Friday, January 18, 2013
Kawan - Satu Pemberian.
Saya masih ingat, ada seorang senior saya semasa saya mula
bekerja dahulu menekankan bahawa dalam kita membina karier, kita seharusnya
mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan kawan (networking). Tiga perkara ini jika ada dalam diri kita akan
memudahkan kita senang dalam hidup ini. Masih fresh kata-kata beliau ini dalam
fikiran saya.
Namun artikel ini
ingin memfokuskan kepada erti kawan dalam hidup kita. Kadang-kadang saya fikir,
selepas apa yang berlaku dalam hidup saya ini, seharusnya saya perlu lebih
memberi penekanan untuk membina dan menjaga kawan yang ada. Bukan apa, ramai
disekeliling saya merasakan saya punya ramai kawan tetapi hakikatnya tidak
begitu. Kadang-kadang datang rasa menyesal kerana tidak memberi penekanan untuk
membina kawan ini.
Saya fikir, kalau
mahu menyesal, sampai bila? Selagi saya masih hidup, saya masih punya masa. Kita hanya tidak akan ada masa bila
kita meninggalkan dunia ini. Saya perlu usaha untuk mempertingkatkan
kawan-kawan yang ada. Untuk itu, saya perlu mulakan hasrat ini dengan
memperbetulkan cara pandang saya terhadap apa erti kawan.
Apa cara pandang
yang mahu saya pegang?
Nak jadi cerita,
satu ketika itu, semasa saya memandu kereta di Lebuh Raya Persekutuan, saya
terdengar satu lagu di radio. Saya perhatikan makna lirik lagu tersebut dan
sememangnya lirik lagu itu penuh makna bila dikaitkan dengan cara pandang
terhadap seorang kawan. Saya sukakan lagu tersebut tetapi saya tidak tahu apa
nama lagu itu. Saya teringatkan apps ‘Sound Hound’ dalam smart phone saya tu,
dan cepat-cepat saya ‘Sound Hound’ lagu tersebut.
‘Sound Hound’ kata lagu tersebut bernama 'Gift of a Friend’.
Saya senyum sendirian. Dipendekkan cerita, saya telah menjadikan lagu tersebut
satu presentation seperti apa yang dipaparkan dalam presentation dibawah ini.
Mulai sekarang, saya akan cuba
pandang kawan-kawan saya seperti apa yang dinyatakan dalam lirik lagu ini. Mari sama-sama kita perhatikan dan amalkan
lirik lagu ini ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment