Tuesday, August 27, 2013
Adakah Matlamat Aku sekadar Bayang-Bayang Ilusi?
Untuk menetapkan matlamat hidup itu satu perkara penting.
Namun setakat menetapkan matlamat tetapi tidak benar-benar berusaha untuk
mencapainya merupakan satu perkara yang perlu kita beri perhatian.
Kenapa ini terjadi? Terjadinya perkara sebegini kerana dalam
banyak perkara fikiran kita banyak tertumpu kepada jurang besar antara dimana
kita sekarang dan matlamat itu sendiri. Fikiran jadi terlalu ‘overwhelmed’
dengan jurang besar ini. Sebab fikiran kita pandai, sudahnya fikiran akan cuba
mencari ‘escape route’ bagi mengelak terjebak dalam jurang besar itu.
Itulah yang terjadi pada ramai antara kita.
Jika itulah ‘mindset’ kita dalam berusaha mencapai matlamat,
usahalah macam mana sekalipun, kemunginan besar usaha itu tidak kemana-kemana.
Hanya ‘going in circle’. Kita jadi letih sebab kita tidak nampak progress dalam
usaha mencapai matlamat itu.
Bila ini terjadi, sekali lagi, disebabkan fikiran kita
pandai, fikiran akan cuba mencari satu lagi ‘escape route’. Kali ini, kita akan
mula mencari reasons mengapa matlamat itu tidak baik untuk kita. Akibatnya kita
mula blame sana sini. Kita menipu diri sendiri.
Adakah kita sedar kewujudan hal-hal ini dalam kehidupan
kita? Kemungkinan, jika kita benar-benar mahu melaksanakan perubahan dalam
hidup, perkara ini perlu kita tangani.
Jika tidak matlamat kita sudahnya hanya merupakan satu
Bayang Bayang Ilusi. Pengalaman cerita di atas senang digambarkan melalui lagu
dibawah ini. Renungkan …
Moga kita dapat mengambil iktibar dari cerita di atas.
Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Its a great song...really awake me about what should I do to attain my goals. ...thanks bro..
ReplyDelete