Wednesday, July 24, 2013
Stick Person Revisited - Part 2
Sudahnya bila seseorang itu mulai jelas akan konsep stick
person ini, kenapa beliau tidak juga mampu berubah?
Untuk menjawab soalan ini mudah sahaja. Apa yang kita
pelajari dari konsep stick person ini semata-mata teori. Untuk mendapat kesan
dari sebarang teori itu, kita perlu amal. Itulah kekuatan amal. Amal mampu
menukarkan sebarang apa yang kita tahu (theory) kepada pengalaman (wisdom).
Kita mengamalkan konsep stick person ini dengan berusaha
untuk meningkatkan nilai setiap dimensi diri ini. Rancang dan usaha apa yang
perlu ditingkatkan untuk setiap dimensi ini. Jika itu yang kita lakukan, pasti
kita mulai merasai kehebatan diri. Rajah stick person akan memberi gambaran
samada peningkatan ini berlaku atau sebaliknya.
Walaubagaimanapun kita harus sedar mengenai satu perkara
mengenai amal ini. Berdasarkan kepada rajah ‘Value-Rich Cycle di atas, amal
(action) yang tidak disertakan dengan keyakinan (belief) yang kukuh (certainty)
akan membawa satu jenis amal (action) yang tidak menghasilkan hasil (results)
yang diingini walau kita berusaha berkali-kali. Ini soal mindset, soal
bagaimana kita melihat sesuatu perkara itu. Mindset yang positif membawa hasil
yang positif. Mindset yang negatif bawa hasil yang negatif.
Sebagai contoh, katakanlah kita mahu melaksanakan satu
perubahan dalam organisasi. Jika pada mulanya kita tidak mempunyai keyakinan
yang kukuh bahawa usaha itu akan berjaya, kita usahalah macam mana sekalipun
atau kita beritahulah kepada penggerak perubahan itu bahawa mereka punya
potensi yang tinggi bagi menghasilkan hasil yang diingini, kemungkinan besar
hasil itu tidak akan diprolehi.
Pembinaan mindset yang positif dicapai melalui satu bentuk
susulan yang sistematik dan berterusan terhadap apa yang kita mahu capai. Tanpa
susulan yang bentuknya bersistematik dan berterusan, pasti akan menjemput
kecundang. Inilah ‘support system’ yang amat diperlukan.
Sehingga kini, saya belum berjumpa jenis ‘support system’
lain selain apa yang dinyatakan di atas yang benar-benar berkesan. Jika ada
jenis ‘support system’ lain yang sifatnya lebih cepat dan berkesan, pasti
individu yang menemui pendekatan ini akan menjadi antara manusia terkaya atas
mukabumi ini!
Satu kaedah yang praktikal untuk memudahkan kita
meningkatkan nilai dimensi diri ini ialah dengan menetapkan matlamat untuk
diri. Bila kita punya matlamat, dengan sendirinya setiap dimensi diri ini akan
digunapakai bagi mencapai matlamat tersebut. Semestinya dengan adanya konsep
stick person, kita boleh memantau kemajuan dalam pencapaian matlamat itu dengan
lebih jelas.
Sepertinya kita membasuh kain, bukan sahaja kain itu bersih
tetapi lantai dimana kita membasuh kain itu pun akan turut bersih. Begitulah
bilamana kita berusaha mencapai matlamat, bukan sahaja matlamat itu akan
tercapai malah nilai setiap dimensi diri ini juga akan turut meningkat.
Jika kita gagal melaksanakan syor di atas, saya fikir itu
sebab mereka tidak akan merasakan wisdom dari konsep stick person ini. Sudahnya
teori tinggal teori. Orang yang tidak amalkan ini semua sebenarnya keadaannya
lebih teruk dari sebelum dia tahu mengenai konsep stick person ini. Kenapa?
Akan timbul satu perasaan gelisah dalam diri mereka kerana mereka sedar akan
siapa diri mereka sebenarnya tetapi mereka juga tahu mereka belum lagi
menggunakan diri seoptima mungkin. Mana saya tahu? Satu masa saya pernah
merasai ini semua. Sakit!!! Fikirkan …
Itulah mengapa dalam setiap penerangan saya mengenai konsep
stick person ini, saya sentiasa sudahi dengan satu quote, ‘Cerita stick person
ini mudah tetapi ramai yang tidak mengetahuinya’. Tuan puan, adakah cerita saya
mengenai konsep stick person ini make sense to you. If you want to know more,
contact me. Akan saya terangkan konsep stick person ini dalam satu pendekatan
yang cukup interesting! Ikhlas dari, www.miorazli.com
(019-2245-079)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment