Sunday, February 17, 2013
Sejahtera Bahagia Kaya!
Satu lewat pagi, aku duduk berbual dengan
seorang sahabat ini. Seronok
dapat bertemu sahabat lama ini. Bertemankan teh kosong dan kek buatan isteri beliau, kami berbual panjang.
Aku dah lama kenal beliau tetapi semenjak kami sama-sama tamat pengajian di
universiti, jarang sangat kami bersua. Selalunya kami terserempak di airport
dan masing-masing berjanji nak pekena teh tarik. Baru sekarang kami dapat
berbual panjang.
Pagi itu dalam
keadaan sepontan, Alias bagi tahu aku bahawa untuk hidup aman, kita perlu amal
tiga perkara ini dalam hidup;
1) Kita mesti
sentiasa ingat Tuhan
Ingat Tuhan
disini bermaksud kita sentiasa bertanyakan kepada diri sendiri apa hubungan
perkara kita lalui dalam satu-satu hari itu dengan Tuhan. Sudahnya kita mampu
belajar melihat kebesaran Tuhan lalu membuat kita makin bersemangat untuk
memberi terbaik dalam hidup ini kerana Dia.
2) Kita
mesti sentiasa sabar dan redha apa yang berlaku.
Mudah
untuk kita bersabar tetapi tidak mudah untuk kita bersabar serta redha dengan
apa yang berlaku. Kita mampu bersabar dan redha bilamana kita latih diri kita
dengan melihat apa yang berlaku kepada kita baik yang positif maupun yang
negatif itu datangnya dari Tuhan. Seterusnya kita selalu tanyakan pada diri apakah
hikmah perkara ini berlaku. Sekali lagi, kita akan mampu belajar melihat kebesaran Tuhan
lalu membuat kita makin bersemangat untuk memberi terbaik dalam hidup ini
kerana Dia.
3) Kita mesti
sentiasa rasa cukup dengan apa yang diberi Tuhan.
Ini bukan
bermakna kita berhenti berusaha bilamana kita berpegang kepada kenyataan di
atas. Hanyanya kita berpandangan, buat ketika ini, inilah yang terbaik
pemberian Tuhan kepada kita. Jika kita mahu yang lebih baik, kita sedar kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Sekali lagi, kenyataan ini juga memberi kita kekuatan
untuk mampu belajar melihat kebesaran Tuhan lalu membuat kita makin bersemangat
untuk memberi terbaik dalam hidup ini kerana Dia.
Bunyinya
senangkan? Tapi kalau kita fikirkan sungguh-sungguh memang orang yang semacam
ini akan sentiasa aman hidupnya. Tetapi bukanlah bermakna kita tidak perlu
berusaha lagi tetapi semestinya bila kita berpegang kepada tiga perkara ini,
kita akan makin kuat berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan.
Orang yang
berpegang kuat kepada tiga perkara ini akan punya ufuk pemikiran yang cukup
luas. Pemikiran orang sebegini semestinya tidak tertumpu kepada dunia ini
sahaja tetapi mampu melihat kewujudan dunia dan alam seterusnya sebagai satu
cerita yang bersambung.
Sudahnya, apa
kata kita jadikan 3 perkara ini sebagai ’checklist’ kita semasa kita melalui
kehidupan ini. Sentiasa semak diri sendiri dimanakah tahap diri kita berbanding
tiga perkara ini. Dengan izin Tuhan, hidup kita akan makin Sejatera Bahagia Kaya.
Semasa pulang
tengahari itu, fikiran aku ligat memikirkan apa yang aku bualkan dengan Alias. Sememangnya diri kita amat berharga. After all, kita ni Allah’s
greatest creation. Tetiba aku tertanya pada diri ku sendiri, jika diri ini
memang berharga, cuba
kira berapakah pulangan dalam bentuk ringgit yang boleh aku dapat dari
kerja-kerja aku bagi setiap jam? Jika aku bekerja 8 jam sehari, 5 hari seminggu, berapa nilai ringgit aku
per jam? Pergghhh ... memang sangat rendah. Tak
setimpal dengan nilai diri aku yang priceless. Terkedu aku dibuatnya.
Ini bukanlah bermakna aku menjadi terlalu
materialistic tetapi cara fikir begini
benar-benar membuka minda aku untuk melihat diri aku dari sudut yang berbeza. Aku kongsi idea ini dengan anak aku, Safia,
semasa makan malam. Aku lihat muka Safia semacam orang baru sedar. Sememangnya
idea ini mengejutkan!
Dua idea yang aku
jumpa pada hujung minggu ini memang benar-benar mengujakan aku. Segala puji
bagi Tuhan kerana ketemukan dengan idea-idea ini. Aku harap ini beri aku lebih
kekuatan untuk bina hidup yang Sejahtera Bahagia Kaya ... dunia dan alam
berikutnya. Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment