Saturday, January 12, 2013
Dipercayai (Trusted)
Jika kita
perhatikan hidup ini, ada satu perkara yang membuatkan seseorang itu rasa
bahagia. Rasa bahagia akan
timbul bilamana orang lain atau diri kita sendiri ’trust’ dengan diri kita
sendiri. Fikirkan apa yang dimaksudkan ini. Mungkin kita pernah saksikan orang
yang tidak memandang berat hal ini tetapi dalam diam itulah yang menjadi keluh
kesah mereka. Fikirkan ...
Trust dicapai
bila kita ada kredibiliti di mata orang atau di mata kita sendiri. Kredibiliti
itu apa? Kredibiliti boleh disukat dalam dua kriteria. Dua kriteria tersebut
ialah dari segi karekter kita dan kompetensi kita.
Karekter disukat
berdasarkan kepada integriti yang ada
pada diri kita dan niat yang kita ada. Manakala kompetensi pula disukat
berdasarkan kepada keupayaan (capability) dan hasil (results) yang telah kita
capai sebelum ini.
Mudahkan?
Jika kita
perhatikan apa yang dijelaskan di atas mengenai kredibiliti ini, semestinya
kredibiliti kita ini berbeza-beza bergantung kepada cabang hidup yang kita fokuskan.
Sebagai contoh, mungkin dala mcabang hidup masayarakat, kita punya kredibiliti yang tinggi tetapi dalam cabang hidup kewangan peribadi kita punya kredibilti
yang rendah. Fikirkan ...
Soalnya sekarang
bagaimana kita harus mempertingkatkan kredebiliti kita dalam semua cabang hidup
kita agar kita dipercayai (trusted) oleh orang lain atau diri kita sendiri?
Berdasarkan rajah di atas, bagi menwujudkan
satu darjah integriti dan niat yang yang baik dalam diri kita, sebagai seorang
Islam, kita perlu berpegang teguh kepada adanya hari pembalasan yang akan
menimbang dan membalas segala amal kita. Jika kita lihat dunia ini, dunia ini
tidak mungkin boleh berlaku adil seadilnya. Tetapi bilamana kita gabungkan
cerita dunia ini dan cerita hari pembalasan, barulah kita nampak betapa adilnya
hidup ini.
Kita sangka kita
boleh terlepas di muka bumi ini tetapi yakinlah akan adanya hari pembalasan
yang akan menimbang dan membalas apa yang kita terlepas dari hidup atas dunia
ini. Dalam kata lain, lagi tinggi keyakinan kepada wujudnya hari pembalasan
ini, lagi tinggi integiriti dan niat yang baik dalam diri kita.
Bagi menwujudkan
keupayaan (capability) dan hasil yang tinggi nilainya, kita perlu
yakin bahawa setiap dari kita manusia ini adalah unik dan telah dianugerahkan
oleh Tuhan pada kita semua kepandaian dan kemahiran yang tersendiri. Ada di
kalangan kita yang punya kemahiran menjahit, memimpin, mengubati penyakit dan
sebagainya. Jika seseorang manusia itu memfokuskan usaha beliau untuk
mengenalpasti dan mempertingkatkan kepandaian dan kemahiran masing-masing,
pasti dalam satu jangkamasa yang singkat kita mampu memepertingkatkan keupayaan
dan menjana hasil yang sangat baik dalam hidup masing-masing. Fikirkan ...
Jadi, itulah dia
rahsia membina kredibiliti diri dan seterusnya membina trust orang atau diri
kita sendiri kepada diri kita sendiri. Bila kita dipercayai (being trusted),
hidup kita jadi mudah dan bahagia. Cerita ini mudah tetapi ramai yang tidak menyedarinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment