Sunday, December 23, 2012
Aku pun manusia juga ...
Satu subuh, aku menaiki sebuah teksi untuk ke KLIA. Aku perlu awal kerana
filght aku ke JB bertolak jam 6.45 pagi itu. Tepat jam 5.30 pagi, teksi
tersebut sampai depan rumah aku.
Aku dapati pemandu teksi ini begitu peramah. Kami saling memperkenalkan
diri dan kami dengan mudah klik. Jauh dalam hati, aku tabik pemandu teksi ini.
Walau aku dalam keadaan sedar tak sedar sebab mengantuk dia masih lagi dapat
menarik minat aku untuk berbual dengan dia walau hajat awal aku tadi aku mahu
lelap sekejap dalam perjalanan ke KLIA ini. Kami saling berkongsi cerita walau
pertama kali bertemu.
Dia begitu tertarik bila aku katakan pada dia bahawa aku telah mewujudkan
PPB3K. Aku kata pada dia jika nak tahu lebih lanjut sila lawati laman www.miorazli.com. Dia kata dia akan buka
laman itu pagi nanti bila dia berhenti bersarapan pada pagi itu.
Namun, satu persoalan yang ditanya oleh beliau benar-benar buat aku
tersedar dari tidur-tidur ayam aku pagi tu. Soalnya, kenapa yer walau dirinya
selalu menjadi penasihat atau councellor kepada rakan-rakan beliau yang lain
tetapi dia masih tidak berupaya menyelesai masalah peribadinya. Macam dia kata,
masalah orang boleh tolong selesai. Masalah sendiri tak boleh. Kenapa yer?
Aku terdiam sebentar. Memang apa yang dipersoalkan oleh beliau itu ada kebenarannya. Macam aku jugak. Kekadang
aku rasa lemas jugak bila orang sekeliling merasakan aku ini macam tiada
masalah atau macam bagus sahaja. Mungkin mereka berpandangan sebegitu kerana
melihat gelagat aku yang asyik memfasilitator PPB3K ini di sana sini. Ada
ketika-ketika tertentu terutama saat-saat ’down’, aku memerlukan seseorang
memberi ’pep talk’ pada aku. Kenapa? Sebab aku bukan malaikat. Aku seorang
manusia!
Berbalik kepada soalan pemandu teksi itu, aku patut berterima kasih
kepadanya. Beliau telah ’trigger’ satu soalan yang cukup relevan. Buat seketika
aku rasa blur. Tetapi setelah mengambil kira fikir aku di perenggan atas, aku
senyum sendirian lantas menjawab soalan pemandu teksi itu ...
’Encik, fikir saya, jangan kita sangka sebab kita selalu menasihati orang
atau membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka, kita tidak memerlukan
bantuan orang lain untuk menangani masalah kita sendiri. Saya fikir, silap
besar jika kita berpandangan begitu. Kita pun manusia dan sememangnya sebagai
manusia, kita memerlukan orang lain membantu ’melihat’ masalah kita sebagaimana
orang lain memerlukan bantuan kita ’melihat’ masalah mereka’.
Aku lihat pemandu teksi itu berkerut dahinya dan perlahan-lahan dia
tersenyum. Aku agak apa yang aku utarakan itu ’make sense’ pada beliau. ’Eh
betullah. Kenapa saya tidak terfikir begitu ye?’ kata beliau dengan
sungguh-sungguh. Hilang rasa ngantuk aku. Rasa segar menyelinap diri aku. Wajah
KLIA dalam subuh itu mulai kelihatan.
Pemandu teksi itu beriya-iya mahu tahu lebih lanjut mengenai seminar PPB3K
ini. Aku katakan pada beliau agar mengikuti laman www.miorazli.com dari masa ke semasa untuk
mengetahui sebarang perkembangan seminar-seminar aku. Aku puas. Sebelum
berpisah, kami bersalaman dalam satu genggaman yang cukup kukuh. Thank
God. Another lesson from this university called University of Life !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment