kami bincangkan dalam pertemuan yang singkat itu. Walaupun ada perkara
yang kami tidak sependapat, namun saya rasa kami saling respect pandangan
masing-masing.
Untuk program SUB kali ini, saya banyak menekankan soal
bagaimana kita melayani manusia lain. Adakah kita melihat manusia lain hanya
sebagai objek untuk mencapai hajat kita atau kita benar-benar melihat manusia
itu sebagai seorang manusia. Untuk melihat manusia itu sebagai seorang manusia,
kita perlulah menghormati fikir, rasa, pilihan dan tindak-tanduk manusia lain
walaupun kita tidak menyetujuinya.
Kita juga perlu menghargai cara pandang yang berbeza sebab
kita faham melalui cara pandang yang berbeza inilah sebenarnya menjadi kunci
dalam membantu kita melihat sesuatu perkara itu dari dimensi yang lebih luas
lagi.
Sudah semestinya, bagi benar-benar faham mengenai perkara
dalam dua perenggan terakhir di atas, kita memerlukan rajah ‘Stick Person’.
Melalui latihan ‘Stick Person’, dapat saya lihat dengan jelas, para hadirin
dapat lihat nilai penggunaan 'Stick Person’ dalam menangani isu dan cabaran
dalam hidup. Saya juga dapat lihat
dengan jelas betapa mereka benar-benar teruja dengan idea ‘Stick Person’ ini.
Hanyanya mereka
perlu jelas bahawa ’Stick Person’ tidak mampu mengubah kita tetapi jika kita
gunakan ’Stick Person’ (Stick Person hanya merupakan alat) dalam menjalani kehidupan,
barulah 'Stick Person' dapat membantu membuat perubahan.
Rajah ’Stick
Person’ ini dapat digunakan dengan penuh optima jika kita gunakan segala
maklumat mengenainya dalam usaha melaksana mencapai matlamat. Matlamat adalah
cara paling praktikal dan berkesan dalam menggunapakai idea-idea dalam SUB ini.
Saya harap mereka mampu melihat kepentingan matlamat dari satu sudut pandang
yang baru dan lebih positif. Yakinlah, sudut pandang yang lebih positif akan
membawa satu tindakan yang lebih positif dan akhirnya membawa penghasilan hasil
yang lebih positif.
Akhir kata,
terima kasih kepada Tuhan atas pengalaman ini. Moga Tuhan akan tambah nikmatNya lagi ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment