Sunday, June 9, 2013
Satu lagi perspektif mengapa anda perlu kepada PPB3K.
Jika kita mahu meningkatkan kemajuan sesuatu organisasi itu,
satu perkara paling kritikal yang perlu ditekankan ialah soal memperbaiki komunikasi
dalam sesuatu organisasi itu. Bunyinya semacam perkara biasakan? Renungi
penerangan berikut …
Sesuatu komunikasi yang berlaku dalam sesuatu organisasi itu
berlaku pada tiga titik sentuh (touchpoint). Bilamana kita berupaya memperbaiki
komunikasi pada ketiga-tiga titik sentuh ini, dengan mudah sebarang usaha
membina kemajuan dapat dibuat dengan licin dan laju.Fikirkan …
Apakah tiga titik
sentuh itu?
Pertama ialah komunikasi pada peringkat diri seseorang
individu dengan diri beliau sendiri. Komunikasi pada titik sentuh ini ialah
berkenaan keupayaan seseorang individu itu berkomunikasi dengan dirinya agar
mampu mempengaruhi dirinya sendiri untuk menuju kepada sesuatu matlamat.
Kedua ialah komunikasi pada peringkat diri seseorang
individu itu dengan rakan dalam pasukan (team) beliau. Komunikasi pada titik sentuh ini ialah
berkenaan keupayaan seseorang individu itu berkomunikasi dengan ahli pasukannya
agar mereka sama-sama mampu mempengaruhi diri mereka untuk menuju kepada sesuatu
matlamat.
Ketiga ialah komunikasi pada peringkat organisasi keseluruhannya
dimana disini kita bercakap mengenai soal komunikasi kepimpinan seseorang
individu itu dengan pimpinannya. Komunikasi pada titik sentuh ini ialah
berkenaan keupayaan seseorang individu itu berkomunikasi dengan orang yang
dipimpin agar mampu mempengaruhi orang yang dipimpin supaya merekas rela
berusaha untuk mencapai sesuatu
matlamat.
Jika kita lihat dalam sesuatu organisasi itu, di ketiga-tiga
titik sentuh inilah berlakunya pergeseran (friction) yang menyebabkan
pergerakan (mobility) sesuatu organisasi itu terencat. Kita perlu berusaha
secara menyeluruh (holistic) bagi menangani cabaran komunikasi yang ada pada
setiap titik sentuh ini.
Secara keseluruhan disini bermakna kita tidak boleh hanya
menangani cabaran komunikasi pada sebahagian daripada ketiga-tiga titik sentuh
ini tetapi melaksanakan satu tindakan yang merangkumi komunikasi pada ketiga-tiga
titik sentuh ini.
Dari apa yang diperhatikan, masih banyak organisasi terlepas
pandang untuk bertindak secara menyeluruh bagi menangani komunikasi pada
ketiga-tiga titik sentuh ini. Kenapa? Mungkin ramai yang tiada kesedaran
mengenai hakikat ini. Jika mereka sedar sekalipun, mungkin mereka mereka tidak
tahu bagaimana menanganinya. Dan sekiranya mereka tahu melaksanakannya sekalipun,
kemungkinan mereka merasakan usaha ini memakan masa dan mereka tiada masa untuk
melaksanakannya.
Bagi menangani ketiga-tiga ketidakupayaan di atas, itulah
mengapa anda perlukan Program Produktiviti Bersepadu 3K. (Kesedaran Diri, Kesedaran
Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan) - PPB3K. Setiap K dalam program PPB3K ini
telah disediakan sedemikian rupa bagi menangani cabaran komunikasi pada setiap
titik sentuh.
Dalam kata lain, Kesedaran Diri digunakan untuk menangani
cabaran komunikasi pada peringkat diri individu, Kesedaran Kerja Berpasukan digunakan untuk menangani cabaran komunikasi
pada peringkat pasukan dan Kesedaran Kepimpinan digunakan untuk menangani
cabaran komunikasi pada peringkat organsisasi.
Dengan melaksanakan PPB3K ini, diyakini ketiga-tiga sebab
mengapa sesuatu organsasi terlepas pandang mengapa tidak menangani cabaran yang
ada pada komunikasi pada tiga titik sentuh ini (seperti yang dibincang dalam
perenggan sebelum ini) dapat dilaksanakan dengan sistematik dan berterusan.
Saya yakin inilah yang diperlukan oleh anda!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment