Weekend lepas, SMOD (Strategic Management &
Organizational Development) Transmission telah melaksanakan management retreat
di TNB Jasin, Melaka. Saya telah diminta menjadi fasilitator retreat ini. Interesting
experience. One thing about this retreat ialah makanan dan logistic memang
best. Kudos to all the organisers.
Anggota kerja SMOD Transmission ni memang berpotensi tinggi.
Rata-rata saya tengok mereka punya kompetensi yang tinggi. Soalnya, adakah
mereka sedar? Itulah, bila saya melihat keadaan mereka ini,saya teringatkan
satu matriks yang temui baru-baru ini.
Berdasarkan kepada matriks ini, kebanyakan mereka ini
tergolong dalam kuadran III – Unconscious Competence. Apa masalah jika mereka
berada disini? Antara masalahnya ialah …
1) Tidak sedar mengenai nilai dan tujuan diri.
2)
Senang terperuk dalam Zon Selesa (Comfort Zone).
3)
Tiada kekuatan untuk mempertingkatkan kompetensi.
4)
Tidak sedar kekuatan dalam prinsip memberi dan
menerima.
5)
Tidak sedar mengenai kekuatan yang disediakan
dalam bekerjasama.
6)
Tidak vibrant!
Sebenarnya ada banyak lagi masalah selain dari apa yang tertera
di atas. Namun cabarannya sekarang (berdasarkan kepada matriks di atas) ialah
bagaimana mahu membawa mereka ini masuk ke dalam kuadran I-Conscious Competence.
Fikir punya fikir, beberapa intervention utama telah
dilaksanakan dalam retreat ini bagi mencapai maksud di atas. Bermula dengan
sessi ‘Berapa Nilai Anda?’, mereka telah diberi kesedaran agar pandang manusia
sebagai manusia dan bukan sebagai objek‘.
Setelah ini dilaksanakan, mereka di
bawa melalui sessi ‘Teddy Talk’ agar adakah mereka mampu melihat manusia lain
itu sebagai manusia. Pada peringkat ini, saya mulai melihat mereka mula terbuka
kepada sebarang input.
Seterusnya mereka didedahkan dengan prinsip memberi dan
menerima. Ditekankan berdasarkan satu permainan dan analogy, mereka dibawa agar
lebih menumpukan kepada memberi dari menerima.
Satu perkara penting dalam ‘memberi’ ini ialah kita ‘memberi’
tenaga dan masa kita dalam menentukan kemanakah tujuan kita.
Dalam program ini,
S.W.O.T. telah digunakan untuk membantu
mereka menetapkan apa yang mereka mahu capai berdasarkan latarbelakang dan skop
kerja mereka sendiri. Pada peringkat ini, saya mulai nampak bibit-bibit
kesedaran di kalangan anggota kerja SMOD Transmission ini mengenai apa yang
mereka mahu capai dalam lingkungan kerja mereka. Syukur …
Sememangnya usaha untuk membawa mereka masuk ke kuadran I-Conscious Competence mulai kelihatan. Namun
bagi memastikan usaha ini benar-benar berhasil, itulah saya telah meninggalkan
kepada mereka’ kerja rumah sepanjang hayat’ yang perlu mereka laksanakan
selepas pulang dari retreat ini nanti.
Akhir kata, I think all of us have a good time and everybody
agreed that this session telah mencapai maksudnya.
Syukur …
No comments:
Post a Comment