Sunday, March 31, 2013
Sayang
Jumaat lepas, tamat program ‘Vibrant Workforce Productivity
Revolution’ (VWPR) untuk anggota kerja Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional
Berhad. Sebenarnya ini merupakan kumpulan kedua yang menghadiri program VWPR ini.
Dijangkakan beberapa kumpulan lagi akan menyertai program ini di masa depan.
Sesuatu yang menarik dalam program kali ini ialah wujudnya
beberapa ‘experiential learning’ yang telah dibuat secara spontan.
Aku telah menekankan beberapa kali dalam program ini agar
kita sama-sama menumpukan kepada ‘memberi’ berbanding dengan ‘menerima’ sesuai
dengan tuntutan ‘Hukum Memberi dan Menerima’ itu. Hukum ini menekankan bahawa untuk ’menerima’
sesuatu kita perlu ’memberi’ dahulu.
Aku juga telah
menekankan agar kita didik diri kita agar melihat manusia bukan sebagai objek
tetapi manusia sebagai manusia. Yang dimaksudkan melihat manusia sebagai objek
ialah kita melihat seseorang manusia itu sebagai kenderaan, halangan atau tidak
relevan dalam hidup kita.
Kita melihat
manusia sebagai manusia bilamana kita menghargai segala fikiran, perasaan,
pilihan dan tindak tanduk seseorang mausia itu walaupun kita tidak menyetujuinya.
Perkara ini jadi lebih mudah untuk diamalkan bila kita memahami konsep ’Stick Person’.
Peluang untuk
mengamalkan kedua-dua teori di atas tersedia bilamana pada pagi ketiga, semasa
sessi renungan diadakan, aku ceritakan bahawa penghulu mereka sedang berhadapan
dengan dugaan yang mana isteri beliau sedang menghadapi penyakit barah. (Aku
memang melantik seorang penghulu untuk setiap program VWPR ini). Pagi itu,
penghulu mereka tidak dapat bersama mereka semua kerana menemani isteri beliau
menerima rawatan kimotherapy.
Soal aku kepada
para peserta itu adakah mereka semua melihat penghulu mereka hanya sebagai
objek atau mampu melihat penghulu mereka sebagai manusia dengan cuba memahami
segala fikiran, perasaan, pilihan dan tindak tanduk penghulu mereka yang sedang menghadapi dugaan tersebut? Sudahnya
apa yang boleh diberikan atau disumbangkan kepada penghulu mereka?
Dengan spontan
aku mengesyorkan dibuat sumbangan ikhlas serta merta. Aku hulurkan kepada
mereka sebuah kotak dan aku katakan berikan saja berapa yang terdetik di hati
untuk penghulu mereka.
Dapat aku rasakan ’the power of the moment’ semasa sessi sumbangan ikhlas ini dilaksanakan. Sememangnya ini suatu ‘experiential learning’
yang dalam maksudnya dan sukar untuk dilupakan!
Sebagai satu renungan, adakah kita benar-benar menghargai
segala fikiran, perasaan, pilihan dan tindak tanduk orang yang kita sayang? Apa yang kita
beri kepada mereka jika kita benar-benar sayang mereka? Untuk itu, apa kata kita nyanyikan lagu "SAYANG' berikut
untuk mereka yang kita sayang ...?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ