Satu renungan, jika kita efektif, mudah kita untuk kekal efisien. Jika mulanya kita efisien tetapi tidak efektif, satu masa kita akan bertanya pada diri kita sendiri apa yang kita sebokkan dan sudahnya keefisiensi kita merudum. Fikirkan ...
Sunday, July 7, 2013
TNB Distribution, Negeri Sembilan
Rabu lepas, saya lunch bersama Bro Kamal (Pengurus Besar TNB
Distribution Negeri Sembilan) di Restoran Nelayan, Seremban bersama-sama dengan
pengurusan tertinggi Bahagian Pembahagian Negeri Sembilan. Mmmm Restoran ini
simple je. Tapi masakannya memang class. Masak pure Melayu. Macam rasa makan
kat kampung je. Saya strongly suggest restoran ini.
Balik cerita pasal Bro Kamal ini. Saya tertarik dengan kata pertama
beliau semasa lunch itu iaitu mengenai hasrat utama beliau ialah untuk membina
sebanyak leaders yang mungkin dalam organisasi beliau. Memang leaders yang sebeginilah yang mahu saya
bekerjasama. Mudah lagi kerja saya.
Kenapa?
Kita membina leaders sebab kita faham bahawa leaders
mengutamakan soal efektif dalam melaksana sesuatu tugas. Efektif disini
bermakna kita perlu jelas terlebih dahulu apa tujuan akhir yang mahu kita capai
dalam sesuatu tugas itu. Tak guna kita menjadi efisien (berkaitan dengan
kesempurnaan melaksanakan sesuatu tugas) jika kita tidak efektif terlebih
dahulu.
Anologi efektif dan efisien ini ialah seperti katakan kita
pergi ke Johor Bharu dan kita ingin menziarahi seorang sahabat. Namun katakan
kita tidak tahu dimana duduknhya beliau. Yang ada di tangan kita hanyalah
alamat beliau. Katakan juga kita singgah di setesen minyak dan kita beli satu
peta. Peta yang kita beli itu bukannya peta Johor Bharu tetapi kita terbeli
peta Pulau Pinang.
Bayangkan jika berpandukan peta yang silap ini untuk mencari
rumah kawan kita itu (soal efektif), walau macam mana baik usahanya kita (soal
efisien), pasti kita tidak akan tetap sesat. Itulah sebab mengapa kita perlu
efektif dahulu sebelum kita menjadi efisien.
Satu renungan, jika kita efektif, mudah kita untuk kekal efisien. Jika mulanya kita efisien tetapi tidak efektif, satu masa kita akan bertanya pada diri kita sendiri apa yang kita sebokkan dan sudahnya keefisiensi kita merudum. Fikirkan ...
Satu renungan, jika kita efektif, mudah kita untuk kekal efisien. Jika mulanya kita efisien tetapi tidak efektif, satu masa kita akan bertanya pada diri kita sendiri apa yang kita sebokkan dan sudahnya keefisiensi kita merudum. Fikirkan ...
Komitmen Bro Kamal terhadap usaha membina leaders ini memang
bukan hanya di mulut saja. Buktinya? Semasa saya melaksanakan penerangan Business
Model Canvas dalam perhimpunan bulanan untuk anggota kerja TNB Negeri Sembilan di sebelah paginya, saya lihat Bro Kamal
turut serta dalam majlis tersebut. Malah beliau telah mengatakan kepada hadirin
semua bahawa beliau turut belajar dari apa yang telah saya sampaikan.
Inilah ciri-ciri pemimpin yang amat saya pandang. Beliau mempunyai
nilai pemimpin hebat iaitu beliau participate, ikhlas, humble dan berani. Dan
saya kira, Bro Kamal amat beruntung kerana mempunyai orang-orang kanan yang
setia dan komited. Mmmm … saya tak hairan, dalam sedikit masa nanti, kita akan
mendengar berita kemajuan dan pencapaian dari organisasi ini. Mark my words!
Cerita seterusnya? Distribution Negeri Sembilan telah
meminta saya untuk mengolah satu program bagi menggerakkan organisasi mereka
menuju ke matlamat mereka. Walau saya tahu saya punya masa yang cukup terhad,
tetapi saya pasti tidak akan melepaskan peluang ini kerana bagi saya, selagi
para leaders sesuatu organisasi itu benar-benar focus dalam hal ini, kejayaan
yang mahu dicapai itu akan lebih mudah dicapai.
This is fun! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment