Wednesday, July 24, 2013
Stick Person Revisited - Part 1
Rasanya dah beratus kali saya share idea stick person ini
dengan orang lain. Boleh dikatakan setiap kali saya facilitate sebarang
program, stick person pasti akan menjadi tunggak kepada message yang saya
kongsikan. Entah kenapa, tiba-tiba pagi ini saya tertanya pada diri saya
sendiri mengenai soalan berikut ...
Adakah stick person ini memberi sebarang makna kepada mereka
dan juga kepada diri saya sendiri? Adakah mereka dan saya melihat stick person
hanya semata-mata sebagai satu teori untuk menerangkan konsep kenal diri? Atau
mampukah mereka dan saya menggunakan stick person ini sebagai satu pendekatan
untuk meningkatkan kualiti diri? Bagaimana cara pandang mereka dan saya kepada
stick person ini?
Ini antara persoalan asas tetapi pokok yang mesti saya
ketahui penjelasannya. Bagaimana konsep stick person ini menjadi signifikan
kepada hidup ini yang mahu saya perjelaskan disini.
Bila saya berjalan dalam mana-mana organisasi, ramai yang
sudah mulai tahu tentang dimensi diri iaitu ...
Spiritual - kuasa membuat pilihan
Intelektual - kuasa untuk menganalisa dan merancang
Emosional - kuasa untuk
merasai
Fizikal - kuasa untuk membuat tindakan
Mereka sedar akan kepentingan memberi perhatian kepada
dimensi diri ini dalam membangunkan seseorang individu itu. Kenapa ianya
penting? Ini penting bagi memastikan perlaksanaan sebarang aktiviti bagi
mencapai sebarang matlamat organisasi itu dilaksanakan dengan seoptima mungkin.
After all, siapa yang kita nak harapkan untuk melaksanakan ini semua jika bukan
manusia itu sendiri?
Tetapi saya lihat mereka ini umpama orang yang sedang
teraba-teraba dalam kegelapan. Kenapa? Bagaimana mereka boleh menangani dimensi
diri ini bilamana mereka tidak tahu apakah peranan setiap dimensi diri ini dan
kaitan setiap dimensi ini dalam menghasilkan sebarang hasil? Cerita pasal
peranan setiap dimensi diri dan bagaimana setiap dimensi diri ini saling
berkaitan akan mudah diceritakan bila kita ada satu rajah bagi mengambarkan
dimensi diri ini. Disitulah peranan stick person ini!
Stick person memaparkan dengan jelas kepada kita bahawa
keempat-empat dimensi ini perlu dibangunkan. Tanpa gambar mengenai dimensi diri
seperti konsep stick person ini, kita akan hanya mampu untuk nampak bahagian
fizikal sahaja. Disebabkan kita nampak bahagian fizikal sahaja, sudahnya usaha
kita banyak tertumpu kepada bahagian fizikal. Bahagian yang tidak nampak itu (intelektual,
emosional dan spiritual) akan mudah kita abaikan kerana kita tidak nampak!
Bila ini berlaku, itulah mengapa ramai dari kita manusia
melihat manusia lain hanya sebagai objek (fizikal) tetapi tidak mampu melihat
manusia sebagai manusia. Kita melihat manusia sebagai manusia bila kita mulai
menghargai manusia lain itu punya fikirannya sendiri (intelektual), perasaannya
sendiri (emosional), pilihannya sendiri (spiritual) dan tindakannya sendiri
(fizikal). Kita mulai melihat manusia secara menyeluruh (holistic).
Satu persoalan, apakah masalahnya kita melihat manusia
sebagai objek? Masalah yang timbul bila kita melihat sebarang perkara atas
dunia ini sebagai objek ialah samada kita sedar atau tidak, kita akan sentiasa
tanyakan pada diri samada objek tersebut boleh digunakan untuk mencapai hajat
kita atau samada objek tersebut akan menjadi penghalang kepada hajat kita. Dalam
kata lain kita melihat sebarang objek itu sebagai relevan kepada kita atau
sebaliknya. Dan itulah yang sebenarnya terjadi kepada banyak perhubungan antara
manusia ketika ini bila kita melihat manusia lain sebagai objek!
Itulah mengapa disana sini kita dapat lihat banyak isu
mengenai keruntuhan nilai manusia. Peperangan, perlanggaran hak asasi manusia
dan ketidakupayaan membina ‘excellence’ dalam sebarang organisasi merupakan
antara contoh akibat daripada cara pandang sebegini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteAn Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.