Saturday, June 15, 2013
Pelajaran dari Pembinaan Karekter
Semalam telah tamat satu lagi siri program ‘Pembinaan Karekter’ (PK)
untuk sebahagian anggota kerja Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional Berhad. Rata-rata
dari mereka bersyukur dapat hadir program ini dan ramai yang bertanya kepda
saya mengapa PK ini tidak dikongsi dengan semua anggota kerja TNB. Untuk itu,
saya senyum sahaja. Disamping itu, macam-macam yang saya jumpa. Walau dah
banyak kali saya memfasilitator program seumpama ini, tetapi itulah nikmat
berkongsi idea, ada saja perkara baru yang saya pelajari.
Pertama sekali, saya belajar mengenai satu pengertian baru
mengenai perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara yang menjadi tumpuan. Apa yang
saya belajar? Jika dahulu saya mudah rasa tertekan dengan seseorang yang
mempunyai pandangan berbeza dengan saya tetapi selepas tamat program ini, satu
kesedaran timbul dalam diri saya.
Saya sedar bahawa setiap orang mempunyai sudut pandang tentang
sesuatu perkara itu yang berbeza. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh latar
belakang kita. Selagi sesuatu sudut pandang itu berlandaskan Hukum-Hukum Tuhan,
kita tidak punya hak untuk menunding jari bahawa pihak yang punya pandangan
berbeza dari kita itu sebagai salah.
Dalam kata lain tak perlu kita berasa tertekan. Sebaliknya
kita boleh cuba pelajari sesuatu dari cara pandang mereka itu untuk meluaskan
skop pandangan kita terhadap perkara yang dipertikaikan itu. Sudahnya saya
tidak berasa tertekan tetapi sebaliknya saya saya rasa sungguh seronok. Menarik
bukan?
Kedua, saya mulai sedar bahawa warga kerja TNB ini walaupun
mereka ini menjawat jawatan rendah, tetapi mereka memang brilliant. Mereka
punya macam-macam idea yang sungguh menarik. Semasa duduk berbual santai dengan
beberapa peserta program PK ini, salah seorang dari mereka telah mengesyorkan
agar pihak TNB membuat satu dokumentari pendek dalam TV sekitar 10 minit bagi
menerangkan kepada pengguna elektrik bagaimana kiraan bil elektrik
dilaksanakan.
Bukankah idea sebegini sungguh brilliant? Simple tapi memang
memberi kesan yang mendalam kepada para pengguna. Soalnya bagaimana organisasi mahu
‘tap’ kepada idea-idea sebegini ataupun mengajak anggota kerja sebegini agar
mahu menyumbang kepada kemajuan organisasi?
Memang organsisasi telah menyediakan ‘medium’ (seperti peti
cadangan, aktiviti ‘Innovative and Creative Circle’ dan aktiviti ‘Friday
Learning’) bagi ini semua tetapi sejauh mana keberkesanan ‘medium’ ini? Jika
kita benar-benar serius untuk menangani ‘kebocoran’ sumber manusia ini, sudah
semestinya kita perlu benar-benar serius mengkaji dan melaksana penambahbaikan
terhadap ‘medium’ ini.
Ketiga, saya mulai sedar bahawa bagi benar-benar mendapat
kesan selepas mengikuti program PK ini, kita memang tidak boleh lari untuk
melaksanakan segala ‘homework’ yang telah disarankan. Apakah ‘homework’ itu?
Itulah, para peserta diminta sangat-sangat menetapkan
matlamat mereka di tempat kerja dengan menggunakan kaedah yang telah dikongsi
(S.W.O.T.). Selepas itu, ‘go after their goal’ berdasarkan beberapa petua yang
telah dikongsi (tiup belon, wang kertas RM10, Buaya vs Biawak dan lain-lain
lagi). Kemudian mengenalpasti dan membina nilai yang boleh diberi oleh matlamat
mereka itu kepada pelanggan yang telah dikenalpasti berdasarkan kepada ‘Business
Model Canvas’.
Jika inilah yang dilaksanakan, dengan sendirinya para
peserta akan mulai menggunakan apa saja yang telah dikongsi dalam PK ini
terutamanya dalam menggunapakai konsep ‘Stick Person’ itu. Bukan itu sahaja,
saya yakin mereka sendiri akan berasa hairan dengan pencapaian mereka dalam
masa sekurang-kurangnya tiga tahun dari sekarang. Kenapa saya yakin? Sebab saya
sendiri telah melalui jalan-jalan ini!
Cerita ini mudah tetapi ramai yang tidak sedar atau terlepas
pandang. Jika kita benar-benar sayang dan menghargai masa-masa kita di atas
mukabumi ini, ayuh apa tunggu lagi? Buang ‘Sandiwara-Ego-Temberang’ (SET)
masing-masing dan mari kita sama-sama bina ‘Pengharapan dan Keinginan Membara’
(PKM) terhadap matlamat masing-masing.
Fahamilah, memang ‘Pilihan Di Tangan Saya’!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment