Friday, May 24, 2013
Satu Petang bersama Suruhanjaya Tenaga
Semuanya bermula dengan satu perbualan telefon antara Bro
Razib dan saya. Petang itu, masih saya ingat, Bro Razib memberitahu saya bahawa
setiap pegawai Suruhanjaya Tenaga telah dihadiahkan dua buah buku oleh CEO mereka.
Buku-buku tersebut ialah Good to Great oleh Saudara Jim Collins dan 7 Habits of
Highly Effective People karangan mendiang Steven Covey. Very interesting.
Kenapa ianya interesting kerana secara peribadi saya memang
kenal sangat buku ini. Saya memang teruja dengan kandungan buku ini dan idea
kedua-dua buku ini memang ada saya terapkan dalam PPB3K itu. Dan bagi seorang
CEO yang sudi menghadiah buku ini (of course dengan harapan untuk implimentasi
idea-idea ini) memang kena pada masa dan tempatnya.
Sedang kami berbual mengenai buku-buku ini, secara
spontan Bro Razib mengesyorkan agar saya datang ke Suruhanjaya Tenaga untuk
berkongsi idea-idea dalam buku-buku ini dengan pegawai-pegawai Suruhanjaya
Tenaga. Ibarat orang mengantuk di sorong bantal, memang saya look forward untuk
berkongsi idea-idea ini. Saya tahu dan Bro Razib pun tahu bahawa memang dari
dulu saya telah mengkaji isi buku ini dengan mendalam dan menghubungkan cerita
buku-buku ini dengan apa yang berlaku dalam kebanyakan organisasi.
Itulah, petang semalam saya telah bersama lebih kurang 20
orang pegawai tinggi dan pegawai Suruhanjaya Tenaga duduk semeja berkongsi
idea-idea kedua-dua buku ini dalam suasana yang cukup santai. Saya amat gembira
kerana mereka banyak bertanya soalan dan ini benar-benar membantu saya memahami
lebih dalam isi kandungan kedua-dua buku ini. Terima kasih kepada mereka semua.
Satu perkara yang menarik di akhir sessi perkongsian idea
ini ialah timbul satu soalan bagaimana mahu mengimplimentasi idea-idea dalam
kedua-dua buku ini yang sesuai dengan iklim negara ini? Untuk itu, saya katakan
kepada mereka agar pertimbangkan PPB3K kerana PPB3K mampu menjadi pembimbing
untuk melaksana idea-idea yang ada dalam kedua-dua buku ini secara sistematik
dan berterusan.
Saya rasa mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai ini semua
kerana di akhir sessi petang itu, saya telah diminta oleh pegawai HR mereka untuk
mengadakan perbincangan lanjut untuk melaksanakan PPB3K ini dalam
organisasi mereka. Happy? Memang saya happy. Dalam diam saya berjanji akan beri
yang terbaik untuk mereka. Ameen.
Tq Bro Razib and May Allah Bless all of us!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment