Friday, March 1, 2013
Matlamat Satu Anugerah?
Adakah bilamana kita jelas dengan apa yang
kita mahu capai dalam hidup ini merupakan satu anugerah?
Memang satu anugerah! Semenjak aku
mengendali program pembangunan diri ini, aku benar-benar sedar bahawa ramai
orang di mukabumi ini tidak mempunyai matlamat yang benar-benar mereka mahukan
walaupun mereka merupakan orang-orang yang bijak.
Mengapa ini terjadi?
Dari pemerhatian aku, ini terjadi kerana
ramai di kalangan kita ini tidak benar-benar berhenti seketika dan merekabentuk
masa depan mereka. Kemungkinan suasana kehidupan yang laju ibarat pusingan
gasing itu menyebabkan mereka tidak punya masa untuk ini semua. Bak kata
seorang kawan, “I nak cepat Mior. I tak boleh tunggu. You must understand me!”
Atau pun ramai di antara kita merasa amat
tidak selesa untuk komited pada satu-satu perkara itu kerana ianya menuntut
pengorbanan yang bukan sedikit. Orang sebegini wujud kerana tidak meluangkan
masa untuk apa yang dibicara dalam perenggan di atas.
Sudahnya aku rasakan, dalam hidup ini,
ramai orang hanya bergerak dari satu ‘event’ ke satu ‘event ‘ lagi hingga tamat
hidup mereka. Bila di tanya apa yang mereka mahu capai, mereka akan memberi
alasan bahawa mereka sedang sebok mengelola ‘events’ dalam hidup mereka. Kalau
beginilah ceritanya, usah harap mereka akan mampu mengenalpasti matlamat hidup
mereka.
Hidup amat perlu
kepada matlamat. Sebenarnya lagi tua kita, lagi perlu kita kepada matlamat!
Kenapa? Sebab masa kita di atas mukabumi ini amat singkat. Lagi lama, lagi
singkat masa yang masih ada di tangan kita. Dengan bermatlamat, barulah kita
mampu mengoptima penggunaan diri dan masa yang kita ada. Fikirkan ...
Jika anda
benar-benar serius dengan apa yang dibicara dalam perenggan di atas dan anda tidak
tahu bagaimana untuk merekabentuk matlamat anda, saya syorkan anda attend
program ’Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB) itu. Program penuh ADB ini mengambil
masa enam hari dengan dibuat 3 hari dahulu sebelum disambung sebulan
kemudiannya 3 hari lagi.
3 hari pertama
akan membincangkan 3 soalan pokok iaitu
Siapa Saya?
(Kenal diri berdasar konsep Stick Person)
Dimana Saya?
(Muhasabah diri)
Kemana Saya?
(Penetapan matlamat)
3 hari berikutnya
pula akan membincangkan persoalan
Bagaimana Saya?
(Pelan pencapaian matlamat)
Kenapa panjang
sangat program ini? Sebenarnya program ini tak lama. Empat persoalan ini
memerlukan sedikit masa untuk disampaikan kerana walaupun soalan ini nampak
mudah namun hakikatnya tidak begitu. Itu sebab kita perlukan masa. Seperti
contohnya untuk merekabentuk bangunan memerlukan masa, begitu jugalah
merekabentuk matlamat kita.
Percayalah, jika
kita dapat berkumpul dan membincangkan keempat-empat solalan ini bersama-sama,
pasti ianya amat berbaloi untuk kehidupan ini. Bak kata satu kata-kata yang aku
dengar baru-baru ini;
When we spend time with our goal, it is
much like spending time with a lover – we are passionate and excited. We are
driven and energized, up-beat and positive. We do not worry about petty things.
On the other hand, when we live without goal, it is like having a toothache. We
experience pain and frustration. Lack of goal can be a big impediment causing
us to drift aimlessly through life.
Sememangnya hidup
yang bermatlamat itu merupakan satu anugerah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment