Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu sembahyang Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim dan lain-lain.
Wednesday, August 14, 2013
Rahsia Sujud
Tahukah kita sembahyang 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34
kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung.
Antaranya:-
Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary
mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah
dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk
menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen
dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal.
Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari
jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah
akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu
melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam sembahyang.
Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu sembahyang Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim dan lain-lain.
Firman Allah SWT yang bermaksud:-” Sesungguhnya sembahyang
itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang
yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan
ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan
mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:- “Hendaklah kamu
bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan
dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan)
darimu” ,(HR Muslim)
Dari Sudut Tasawuf, sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir
dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan
“rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan
menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa “Ya Allah hanya Engkaulah
Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah
tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya
ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan
seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal
kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila
ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka
tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan
dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia
mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa
sembahyangnya itu sebagai sembahyang penghabisan kerana ia akan menghantarkan
dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sembahyang, seolah-olah ia
tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang
memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan
merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya
untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang
mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda:- “Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling
disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan
bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah. (sebagai tamsilan tunduk, pasrah
dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment