Siapa pun anda, pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai, dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, sukar bagi anda untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan anda mungkin merasa sukar untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa. Ini adalah dilema yang harus dihadapi. Terserah kepada anda, memilih untuk berjalan sendiri atau melanjutkan hubungan setelah apa yang terjadi. Satu hal yang pasti, hidup akan terus berjalan dengan atau tanpa sakit hati.
Kesimpulannya, belajar untuk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang pernah menyakiti anda, merupakan hal yang penting. Kenapa? Kerana cepat atau lambat, setiap orang akan menyakiti dan disakiti hatinya. Oleh sebab itu, lebih baik anda menyedari bahawa tidak ada satu orang pun di dunia ini yang luput dari sakit hati, termasuk anda.
Belajar untuk bertanggungjawab dan menghargai orang lain juga sangat penting. Cuba bertanya pada diri, apa yang tidak diinginkan dalam hubungan anda, apa yang membuat anda sakit hati, dan apa yang anda ingin orang lain lakukan. Anda juga perlu mengetahui bahawa kata kunci untuk menyelamatkan diri dari sakit hati adalah bukan percaya kepada orang lain tetapi percaya kepada diri sendiri dan perasaan anda. Ingatlah bahawa tidak ada jaminan orang lain yang tidak akan menyakiti perasaan anda.
Belajar mempercayai diri sendiri, tindakan dan perbuatan anda adalah lebih penting dari mempercayai orang lain. Belajarlah untuk percaya dan hargai diri anda sendiri. Hal paling utama yang harus anda lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana memaafkan adalah sesuatu yang penting dalam sebuah hubungan. Dan teruslah selalu berfikir positif terhadap suatu kritikan atau tindakan orang lain yang mungkin akan menyebabkan anda sakit hati, kerana fikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal kembali.
No comments:
Post a Comment