Friday, July 19, 2013
Sedia Untuk Berjaya!
Semacam ada satu fenomena sekarang, dimana saya lihat ramai
yang datang bekerja seolah-olah mereka terpaksa. Nampak benar tekanan di
wajah-wajah mereka. Bila buat kerja itu, saya lihat ramai yang just getting by.
Tidak ramai yang mahu beri yang terbaik. Jarang yang mahu berfikir bagaimana mahu meningkatkan kualiti kerja
masing-masing walau organisasi mereka menyediakan berbagai prasarana ke arah
itu.
Tidak dinafikan ramai yang menjadikan niat untuk naik
pangkat walaupun tempat untuk kenaikan pangkat itu tidak disukai mereka. Itu
saya dengar sendiri dari seorang pemimpin korporat baru-baru ini. Sebab itu,
office politics berleluasa. Masing-masing berusaha untuk menduduki kedudukan
yang cukup terhad. Sudahnya, pasti lebih ramai yang frust berbanding yang
happy.
Kenapa ini terjadi? Kalau ikut kata seorang sahabat, “Ahh
biasa lah. Orang makan gaji memang macam tu mentality mereka. Tujuan datang
kerja nak cari duit jer. Dia orang tak nampak benda lain”. Bunyi kata sahabat
ini mungkin agak keras tetapi tidak disangkal ada kebenarannya.
Perkara ini yang telah saya renungi dan cuba cari jalan
bagaimana menanganinya untuk beberapa bulan yang lepas. Berdasarkan
perbincangan dengan sahabat, pengalaman yang diperolehi dari memfasilitator
beberapa program dan bacaan dari beberapa buku benar-benar membuka fikiran saya
untuk menangani isu ini. Satu pendekatan
mudah dan praktikal telah saya temui.
Kekadang saya terfikir, mungkin ada mereka diluar sana
merasakan pendekatan ini semacam mudah sahaja tetapi harus saya tekankan di
sini, untuk sampai kepada pendekatan ini, saya perlu melakukan banyak revision.
Nampak simple tapi tak simple. Never ever let the simplicity of these ideas to
deceive you. Bak kata Leonardo da Vinci, “Simplicity is the ultimate sophistication”.
Pendekatan yang saya maksudkan disini sebenarnya banyak
dipengaruhi dari apa yang saya lihat dalam beberapa syarikat besar dunia
seperti Google, Facebook, Apple, Cirque du Soleil dan lain-lain lagi. Saya
lihat satu perkara yang wujud di kalangan syarikat ini ialah syarikat ini telah
berjaya membina satu environment yang membenarkan anggota kerja mereka membina
satu kompetensi yang benar-benar mereka mahukan dalam skop tugas mereka.
Mereka bukan sahaja menyediakan satu proses bagi mencapai
maksud diatas tetapi juga mempengaruhi cara pandang anggota kerja mereka
terhadap skop tugas mereka. Bila ini dilakukan, itu sebab mengapa kita lihat
syarikat-syarikat ini mampu mengeluarkan hasil yang di luar dugaan. Memang
dasar manusia, bila mereka ketemukan makna mengapa mereka melaksanakan sesuatu
itu, mereka dengan sendirinya akan menjadi luar biasa! Itu lumrah.
Apa yang saya temui ini telah saya susun dalam satu modul
yang saya namakan ‘Sedia Untuk Berjaya’. Modul ini telah saya susun sedemikian
rupa agar ianya boleh dilaksanakan dalam masa 1 hari, 2 hari atau 3 hari. Of
course, lagi panjang tempoh program ini, lagi banyak input yang disampaikan.
Dari pandangan yang saya dengar, ramai yang mengatakan kandungan program ini
amat relevan dengan tugas mereka. Mereka suka dengan cara penyampaiannya yang
tidak membosankan.
Bagi saya pula, apa yang ada dalam modul ini sebenarnya
merupakan jalan-jalan yang telah saya sendiri lalui dan hasilnya terbitlah
Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K) itu. I know it works! Untuk itu, saya
jemput tuan puan untuk melabur dalam program ini untuk anggota kerja organisasi
tuan puan. You will never regret, Insyallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment