Saturday, December 8, 2012
Program 'Produktiviti 101'
Tidak guna bercakap mengenai produktiviti jika kita tidak
menghubungkan produktiviti diri maupun kumpulan kita terhadap kepuasan
pelanggan. Pelanggan mahukan kita bukan disebabkan kerja-kerja yang kita
laksanakan tetapi mereka mahu kepada kita kerana nilai yang kita beri kepada
mereka. Nilai inilah mengapa pelanggan sanggup mengeluarkan duit mereka untuk
membayar perkhidmatan atau produk kita.
Inilah perkara utama yang aku tekankan kepada para peserta
dari syarikat EWT yang menyertai program ‘Produktiviti 101’ yang telah
dilaksanakan di Hotel Equatorial Bangi baru-baru ini.
Bagi memberi gambaran tentang perkara ini dan tindakan yang
diperlukan, aku telah memperkenalkan ‘Business Model Canvas’ (BMC) kepada
mereka. Nampak betul kesannya BMC ini kepada mereka. Mudah mereka faham apa
yang dimaksudkan dalam perenggan pertama artikel ini.
Setelah perancangan dilaksanakan melalui BMC ini, sudah
semestinya kita mesti laksanakan apa yang dipaparkan dalam BMC ini. Ketika
inilah baru ramai di kalangan kita sedar bahawa ‘knowing and doing are poles
apart!’ Bagaimana kita mahu gerakkan
diri ataupun kumpulan kita untuk mencapai kandungan BMC ini?
Fikir punya
fikir, dalam usaha untuk mempunyai kekuatan untuk laksanakan perancangan dalam
BMC ini, kita mesti sedar mengenai beberapa perkara seperti berikut;
Pertama, Kita
harus keluar dari Zon Selesa (Comfort Zone) dan masuk ke dalam Zon Tempur
(Combat Zone). Jika kita terus berada dalam Zon Selesa, kita akan sentiasa
mengutamakan S.E.T. iaitu Sandiwara, Ego dan Temberang kita sendiri. Inilah perkara utama yang aku canangkan
dalam program ’Produktiviti 101’ ini.
Kedua, perkara
dalam BMC ini mudah kita laksanakan bilamana kita laksanakan secara
berkumpulan. Dalam kata lain kita saling menyokong antara satu sama lain dalam
apa juga keadaan. Lagipun melalui BMC, telah jelas kelihatan bahawa kita tidak
mampu wujud secara bersendirian jika kita mahu memenuhi keperluan pelanggan
itu.
Ketiga, bilamana
kita bekerja dalam satu pasukan, kita harus mengenali tabiat-tabiat ahli
kumpulan kita agar kita boleh serahkan sesuatu kerja itu sesuai dengan tabiat
mereka. Percayalah, jika ini dilaksanakan, produktivi akan meningkat dan mampu
melaksanakan kandungan BMC ini dengan efektif. Aku harap peserta program
’Produktiviti 101’ ini masih ingat kepada ’watak’ Terminator, Sleeping Beauty,
Einstein dan Charlie Chaplain.
Keempat, kita
perlu sama-sama merenung sejarah kita masa lalu. Bukan apa, bilamana kita
renung kembali ke belakang, kita sedar satu masa dulu, bila kita dilanda
masalah, kita mampu mengatasinya. Buktinya ialah kita masih mampu berdiri di
waktu ini. Begitu juga, satu masa dulu, kita pernah menempa kejayaan. Ini
membuktikan kita mampu mengecapi kejayaan. Cerita masa lalu ini sebenarnya
memberi kita keyakinan untuk melaksana kandungan BMC ini.
Kelima, bagi
melaksana kandungan BMC ini, aku katakan juga kepada peserta ’Produktiviti 101’
ini bahawa tidak guna jika kita punya semangat berpasukan yang jitu jika setiap
dari kita tidak mempunyai kompetensi yang diperlukan untuk laksana tugasan
dalam BMC ini. Aku harap
permainan ’Guli dan Paip’ itu meninggalkan kesan kepada mereka betapa mereka
perlu mempunyai kompetensi yang diperlukan dalam melaksana tugas mereka.
Akhir sekali, aku
katakan pada peserta ’Produktiviti 101’ ini, dalam usaha untuk menyatu fikir,
perasaan, pilihan dan tindak-tanduk mereka, kita perlu memahami dan berpegang
kepada Visi, Misi dan Nilai Bersama kumpulan kita. Tiga perkara ini ibarat
’beacon’ yang akan menyatukan kita mengharungi segala cabaran dalam usaha melaksana
kandungan BMC mereka itu.
Sememangnya di
akhir ’Produktiviti 101’ ini aku amat puas hati dan aku dapat lihat pengurusan
EWT serta anggota kerja EWT yang mengikuti program ini juga turut puas hati.
Pengurusan EWT berhajat untuk mengguna khidmat aku dalam satu jangkamasa
panjang. Mereka kata, kaedah yang aku bawa ini ’ngam’ dengan keperluan mereka.
Aku dan Ajid senyum puas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment