Wednesday, May 1, 2013
Penambahbaikan Pimpinan Berjaya 2
Hujung minggu kali ini memang saya tak kemana-mana pun
kecuali pergi makan dengan family. Sebok? Memang sebok. Hujung minggu yang baru
lepas ini memang aku gunakan sebaiknya untuk update Pimpinan Berjaya 2 (PB2).
Update PB2 ini semuanya gara-gara tukar kepada MS Office
Version 2010 dari Version 2003. Bila saya cuba pakai file versi 2003 dalam
2010, saya lihat file versi 2003 itu tidak dapat berfungsi dengan baik dalam
versi 2010. Serabut juga dibuatnya. Almaklum, banyak yang perlu diperbetulkan.
Lama-lama saya redha sahaja.
Saya ambil peluang semasa perbetulkan PB2 ini dengan juga
memperkemaskan jalan cerita serta kandungan PB2 ini. Memang saya perlu melihat
dalam gambaran besar agar semua kandungan dalam PB2 ini saling menyokong antara
satu sama lain serta memastikan perkara baru yang saya tambah dalam PB2 ini
relevan kepada gambaran besar yang mahu saya persembahkan.
Hasilnya? Memang saya puas hati.
Sekiranya tuan puan mahu mengetahui bagaimana melaksanakan
Pengurusan Strategi, saya syorkan tuan puan hadiri PB2 ini. Melalui PB2, tuan
puan akan di bawa mengikuti satu pengembaraan yang menyeronokkan bagaimana
untuk melaksanakan Pengurusan Strategi ini. Tuan Puan akan diperkenalkan kepada
satu gambaran besar Pengurusan Strategi serta diperkenalkan dengan beberapa
tools semasa menyusuri perlaksanaan Pengurusan Strategi ini.
Inilah dia satu program yang cukup asas tetapi praktikal
untuk melaksanakan Pengurusan Strategi. Saya yakin ini satu investment yang
amat berbaloi untuk tuan puan. Program selama 6 hari ini yang dipecahkan kepada
dua program 3 hari ini menjanjikan satu pengalaman baru yang menyeronokkan mengenai Pengurusan Strategi yang selalunya
dianggap membosankan.
Tuan Puan akan diminta menggunakan segala tools dalam PB2
ini untuk melaksanakan satu mock project yang perlu tuan puan persembahkan di
akhir program ini. Dengan cara ini, sudah pasti banyak perkara yang boleh
diketahui dalam bilik seminar hasil daripada segala masalah yang timbul dalam
perlaksanaan mock project ini nanti.
Jika saya lihat apa yang perlu saya bayar untuk PB2 ini
dibandingkan dengan apa yang perlu saya bayar untuk program seumpama ini di
luar sana, saya kira saya harus bayar tak kurang RM10,000 per pax untuk
mendapat ilmu yang disediakan dalam PB2 ini. Namun, tuan puan hanya perlu bayar
satu harga yang jauh lebih murah dari harga itu.
Memang saya puas hati. Kalau saya tidak puas hati maknanya
saya tak akan bersedia untuk berkongsi idea dengan masyarakat ramai. Saya kira,
selepas menghadiri PB2 ini, tuan puan akan bertanya kepada diri sendiri mengapa
tuan puan tidak hadir program PB2 ini lebih awal.
Sebagai tanda kejayaan saya update PB2 ini, telah saya
hadiahkan kepada keluarga sebuah pencuci hampagas. ;) Walaupun hadiah ini
bukanlah satu harga yang mahal tetapi sekurang-kurangnya semasa saya membersih
rumah dengan alat ini nanti, saya akan terkenangkan akan kejayaan saya update
PB2 ini. ;)
Saya syok sendiri? Sesekali tidak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment