Saturday, February 23, 2013
Pembinaan Karekter
Semasa
majlis perasmian program ‘Pembinaan Karekter’ (PK) baru-baru ini, aku tertarik
dengan ucapan Yang Berbahgia Dato Ir Baharin Din, Naib Presiden Bahagian
Pembahagian, Tenga Nasional Berhad. Ucapan beliau nampak simple saja tapi
maksudnya cukup dalam.
Beliau
telah meminta semua anggota kerja Bahagian Pembahagian yang hadir di waktu itu
agar bekerja sebagai satu keluarga besar. Kenapa? Kerana beliau telah
menganalogikan organsiasi sebesar Bahagian Pembahagian ini sebagai sebuah
keluarga besar.
Kata beliau,
cuba kita bayangkan cerita dalam satu keluarga bila menghadapi satu majlis
kenduri kawin. Dalam setiap kenduri, pasti ada kekurangan di sana sini tetapi
setiap ahli keluarga itu akan berusaha sedaya mungkin bagi menutup sebarang
kekurangan itu dengan berusaha bersungguh-sungguh disamping bekerjasama bagi
memastikan para hadirin selesa dan tidak nampak kecacatan majlis itu.
Begitulah
juga bila kita bekerja dalam Bahagian Pembahagian ini. Tugas harian kita itu
ibarat tugas sebuah keluarga sedang menghadapi majlis kenduri kawin. Pasti ada
kekurangan dari segi sumber di sana sini. Beliau mengajak agar semua anggota
kerja bekerja bersungguh-sungguh serta saling bekerjasama bagi memastikan
pelanggan puas hati walupun dalam keadaan serba kekurangan. .
Di samping
berusaha memuaskan kehendak pelanggan, beliau juga mengajak seluruh anggota
kerja Bahagian Pembahagian berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi
melancarkan servis kepada pelanggan.
Menarik
sungguh analogi beliau ini. Mudah sangat difahami oleh para hadirin serta ianya
betul-betul menyentuh hati para anggota kerja Bahagian Pembahagian ini. Aku
betul-betul terharu melihat beliau ‘salam semut’ dengan semua hadirin selepas
sessi perasmian program ini. Terdengar kata-kata pujian para peserta program
ini terhadap beliau dan dapat aku rasakan mereka begitu bangga punya peminpin
seperti beliau.
Sememangnya
itulah karekter Dato Baharin yang aku kenali sejak dari dulu lagi. Beliau
seorang yang cukup humble namun seorang strategist. Kekuatan lain beliau
terletak pada ‘human touch’ beliau. Sebagai contoh, beliau telah memuji GM HR
beliau di depan khalayak ramai serta meminta para hadirin memberi tepukan untuk
GM HR beliau itu. Dapat aku
lihat bagaimana GM HR itu begitu teruja sekali. Memang hebat!
Semasa
sessi soal jawab antara Dato Baharin dan para hadirin, beliau telah bertanya
apa yang dipelajari oleh para perserta. Aku benar-benar teruja dengan feedback
yang diberi oleh para peserta terhadap program PK ini. Mereka menyatakan program PK ini amat berguna
untuk kerja mereka dan aku tahu mereka bukan berlakun.
Sememangya adunan
idea-idea dalam PK ini seperti ’Stick Person’, cara pandang, SWOT dan lain-lain
itu membawa satu tahap kesedaran diri yang jarang ditemui. Inilah yang
terkeluar dari mulut para peserta ini.
Akhir cerita,
semasa minum petang bersama Dato Baharin, beliau mengucapkan terima kasih pada
aku dan memberi thumbs up kepada program PK ini. Aku lihat beliau berbincang
serius dengan pegawai-pegawainya bagaimana untuk membawa program PK ini kepada
warga Bahagian Pembahagian.
Aku tahu, ini
merupakan satu peluang besar bagi PK dan program PPB3K secara keseluruhan.
Sudahnya, apa yang aku impikan selama ini hampir tercapai. Segala puji-puji
bagi Tuhan dan aku pohon bimbingan dariNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment