Monday, December 24, 2012
'Scribes'
Pagi itu, sedang
aku jalan-jalan dengan Safia di bandar Dunedin, Safia mengajak aku melawati
satu kedai buku bernama ’Scribes’. “Abah, Kakak nak say good bye to
kawan kakak, Billy. Dia banyak bantu
kakak untuk dapatkan bahan rujukan study
kakak.” Aku tanpa banyak soal aku ikut saja. Lagi pun, memang aku suka sangat
dengan kedai-kedai buku second hand di sini. Banyak buku-buku yang best-best.
Bila kami masuk
saja ke dalam ’Scribes’, Billy menyambut kami dengan penuh mesra. Nasib kami
baik kerana Billy ditakdirkan bekerja hari itu kerana sepatutnya beliau bercuti
hari itu. Memang nampak both Safia dan Billy happy sangat dapat bertemu.
Tambah pula, ini merupakan pertemuan
terakhir sebelum kami pulang ke Malaysia.
Dari Safia, aku
dapat tahu bahawa Billy merupakan seorang ’book collector’. Dia sangat cinta
pada buku. Dia mengumpul buku-buku yang jarang ditemui orang lagi. Aku dapat
lihat bagaimana dia menghargai buku yang ada didekelilingnya. Billy memberitahu
aku bahawa dia bekerja part time di kedai buku ini dan hanya meminta tuan punya
’Scribes’ ini membayar gaji beliau dalam bentuk buku-buku yang disukai oleh
beliau di ’Scribes’ ini. Pelik aku.
Aku sempat
bertanya pada Billy darimana ’Scribes’ mendapat bekalan buku-buku yang menarik
ini. Billy menyatakan bahawa wujudnya budaya yang tinggi di kalangan orang
Dunedin yang suka menjual buku lama mereka untuk mendapatkan buku-buku baru.
Now, baru aku tahu mengapa wujud agak banyak kedai-kedai buku second hand di
Dunedin ini.
Tapi itulah dasar
orang yang pentingkan ilmu. Buku menjadi teman setia beliau. Aku lihat di
Dunedin ini, ramai orang yang macam Billy. Itu sebab masyarakat mereka maju. Mereka
sukakan buku bukan dibuat-buat. Mereka really enjoy bersama buku. Pada lawatan
singkat ke ’Scribes’ ini juga aku sempat membeli beberapa buku yang sudah lama
aku cari. Harga buku? Memang berbaloi walaupun selepas tukaran wang New Zealand ke wang Malaysia dibuat. Syukur
sangat-sangat!
Aku lihat Billy
ni memang macam walking dictionary. Sebut saja apa saja tajuk buku, dia boleh locate
buku itu dalam kedai ini. Dan jika buku itu tidak ada dalam kedai ini, dia
terus saja mengatakan buku itu tidak ada. Hebat … memang hebat. Aku begitu
teruja dengan gelagat beliau.
Pertemuan singkat dengan Billy memang meninggalkan satu
pengalaman yang cukup mengujakan buat diri aku sendiri. Really make my day. Aku
teringatkan buku-buku yang ada di rumah aku. Aku berhajat untuk turn rumah aku
itu jadi library. Aku rasa anak-anak aku sure suka idea ini sebab mereka pun
sama-sama hargai buku. Ini sure fun. Perghhhh …
Sebelum berpisah pagi itu, Billy telah menghadiahkan satu
buku yang dicari Safia. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Billy. Aku
minta dia hubungi kami jika dia happen to be in Malaysia . Aku berhajat sangat untuk
beri beliau ‘Malaysian Hospitality’.
Memandangkan ini merupakan artikel terakhir untuk blog ini bagi tahun 2012 ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Moga tahun 2012 ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan moga tahun 2013 nanti lebih baik dari tahun 2012 ini. Tuhan rahmati kita semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.