Santai tapi Happening!
Wednesday, May 15, 2013
Visi, Misi dan Nilai
Semasa memfasilitator Pimpinan Berjaya 2 baru-baru ini untuk
sekumpulan Risk Coordinator Bahagian Penghantaran, TNB, saya mula jelas betapa
pentingnya Visi, Misi dan Nilai sesuatu organisasi itu bagi membina kemajuan.
Dalam PB2 itu, saya katakan Visi diwujudkan bagi menentukan
arah yang mahu dituju oleh organisasi tersebut agar organisasi itu masih
relevan di mata pelanggan mereka. Misi pula diwujudkan pula sebagai kaedah
bagaimana mahu capai Visi. Manakala Nilai pula diwujudkan untuk menekankan
apakah amalan yang perlu diamalkan bagi memudah mencapai Visi dan Misi.
Sudahnya kita boleh lihat bagaimana Visi, Misi dan Nilai sesetengah organisasi besar di dunia ini
memacu dalam menghasilkan produk dan servis mereka. Sebagai contoh, Misi Disney
ialah ‘to make people happy’. Bukankah sudahnya misi Disney ini telah
dizahirkan dalam produk mereka seperti taman hiburan, movies, barangan
kanak-kanak dan sebagainya? Menarik bukan?
Satu persoalan. Memang menarik cerita di atas, tetapi ini
tidak boleh dicapai sekiranya anggota kerja sesuatu organisasi itu tidak
benar-benar menghayati dan mengamalkan Visi, Misi dan Nilai ini dalam ‘business
as usual’ mereka. Sudahnya bagaimana sesetengah organisasi berjaya menerapkan
dengan jayanya hal ini di kalangan anggota kerja mereka dan sebaliknya banyak
organisasi lain gagal mencapai hajat ini?
Ini satu perkara yang sangat kritikal kerana banyak
organisasi gagal laksana ini semua dan sudahnya anggota kerja mereka amat lesu
dalam menghayati dan mengamalkan Visi, Misi dan Nilai organisasi mereka.
Itulah nak jadi cerita, satu petang itu saya telah
berkesempatan menghadiri satu taklimat oleh satu organisasi yang bernama ‘Teach
For Malaysia’ (TFM). Jika anda nak tahu lebih lanjut apa yang dilakukan oleh
mereka, sila google TFM. TFM dianggotai rata-rata orang muda namun vibes yang
ada dalam TFM ini cukup hebat. Saya hairan bagaimana TFM mampu membuat anggota
kerja mereka begitu teruja dengan kerja mereka. Saya percaya ini ada hubung
kait dengan bagaimana pihak pengurusan TFM ini menerap Visi, Misi dan Nilai
kepada anggota kerja mereka.
Semasa makan malam sessi taklimat itu, saya sengaja duduk bersama salah se
orang anggota kerja TFM. Namanya Adam. Selepas bertanya khabar, saya tak sabar
bertanya kepada Adam mengenai bagaimana TFM menyerapkan Visi, Misi dan Nilai
kepada mereka semua. Saya lihat, Adam agak terpempan dengan soalan saya dan
secara ikhlas beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah terfikir mengenai
ini semua.
Tapi itulah satu isyarat seperti katanya Jim Collins dalam
buku beliau Good to Great, iaitu satu organisasi yang ‘Great’ tidak sedar
bahawa mereka telah melaksanakan aktiviti yang hebat sebab aktiviti hebat ini
sebenarnya diterapkan secara ikhlas dan bukan dibuat sebagai satu ‘flavour of the
month’.
Melalui Adam, Saya mulai nampak ciri-ciri bagaimana
penerapan ini dilaksanakan. Menurut Adam, penerapan Visi dan Misi TFM ini telah
dimulakan semenjak temuduga beliau untuk menyertai TFM. Beliau telah ditanya,
adakah beliau masih ingat seorang guru yang telah banyak berjasa kepada beliau,
apakah yang telah cikgu itu lakukan terhadap beliau dan adakah beliau teringin
beri kepada orang lain seperti apa yang telah diberi oleh cikgu tersebut kepada
beliau.
Seterusnya sekiranya mereka perlu membuat keputusan dalam
tugas mereka, secara spontan mereka akan bertanyakan soalan seperti berikut;
keputusan yang mana satukah yang lebih menjimatkan dari segi tenaga, kos dan
masa dalam menuju ke arah Visi dan Misi mereka.
Dalam pengamalan nilai pula, dengan nada gurauan, mereka
selalu ‘menangkap’ rakan setugas mereka yang mengamalkan nilai-nilai mereka dan
bila ini dilakukan saban hari, nilai itu dengan sendirinya mula menjadi tabiat
mereka.
Itu antara lain, apa yang dilakukan oleh TFM. Hasilnya?
Memang hebat! TFM walau diterajui oleh orang muda tetapi usaha mereka telah
mendapat sokongan dan tajaan dari bukan calang-calang organisasi seperti Khazanah Malaysia, Kementerian
Pendidikan dan lain-lain lagi.
Jika anda merasakan
apa yang dicapai oleh TFM itu hanya satu nasib baik, saya cadangkan anda adakan
lawatan sambil belajar ke TFM. Saya pasti anda akan berasa beruntung dapat
pelajari sesuatu dari mereka. Dan pelajaran utama itu sudah semestinya bagimana
mereka menerapkan Visi, Misi dan Nilai di kalangan anggota kerja mereka.
Santai tapi Happening!
Santai tapi Happening!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment