Rumusannya, jika kita mahu melaksanakan kreativiti dan innovasi dalam organisasi kita, kita mesti menangani soal-soal basic dahulu dan kaedah kita merlaksanakan itu perlu menyentuh logik, perasaan, spiritual dan praktikal. Fikirkan …
Wednesday, May 22, 2013
Cerita pasal Kreativiti dan Innovasi.
Aku perhatikan gelagat satu organisasi besar ini bila
diminta meletakkan kreativiti dan innovasi sebagai salah satu strategi utama
dalam memperkasakan organisasi mereka. Aku garu kepala. Itulah, bila kita minta
sekumpulan intelektual merancang perkara ini, aku rasakan ianya terlalu
teoritikal dan penuh dengan retorik.
Bagi aku, bahasa yang digunakan terlalu tinggi sangat. Aku
terbayang mereka-mereka yang berada dalam hiraki organisasi ini terutama mereka
yang nun berada jauh di bawah sana. Kalau aku jadi mereka, pasti aku tidak
paham apa yang dimaksudkan sebagai kreativiti dan innovasi ini. We really have
to go back to basic and tekankan hal-hal basic ini dalam perlaksanaannya.
Apa yang basic? Untuk itu, aku terkenangkan satu video yang
aku pernah tontoni baru-baru ini dan itulah video yang aku share di bawah ini
(perkara basic itu ada dinyatakan dalam video ini bermula dari minit 5.20
sehingga tamat video ini),
Cerita video ini mengenai masyarakat Amerika yang mahu
mementingkan hal-hal basic bagi mengetengahkan
kreativiti dan innovasi terutamanya dalam era 60an dan awal 70an dahulu.
Menarik sangat pendekatan mereka ini kerana apa? Kerana pendekatan mereka ini
bukan sahaja menarik dari segi logic saja tetapi memang menyentuh perasaan dan
sipiritual. Namun bila ini dilupakan seperti apa yang kita lihat dalam
masyarakat Amerika masakini, mereka mula mengeja keruntuhan dalam kemajuan
mereka.
Rumusannya, jika kita mahu melaksanakan kreativiti dan innovasi dalam organisasi kita, kita mesti menangani soal-soal basic dahulu dan kaedah kita merlaksanakan itu perlu menyentuh logik, perasaan, spiritual dan praktikal. Fikirkan …
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment